Next cerita kat Netflix yang k.fiezz nak review, Heartthrob. Cerita ni keluar tahun 2018. Masuk dalam kategori thriller.

Jom baca sinopsis / review cerita Heartthrob.

SINOPSIS Heartthrob

Cerita ni berkisarkan seorang budak perempuan Sam Maddox yang bermasalah tetapi antara pelajar popular di sekolah.

Henry Sinclair, seorang budak lelaki yang agak nerd & bijak. Dan berjaya menempah tempat ke MIT, sebuah Universiti terkemuka.

Satu hari Sam & Henry terjumpa di pantai dan dari situ mereka mula rapat dan mula bercinta.

Henry di kawal oleh ibu dia & perwatakan dia agak lurus. Disebabkan dia tak pernah bercinta & tak pernah mendapat perhatian dari orang lain selain ibu dia.  Bila dia bercinta dengan Sam, pada dia Sam hanya dia punya sahaja. Satu hari dia dapat tahu, Sam pernah 'tidur' dengan kawan sekolah diaorang sebab Sam ada satu kelemahan iaitu Hiccups setiap kali membuat hubungan. Jadi siapa pernah tidur dengan Sam, tahu kelemahan Sam ni. Dari situ Henry mula cemburu & sampai tahap dia bunuh kawan sekolah diaorang yang pernah tidur dengan Sam. Bukan sahaja yang tidur dengan Sam, siapa sahaja yang menganggu hubungan dia & Sam, dia akan cederakan walaupun mak dia sendiri.

Disebabkan dia obsess sangat dengan Sam, Henry menolak untuk sambung belajar di MIT.  Mak Henry marah dengan keputusan dia tapi Henry ugut mak dia. Mak Henry berjumpa dengan Sam minta putuskan hubungan dengan Henry. Sam mengikut nasihat mak Henry sebab dia sendiri pun sebenarnya tak pasti perasaan dia pada Henry. dan bila Sam jumpa Henry untuk putuskan hubungan diaorang, Henry marah sangat. Dia tak boleh terima keputusan Sam. Dari situ dia mula ikut Sam & memarahi siapa je yang menganggu hubungan dia dengan Sam.

Satu hari selepas diaorang putus, Henry call Sam nak berjumpa. Henry tipu Sam dengan beritahu dia terima sambung belajar di MIT. of course Sam happy & setuju untuk berjumpa Henry. Diaorang makan malam di rumah Henry

Masa di rumah Henry, Sam terdengar sesuatu. Dan rupanya Mak Henry dah diikat supaya tak ganggu Henry & Sam. Sedikit pergelutan berlaku masa tu sebab Sam tolong mak Henry untuk lepaskan diri.

Dan Henry......(tengok lah sendiri)..tak thrill lah cerita,kan..hehe

Rating Heartthrob

Jalan cerita dia mula-mula macam slow dan tak berapa nak menarik sangat. Tapi layan je lah. Adegan 18sx, tak banyak sangat. ada lah satu-dua babak. tapi tak lah detail sangat. 

Cuma untuk k.fiezz cerita ni dalam kategori tak berapa nak sesuai tonton bersama keluarga juga sebab adegan 18sx sebabak dua tu. 

Rating - 3.5 / 5

3 Comments

  1. macam seram je cite dia. obses gitu yek..

    ReplyDelete
  2. ya !! ini lah cara menghilangkan bosan ya.. hahahahah~ habis kan semua cerita kak.. sempat lagini..

    ReplyDelete
  3. Best gak.layan movie.. kena Cari time ni

    ReplyDelete