Ni khas buat anak-anak dara atau yang masih sinlge dan masih mencari calon suami. Nak mencari calon suami ni bukan senang. Petik jari, 10 yang datang tau. Kalau yang datang tua-tua nak mampus buat apa. haha. tu antara dialog dalam filem P.Ramlee kan? Tapi zaman sekarang ni, ada je yang berjodoh dengan orang tua janji poket penuh. opss. sensitif sikit part ni. kalau dah jodoh. terima je dengan hati yang ikhlas. Dapat yang senang. Pakej. Senang hidup. hehe

Apa kriteria untuk mencari calon suami?

Banyak kriteria untuk mencari calon suami ni. Kena tengok kewangan, kerja, sifat, rupa paras, latar belakang keluarga, pendidikan. Hah, banyak juga, kan. Nak kahwin, kita. Yang nak duduk serumah, baring sebantal, makan sepinggan. kita juga. Jadi memang kena ambil kira semua kriteria.

Tapi sifat lelaki ni, masa bercinta dengan lepas kahwin berbeza?

Betul lah tu. Perempuan pun sama juga. Masa bercinta, kita tak tunjuk perangai sebenar sebab masa tu kita masih duduk dengan mak ayah kita. Dah kahwin, bila duduk serumah, tidur sekatil. hah, masa tu baru tahu sifat masing-masing. suami kita pemalas. isteri kita tak pandai masak. hah, masa ni baru bocor rahsia masing-masing. Ni cerita lepas kahwin. Selepas berkahwin memang kita sentiasa dalam proses untuk belajar dan menerima kekurangan pasangan masing-masing dan cuba saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ni antara sebab kita berkahwin. Bukan mencari yang sempurna tapi melengkapkan kekurangan dan kelebihan masing-masing untuk menjadi sempurna. 

Tapi sebelum proses kahwin tu, kita kena melalui proses sebelum berkahwin iaitu mencari calon suami bagi perempuan. Manakala bagi lelaki, mencari calon isteri. 

Ciri-Ciri Lelaki Untuk Jadi Calon Suami.


JAGA SOLAT - Mesti lah kan. Solat tu kan tiang agama. Jadi mesti lah nak cari calon suami yang menjaga solat dan boleh membimbing kita dan bakal anak-anak.

TERIMA KITA & KELUARGA - Yes, paling penting. Calon suami yang terima kita dan keluarga seadanya. Kalau kata kita dari keluarga susah, calon suami terima kita dan keluarga. Eh, k.fiezz pernah terbaca tau pasal seorang perempuan ni yang berkahwin dengan suami dia yang tak suka pada keluarga si isteri sebabkan keluarga isteri orang susah. Kalau isteri nak balik kampung, dia hantar je kat rumah orang tua isteri. Tapi dia tak bermalam kat situ. tak selesa kata si suami. eh. marah pula k.fiezz baca. Dah tu kenapa gedik-gedik nak si isteri kalau dah tau dari awal, keluarga isteri orang susah. eiiii. cuba kalau isteri kau buat macam tu kat kau. Confirm kau bising,kan. 

LELAKI YANG NAK PADA KITA - Ni nasihat mak k.fiezz. Cari calon suami yang nak pada kita. Bukan kita yang terhegeh-hegeh dengan dia. Mula-mula tak faham masa mak k.fiezz cakap macam tu. Lepas tu baru k.fiezz nampak kenapa? sebab bila lelaki nak kat kita, dia akan buat apa je untuk kita. terima kekurangan kita. Kalau kita yang terhegeh-hegeh pada lelaki, tak ke kalau dia dah tahu kekurangan kita, dia akan jadi kan tu point untuk bergaduh atau putus dengan kita. Sebab dari awal dia memang tak nak pun dengan kita. Tapi sebab kita yang terhegeh-hegeh, dia layankan je. Lagipun lelaki yang tak nak pada kita ni, tak serius pun dalam sesuatu hubungan. Kita pun boleh nampak hala tuju hubungan tu. 

KEWANGAN - Yup, memang kena tengok kewangan. Kena tahu calon suami kita, ada kewangan yang tetap setiap bulan. Penting ni wei. Lepas kahwin, banyak pakai duit, weii. Tak cukup dengan cinta je. Nak beli barang kat pasaraya, kedai , perbelanjaan rumah, sewa rumah, bil-bil elektrik air internet, telefon dan lain-lain. huhu. Jadi ni kepentingan untuk si suami ada pendapatan tetap. Kalau sesekali kita beri bantuan duit. Tak pe. Tapi kalau dah setiap bulan kita sebagai perempuan yang asyik keluar duit. Atas perkataan 'sayang' tapi percaya lah, lama-lama sayang tu bertukar jadi menyampah sebab kita sebagai isteri akan bosan sebab setiap kali nak membeli barang keperluan dapur atau apa-apa yang melibatkan kewangan, asyik kita yang keluar duit. Kita akan jadi mengungkit. Bukan nak kata kita perempuan ni materialistik tapi zaman sekarang semua RM RM RM. Saling bantu-membantu antara suami isteri tu yang terbaik. 


