Dah duduk kat rumah tak boleh nak ke mana-mana sebab Perintah Kawalan Pergerakan ni, memang rajin lah membelek muka. Sekali tengok mata, eh..baru nampak garisan halus atau kedutan bawah mata pakej sekali lah lingkaran gelap bawah mata..haha..kalau tak, buat-buat tak nampak je. Nak keluar, tutup saja dengan foundation, setel..haha.. Perangai sangat,kan..Padahal ada je produk hilangkan kedutan untuk mata sekali untuk lingkaran gelap bawah mata yang k.fiezz beli. Tapi malas nak tepek kat bawah mata. adeh. Dah kebosanan sangat tak ada buat aktiviti kat rumah, haritu saja mengemas dalam laci. Eh, sekali ternampak eye mask yang k.fiezz beli dari Guardian ni. Tengok tarikh luput, bulan Julai 2020. Adeh. Ni kalau tak guna, memang confirm expired gitu je. Sejenis pelupa pun iya juga. 

Hah..moh la tepek eye mask Guardian ni dari terbuang je dalam tong sampah sebelum expired.

CUCUMBER MOISTURISING EYE MASK

Eye mask Guardian ni harga dia tak ingat..Tapi rasanya k.fiezz beli seringgit lebih je. Ada sale kalau tak silap masa beli tu. 


Tadaaa..Sesambil tepek mask untuk muka. Letak sekali eye mask Guardian ni. 
Eye mask Guardian ni menggunakan Extract Cucumber, aloe vera dan tambahan bahan lain..

Fungsi EYE MASK GUARDIAN 

Untuk menghilangkan garis halus, kedutan dari stress, dehydrated dan  tak cukup tidur..

Cucumber Moisturising Eye Mask menggunakan ekstrak timun, aloe vera yang boleh membantu keanjalan di sekeliling mata dengan membekalkan penyerapan lembapan yang secukupnya serta melicinkan garisan halus di sekeliling mata.

Selain itu, dalam eye mask ni juga ada kandungan tambahan dari ekstrak pati delima yang boleh membantu kita untuk mendapatkan kawasan mata yang cantik dan sihat. 

Tapi dengan syarat, bukan sekali pakai je..kena KONSISTEN yea sis semua..

Dah kebetulan cerita pasal kedutan bawah mata, k.fiezz nak share juga masalah lingkaran gelap bawah mata atau nama lain yang biasa kita panggil, mata panda. Masalah ni antara yang ramai kita alami. 

7 PUNCA MATA PANDA?

Apa punca mata panda ni. Rata-rata ramai yang ada masalah ni. Biasanya kita  yang perempuan ni, akan tutup masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda ni dengan segala mekap bila keluar. Tapi asyik tutup dengan foundation je. Takkan tak nak atasi masalah ni,kan?Tu yang k.fiezz cuba eye mask guardian seperti di atas ni. Ada lagi produk lain yang k.fiezz cuba tapi tak konsisten. Nanti k.fiezz kongsi kat sini.

Jom tengok apa punca mata panda ni.

  • KURANG TIDUR / KELETIHAN YANG BERLEBIHAN - boleh menyebabkan kulit di bawah mata jadi pucat disebabkan darah di bawah kulit nampak lebih biru atau lebih gelap.
  • TERDEDAH KEPADA CAHAYA  MATAHARI - Menarik pigmentasi kulit naik ke permukaan kulit dan menjadi lingkaran gelap bawah mata. Selain menghasilkan lebih banyak melanin di sekitar mata yang menjadi punca warna menjadi lebih gelap. 
  • PERUBAHAN HORMON - Bagi wanita, kulit mengalami perubahan semasa hamil dan haid yang menjadi punca lingkaran gelap bawah mata. Cara untuk mengelak masalah ni, ubah gaya hidup dan kawal stress.
  • PENUAAN - Seiring dengan peningkatan usia kita, kulit sekeliling mata menjadi lebih nipis dan menyebabkan saluran darah lebih ketara yang menjadi punca lingkaran gelap bawah mata. 
  • KURANG NUTRISI - Cara pemakanan kita yang tak seimbang dan kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan menjadi punca kepada pembentukan lingkaran gelap bawah mata.
  • MEROKOK DAN MINUM ALKOHOL - Antara penyebab kerosakan pada kulit disebabkan kehilangan air dari badan atau dehidrasi kerana minum berlebihan serta pengambilan minuman berkafein.
  • ALERGI - Menjadi punca bila kita kerap menggosok atau menggaru kulit di sekitar mata di sebabkan alahan yang menjadikan kawasan tersebut gatal. Alergi ni boleh disebabkan dari pelbagai faktor seperti pengambilan ubat atau makanan.
Tapi apapun untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni kena KONSISTEN bila gunakan produk yang berkaitan. Bukan sekali guna dah boleh hilang. the keyword is consistent..Nanti k.fiezz kongsi produk hilangkan lingkaran gelap bawah mata yang jarang k.fiezz guna..adeh..sabar je lah..nak mata cantik, tak nak mata panda sila rajin yea k.fiezz..

5 Comments

  1. Was menariknji Ada mask UK Mata. Mata mama dah mula.nampak line org muda dah ni heee

    ReplyDelete
  2. Macam best pulak tgk kak pakai ni

    ReplyDelete
  3. time2 pkp ni, memang best ada banyak masa boleh manjakan diri. :))

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya tgk dia pakai..:)

    ReplyDelete
  5. Oh rindu plak kat eye mask. Selama ni dok face mask ja 😅

    ReplyDelete