Drama terbaru yang bakal ditayangkan di Astro. Korang yang ada Astro atau tak ada Astro pun boleh. Tengok kat You Tube je..hehe..Memang trend sekarang ni, banyak drama adaptasi novel. TQ Captain ni salah satu drama yang diadaptasi dari novel. 

Selalunya drama adaptasi novel ni cliche. Tapi yang ni tak pasti. Kena tunggu & lihat. 

www.fiezasani.xyz

Drama Bersiri “TQ CAPTAIN” terbitan Arie Zaharie Production dan ASTRO dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan mula bersiaran di slot MEGA DRAMA saluran ASTRO RIA (Saluran 104) dan ASTRO RIA HD (Saluran 123) bermula 9 Disember 2019 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10:00 malam.

Drama arahan Jamal Khan ini dibintangi barisan pelakon antaranya Hisyam Hamid memegang watak sebagai Leftenan Komander Maritim Adam bin Alauddin yang berperanan sebagai seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk, Mawar Rashid memegang watak sebagai seorang wartawan terkenal iaitu Mikayla Mirza (MM) dan Mark Adam memegang watak sebagai Zafrel seorang penyanyi terkenal.

Drama yang diinspirasikan daripada novel bertajuk “TQ Kaptan” ini mengisahkan tentang seorang wartawan (Mikayla Mirza) yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya sebagai seorang wartawan. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Dalam pada Mikayla ingin menyempurnakan tugasannya, akhirnya telah menemukan dirinya bersama Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin. 


>>Baca sinopsis, macam best je. Nak try tengok lah nanti kat You Tube<<

0 Comments