KERJA - Kalau boleh, mesti kita nak calon suami kita ada kerja yang tetap. stabil dan ada fixed income setiap bulan. Tak kisah lah kerja apa. Janji halal. Baru ni pun ada viral isu isteri cikgu, suami pemandu lori. eh. tak kisah der. janji si suami bekerja. Jangan duk rumah, goyang kaki. Si isteri yang berhempas pulas bekerja. adeh. seksa mental & fizikal kita sebagai perempuan. 

SIFAT - Tanya lah mana-mana perempuan, mesti nak calon suami yang baik, elok budi pekerti, hormat orang tua. Betul, kan. Part sifat ni k.fiezz tak berani nak huraikan lebih-lebih sebab kadang, masa tengah bercinta, memang elok perangai. Nak bawa anak dara orang keluar rumah pun, minta izin dengan mak ayah si perempuan dulu. tapi lepas kahwin, isteri nak pergi rumah mak ayah sendiri pun tak dapat keizinan. huhu. ada baca kes-kes benar macam ni. Jadi kita sebagai perempuan, boleh nilaikan sendiri masa tempoh berkawan tu. Harap pilihan kita tak salah dan sifat calon suami tu kekal seperti mana yang kita kenal sebelum kahwin tu masih sama selepas berkahwin. 

RUPA PARAS - Yang rupa ni, pada k.fiezz. tak semestinya nak yang hensem. Kalau kita sendiri pun sederhana je. hehe. Dapat calon suami yang sedap mata memandang, dah syukur alhamdulillah. Dapat yang hensem. pakej. Zaman dulu kalau perempuan yang biasa-biasa dari segi rupa ni dapat suami hensem, risau weii. Risau kena kebas dengan orang lain. hensem kan. Sekarang tak pe, ada bukti lelaki hensem, insyallah setia. Ada contoh. Yang tak hensem pula duk buat perangai. eh. opsss.. sorry. hehe

eh. kalau dapat calon suami yang hensem tapi perangai tak menyenangkan hati buat apa, kan. 

Tapi apapun berbalik pada jodoh. Kalau dah ditetapkan jodoh dapat calon suami hensem ataupun kurang hensem. tu lah jodoh terbaik yang Allah beri pada kita. Syukur. 

LATAR BELAKANG  - Kena lah tahu juga, kan. Bakal mertua asal dari mana, kerja apa. Adik beradik calon suami berapa orang. Kenal juga dengan saudara-mara pihak calon suami. Kita bila kahwin, bukan kahwin dengan pasangan je tau. Kita kahwin dengan seluruh keluarga pasangan juga. 

PENDIDIKAN - Eh, kena tahu juga ke?saja je nak ambil tahu tahap pendidikan calon suami. hehe. takkan tak tahu pula tahap pendidikan calon suami.

Ni kriteria yang patut dielak dalam proses mencari calon suami

ELAKKAN LELAKI YANG PANAS BARAN / SUKA PUKUL - Allah. yang ni k.fiezz rasa nak marah sangat pada kaum perempuan yang dah tahu lelaki (boyfriend) tu panas baran, belum kahwin pun dah berani naik tangan kat badan kita, maki hamun kita. tapi kita masih setia. Tolong lah fikir guna otak. Belum kahwin dah kena macam tu, badan sakit, hati sakit. Rasa-rasa lepas kahwin, tak kena lagi ke. Korang fikir lah sendiri, mak ayah kita pun tak pernah pukul kita, maki hamun kita. Tetiba dapat kenal lelaki (boyfriend) jenis cepat naik tangan dan suka maki hamun. huhu. 

K.fiezz pernah ternampak situasi boyfriend & girlfriend macam bergaduh kat tepi jalan. Yang si perempuan tu nampak muka dia macam takut-takut. Boyfriend dia bila orang lalu kat situ, dia buat macam biasa. tapi nampak masa tu macam dia tengah marah atau pukul girlfriend dia. Lepas dah jalan ke depan sikit, ada seorang pakcik yang minta sedekah kat situ menjerit kat pasangan ni. Dengar pakcik ni marah-marah kat si lelaki tu 'bodoh punya lelaki pukul perempuan'. huhu. Betul lah tekaan k.fiezz masa berselisih dengan diaorang sebelum tu. 

Haih, bodoh sangat lah kalau girlfriend dia masih setia dengan boyfriend macam tu. terang-terang kot. belum kahwin dah kena. lepas kahwin, lagi senang kena pukul. Lelaki ni sekali dah biasa naik tangan pada kita. Akan jadi kebiasaan pada dia. 

