Jumaat lepas, Cawangan k.fiezz buat majlis sambutan Krismas dan tahun baru. Bersempena dengan seorang pegawai tempat kitaorang yang meraikan krismas. So kitaorang buat majlis sambutan krismas. Raya, kita buat sambutan meriah sebab majoriti pegawai dan kakitangan kat Bahagian k.fiezz beragama islam. Tak adil la pada kaum yang minoriti dalam Bahagian, kita tak sambut perayaan diaorang. Why not sambut, kan?

Kita kan 1 Malaysia. 

Tukar-Tukar Hadiah

Dah sinonim kan kalau krismas mesti bagi hadiah. Jadi ada seorang kawan pejabat k.fiezz cadangkan kitaorang buat tukar-tukar hadiah. Setiap orang beli hadiah paling maksimum harga RM20. Lepas tu kita tukar-tukar hadiah antara satu sama lain ikut cabutan nombor. Hadiah yang kitaorang beli tu setiap seorang kena pilih satu nombor untuk letak pada hadiah masing-masing dan masa majls, kitaorang akan cabut undian nombor. Macam lucky draw. 

K.fiezz haritu, hadiah yang k.fiezz bagi bernombor 17. dan untuk cabutan hadiah, k.fiezz dapat no.8. apakah isi hadiah?kat bawah nanti k.fiezz reveal. Kalau yang follow k.fiezz di IG, dah tahu apa hadiah yang k.fiezz dapat. hehe. 

www.fiezasani.xyz

Hasil sentuhan dekorasi salah seorang kawan pejabat k.fiezz. Memang selalu dekorasi, bagi kat member k.fiezz ni pun. Kreatif orangnya. Kitaorang tolong sikit-sikit je. 

www.fiezasani.xyz

Lontong, rendang ayam, makaroni antara menu utama kitaorang haritu. 

www.fiezasani.xyz

pencuci mulut. yummy.

www.fiezasani.xyz

Hadiah yang k.fiezz dapat. No.8
Weiii..berlapis-lapis tau nak buka hadiah ni. hehe. k.fiezz dah agak ni hadiah dari siapa. Sekali betul tekaan k.fiezz. 

www.fiezasani.xyz

Yeayyy..memasing happy dengan hadiah-hadiah
excited masa sesi buka hadiah masing-masing. Ada seorang dapat hadiah tak wrapping. so masa kitaorang excited unwrapping present, dia tengok je. haha. 

www.fiezasani.xyz

My lucky number 8


www.fiezasani.xyz

tadaaaa.. Powerbank.

Percaya tak sebenarnya k.fiezz memang dah aim nak powerbank sebab ada member k.fiezz beritahu dia beli powerbank comel untuk exchange gift kitaorang. Lepas bos kitaorang bagi green light untuk buat tukar-tukar hadiah ni, kitaorang memasing usya hadiah kat shopee. So ada sorang member k.fiezz ni cerita dia dah beli kat shopee, PowerBank comel. Lepas dia cakap tu, k.fiezz duk harap k.fiezz yang dapat powerbank tu. hehe. sebab memang dah lama nak beli powerbank benornya. Haritu beli untuk mr hubby. Malas nak share kalau time keluar atau balik kampung. hehe. seorang satu, tak berebut powerbank.tapi tak beli cerita dia. k.fiezz ni duk berkira nak beli ke idak. 

eh, sekali k.fiezz dapat juga powerbank tapi bukan dari member k.fiezz yang cakap dah beli kat shopee tu. dari seorang lagi member lain. Betul la macam ada someone cakap pada k.fiezz, kita visualize apa yang kita nak, insyaallah kita akan dapat.  

so lepas ni nak apa-apa cuba visualize kan. macam kita dapat benda tu. insyaallah, kita dapat. ni ada someone pernah share dengan k.fiezz pasal visualization ni. 

so k.fiezz beli hadiah apa?

tadaaa..

www.fiezasani.xyz

Cleansing Hand Gel dari Bath & Body Works

Siapa yang dapat hadiah k.fiezz ni?Pegawai yang sambut krismas tu yang dapat. Hadiah ni pun k.fiezz beli kat shopee. Jenuh cari hadiah yang general lelaki & perempuan boleh guna. Cari punya cari, rasa yang ni sesuai. Lelaki perempuan boleh guna. 

1 Comments