Spa & massage time gitu...pi usya kat Fave..kat situ banyak pakej2 & harga yang ditawarkan murah...bukan murah sikit..murah banyak...berbaloi la..2 tahun lepas k.fiezz penah beli pakej kat Fave ni gak..amik spa pakej..ada lulur, sauna, massage...mak aih, dua tahun lepas...kemain lama tak melawat SPA...busy benor k.fiezz oiii...haha

BELI PAKEJ DI FAVE LAGI

so baru ni mr hubby bising badan dah sakit-sakit..gigih la bini dia ni cari kat Fave, pakej urut badan yang berpatutan & kena dengan bajet...cari punya cari..jumpa yang menepati ciri & poket..k.fiezz punya style sebelum beli mana-mana pakej dalam fave ni, k.fiezz akan check dulu dengan tempat-tempat spa ni bila ada slot kosong..kalau kata, kena tunggu slot untuk kita buat rawatan kat situ, amik masa lama untuk tunggu..k.fiezz malas la nak beli kat situ punya voucher..k.fiezz cari yang lain..sampai jumpa yang okey...

TOP SKIN BEAUTY PARLOR PANDAN INDAH

Cari punya cari..k.fiezz pilih voucher untuk dapatkan treatment kat Top Skin Beauty Parlor Pandan Indah..k.fiezz amik pakej RM73 seorang..harga RM73 untuk - 2 jam setengah (FACIAL & BACK SPA THERAPY)..

FACIAL -

Double Cleansing
Exfoliating Mask
Extraction
Steamer (Depends on skin condition)
Rejuvenate Mask
Skin Care application

BACK SPA THERAPY -

Back lightning & relaxing treatment
Back cleansing
Lavender Scrub
Aroma Relaxing Upper Back Light Massage
Lavender Mask
Aroma Scalp Massage

                                               www.fiezasani.xyz

Masa sampai ke sini, sementara tunggu bilik ready & fill up form, kita dihidangkan dengan air teh bunga ni...plain rasa dia..untuk kesihatan gitu...

www.fiezasani.xyz

Di bahagian depan 

www.fiezasani.xyz

Laluan untuk ke bilik-bilik rawatan urutan dan facial...

www.fiezasani.xyz

Dalam bilik urutan...yang ni untuk couple..masa urutan badan (belakang), k.fiezz & mr hubby sekali diurut dalam bilik ni...

www.fiezasani.xyz

Sebelum diurut, rendam kaki jap dalam air panas ni...panas sungguh..

PENGALAMAN URUT & FACIAL KAT TOP SKIN BEAUTY PARLOR PANDAN INDAH

Sampai kat sini, buat urutan belakang badan dulu..dah selesai urutan, baru facial plak...untuk facial dalam bilik lain..masa sesi facial ni, k.fiezz & mr hubby dalam bilik berasingan...

Overall sesi rawatan kat sini, okey je..dari 5, k.fiezz bagi 3...urutan belakang badan, best jugak..terasa urutan dari juruterapi dia...

Untuk facial pun sama gak cuma cuma masa sesi facial k.fiezz baru tahu pembuangan whitehead/blackhead menggunakan mesin kena add on RM88..kata staff yang buat facial kat k.fiezz, pakej k.fiezz amik kat FAVE tak include penggunaan mesin ni...adeh..gitu plak...tak nak la tambah plak, jadi k.fiezz menolak untuk tambahan kos lain...Sebab dah beli RM73 kan pakej kat sini..ikut je la dalam pakej tu...Memandangkan k.fiezz tak mau tambah untuk penggunaan mesin bagi proses detox (pembuangan whitehead/blackhead), proses extraction (detox whitehead/blackhead) ni dibuat secara manual..kalau korang yang besa buat facial tau la kan extraction manual macamana..meleleh air mata weiiii..bertabah je la masa sesi ni..

tapi lepas dh abis sesi extraction terasa licin mulus kulit k.fiezz ni hah..

tapi esoknya, muka k.fiezz bengkak-bengkak weiii..dah la hari esok tu, Isnin..hari koje...touch up la muka ngan mekap...tapi nampak jugak la ke bengkak kan kat muka...

mungkin kesan extraction secara manual atau k.fiezz tak tahan dengan produk yang digunakan kat sini..k.fiezz pun tak tanya dorang guna brand apa...penah je k.fiezz buat extraction secara manual sebelum-sebelum ni..helokk je...tetiba plak kali ni , jadi bengkak..tapi k.fiezz syak, produk yang digunakan kat sini, k.fiezz tak tahan....huhu..kulit k.fiezz la..org lain mgkn okey je...

nasib la lepas beberapa hari, baru surut bengkak kat muka...malam sebelum tidur, k.fiezz tepek sleeping mask Innisfree nak bagi muka sejuk & kurangkan bengkak...menjadi juga resipi ikut logik k.fiezz ni...

3 Comments

  1. Saya pun beli kt fAve.. Murah

    ReplyDelete
  2. sesekali kena manjakan diri. urut and spa =)

    ReplyDelete
  3. Harga ok, cuma mmg tak boleh buat manual buang blackhead segala tu pasal sakit yakmat .. Haha.

    ReplyDelete