ELAKKAN LELAKI YANG SUKA PINJAM DUIT - Hah, yang ni tolong lah buka mata. Kalau dari awal dah nampak dan tahu si lelaki asyik pinjam duit dengan kita, masih nak setia ke?Cuba bayangkan kalau kahwin dengan lelaki macam ni, fikir lah sendiri hala tuju hubungan tu selepas kahwin. Kalau sesekali pinjam duit, tak pe kot. Biasa lah kadang kita ni ada masa masalah kewangan tapi kalau dah selalu sangat pinjam duit tapi bayarnya nan ado, lu pikir lah sendiri, yoo. 

ELAKKAN LELAKI BERMULUT MANIS - Ramai lelaki macam ni. Kena hati-hati. Selalunya suami orang atau playboy yang jenis mulut manis ni. Dah dapat apa yang dia nak, kita ditinggalkan. huhu. Jadi sebelum melangkah hubungan ke tahap yang lebih serius, cuba lah siasat dulu latar belakang si lelaki. Sekarang media sosial ada, cari lah info. 

ELAKKAN LELAKI YANG TAK NAK ADA KOMITMEN - Cuba lah elakkan kalau dah tahu lelaki tu jenis tak suka komitmen. Macamana nak tahu?Bila berborak pasal hala tuju hubungan, dia akan mengelak. Yes, k.fiezz ada pengalaman kawan.Si boyfriend bila di tanya pasal hubungan diaorang. Jawapan dia. Tak nak ada komitmen. Maksudnya kahwin. Tapi alih-alih si boyfriend kawan k.fiezz ni kahwin dengan orang lain. huhu. so kahwin tu bukan komitmen ke?Jadi rumusannya lelaki tu tak nak dengan kawan k.fiezz. Dia dah ada orang lain. Tu yang bila kawan k.fiezz tanya pasal hala tuju hubungan diaorang, si lelaki mengelak. tak nak komitmen katanya. 

paling penting buat anak-anak dara atau yang masih single ni, JANGAN AMBIL SUAMI ORANG weiii. kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. hah, paham ke tidak peribahasa tu. Tak tahu, pi google. Kalau gatal juga nak ambil suami orang, SIAP SEDIA lah. haha. 

Ni cuma pendapat dan ada antaranya pengalaman peribadi k.fiezz je. Mungkin korang ada pendapat dan pengalaman sendiri. Cuba lah kongsi di ruangan komen. 

12 Comments

  1. betul sangat semua tips tu fieza... yg paling last tu pun penting. don't play2 ye.. kene lambung dek ombak haaaaa baru ko tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau berani nak kena campak dalam ombak, cuba lah. haha

      Delete
  2. lepas dah kawin, kadang baru nampak perangai sebenar. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. selalunya lepas kahwin, baru nampak perangai sebenar masing-masing. hadap lah. dah pilihan memasing, kan. hehe

      Delete
  3. Tapi yang paling penting, gaji bakal suami mestilah RM 110,000 ribu sebulan, @ macam gaji safawi rashid. Kalau rendah dari tu, kirim salam ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, sis. moga bertemu jodoh seperi yang diimpikan.

      Delete
  4. nice tips kak! bab rupa tak kisah sgt kita pun takda la berupa sgt eh 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak pe sha. yg penting ada ciri2 lain. rupa tu belakang kira. yang nak tanggung perbelanjaan kita, RM dalam bank dia. haha. kalau dapat yang pakej ada rupa, kaya - gaji berK-k, ikut rezeki memasing.

      Delete
  5. Kak,sekarang ni Rabia sedang berkawan dgn seorang laki ni. Rabia mmg kenal dia. Dia kata dia berkenan dekat Rabia sebab dia kata Rabia ni baik,sopan je. Tapi ada satu perkara Rabia xsuka. Dia ni ajak Rabia keluar makan berdua-duaan. My mum mmg tak bagi. Tp skrg alhamdulillah dia x ajak Rabia keluar dh. Tp Rabia selesa berkawan dgn dia sebab dia byk bagi kata2 motivasi dekat Rabia. Lagi2 bab study Rabia. So adakah dia tu jodoh Rabia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah Rabia. Kalau jodoh tak ke mana. Kalau dah ditetapkan tu jodoh Rabia, insyaallah. tak ke mana. yg penting kenal antara satu sama lain dulu.

      Delete
  6. Dapatkan suami yang mementingkan isteri, bertolak ansur, hormat, dan memberi kesayangan yang mencukupi ada antara sifat-sifat yang saya ingat adalah penting.

    ReplyDelete
  7. Semua tips yang fieza sharing betul sangat. Nak buat teman sehidup semati bukan main rembat je. Betul jodoh di tangan tuhan tapi kita berhak utk cari yg terbaik. In syaa Allah.

    ReplyDelete