Masa k.fiezz & mr hubby cuti tahun baru cina baru-baru ni, kitaorang balik kampung. Sekali cuti-cuti dalam Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Cewah. Haha. Bajet kurang so kita bercuti dalam negara je. Lagipun kat tempat sendiri pun banyak tempat best. Kita je yang suka benor nak berjalan ke tempat orang. Cewah. #sedapkanhati..haha..

Hari Ahad, raya cina yang ke-2 kitaorang berkelah di Ulu Kenas Kuala Kangsar. Tempat yang viral tahun lepas sebab ada penampakan 'makhluk tut'.. hehe. k.fiezz pun tak tengok video yang orang duk kongsi tu. Ada la tertengok sikit masa buka video tu tapi k.fiezz tak habiskan sebab ingatkan apa lah yang orang duk share ni. Lepas tu baru tahu isi kandungan video tu,  memang idak lah k.fiezz nak tengok video tu semula. Sis penakut. haha.

BERKELAH Di ULU KENAS KUALA KANGSAR

Ni pi ke sini, berani pula k.fiezz?haha..Yang ni kitaorang berkelah & mandi manda di bahagian bawah. Tak naik sampai atas. Kalau belah atas, masuk kena caj RM2.00 seorang. Kalau dalam 1 kereta ada 5 orang, total RM10..

Yang tempat kitaorang lepak ni, kat belah bawah je. Masa mula-mula dah sampai ke sini, boleh nampak kedai dalam gambar ni. 

Yang penampakan 'makhluk tut' tu kat belah atas. Mak mertua k.fiezz cerita, dia & kawan-kawan pernah bermalam kat bahagian atas. haha. Alhamdulillah, tak adalah nampak apa-apa. 

Okey, berbalik pada cerita berkelah tadi. sambung balik. 

So masa ni ada yang mandi..dan yang tak nak mandi, lepak kat kedai pakcik & makcik ni. Diaorang jual air, rojak & laksa. Rojak dia sedap juga. Biras k.fiezz beli. Pedas. Tapi awas kalau sakit perut. sebab kat belah bawah yang kitaorang lepak ni tak ada tandas tau. Semua belah atas yang masuk kena bayar RM2.00 tu. K.fiezz makan satu je. Nasib perut tak buat hal. Cuma mr hubby masa ni nak terkencing. Jenuh tahan sampai kitaorang keluar. Berhenti kat stesen minyak. 

www.fiezasani.xyz

K.fiezz & mak. Mak k.fiezz sampai kemudian dari kitaorang. otw nak pi kenduri kahwin. Singgah sini. Tu yang anak buah k.fiezz terlekat ikut kitaorang. 

www.fiezasani.xyz

Isi perut dulu sebelum mandi-manda..yang mandi bertiga tu je. mr hubby tak joint
Dan lagi seorang yang mandi anak buah k.fiezz.

www.fiezasani.xyz

seronok la budak-budak ni dapat jumpa air. Arif main simbah air kat si Iman..

www.fiezasani.xyz

Iman balas balik..

www.fiezasani.xyz

Lepas tu dua-dua serang Pak Ngah..haha

K.fiezz tak mandi?tak la cerita dia. Sat gi nak tukar baju, nak mekap balik. eh leceh. Duk je lah kat tepi sambil tengok diaorang mandi & tangkap gambar. Ada gambar k.fiezz selfie tapi risau nak masuk kat sini, takut korang ternampak apa-apa dalam gambar tu. Walaupun k.fiezz dah check tak ada pun penampakan yang seram..haha...so tak payah la..hehe

Jadi kalau korang dah sampai ke area Kuala Kangsar, nak cari tempat rekreasi & mandi-manda, boleh la singgah di Air Terjun Ulu Kenas ni. Tempat dia pun tenang. Sesekali cuci mata tengok pemandangan hijau macam ni..

Belah atas k.fiezz tak tahu la macamana. Mungkin lagi best. Korang boleh check it out sendiri.  Cuma nak masuk kat bahagian atas tu, kena bayar yang macam k.fiezz beritahu tadi. 

5 Comments

  1. Syoknya. Paling suka kita kalau mandi sungai/air terjun berbanding laut. sungai sejuk syoknya..

    ReplyDelete
  2. ya Allah best nya. musim panas2 sekarang ni berendam dalam ayaq sejuk ^_^

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan air terjunnya...

    ReplyDelete
  4. syoknya mandi manda kat air terjun..:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya mandi mandi air terjun ni. Jernih air...

    ReplyDelete