Hello KK..baper hari cuti, baper hari la blog pun cuti..winduuu ngan blog..nak update blog masa cuti-cuti tu, busy..bukan busy sangat pun tapi tak reti nak mengarang ayat time cuti-cuti ni..ngan nak sembang-sembang atau orang putih cakap family bonding , takkan nak ngadap blog pulak..tak sesuweii..so kita KIV la cerita-cerita yang nak story kat blog, lepas dah abis bercuti..

kalau yang follow facebook & instagram k.fiezz, tau la k.fiezz pi bercuti ke mana minggu lepas..so ni nak story kat blog pulak..

OPENING STORY CUTI-CUTI K.Kinabalu..

tahun ni family day kitaorang, K.Kinabalu, here we come..cewah..speaking...Kitaorang ni selalunya bercuti ikut bajet..Kalau dalam poket lebih, kitaorang pilih oversea tempat bercuti..kalau poket kurang tebal, kita cuti-cuti dalam Malaysia jurrr..ala, dalam Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik..saja je gedik nak cuti-cuti kat oversea...sesekali kalau poket tebal, why not kan..tapi memandangkan tahun ni kureng sikit bajet, kita pi K.Kinabalu, Sabah je...as long bercuti..hah, okey je...lari jap dari kerja-kerja hakiki, kerja pejabat..rehatkan minda gituuu...release tension omputih cakap..

okey dah membebel..meh bukak citer opening cuti-cuti kitaorang ke K.Kinabalu, Sabah..cuti-cuti atau family day kitaorang ni selalunya buat time birthday anak buah tunggal (buat masa ni) belah mr hubby...jadi trip ni sekali nak celebrate birthday dia sekali la kiranya...

dan untuk trip kali ni, adik k.fiezz & wife dia nak joint sekali..so why not, kan..the more, the merrier omputih cakap..

Flight Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu

Flight kitaorang 2hb Mac 2019 dari KLIA 2 ke K.Kinabalu pukul 9.40pg..tempoh penerbangan 2 jam 30 minit lebih kurang..Naik AA, imagine je la ada tv kat kerusi..haha...nak tambang mur mur, gitu laaa..haha..


www.fiezasani.xyz

Wefie beramai-ramai sebelum naik flight...KK, kami datanggg..

www.fiezasani.xyz

Dalam flight..ate tak ada menda nak buat..kita bergambar je la...ni sebelum flight berlepas & lepas kapten bagi arahan suh off handphone..haha...

SAMPAI DAH K.KINABALU, SABAH

Kitaorang sampai K.Kinabalu, dah pukul 1 atau 2 lebih kurang..tak ingat exact time tapi memang time lunch la citer dia..

www.fiezasani.xyz

Ni la homestay kitaorang kat K.Kinabalu, Sabah..Hari pertama, kitaorang bermalam di K.Kinabalu dulu..Lepas tu baru ke Kundasang..kat K.Kinabalu ni, kitaorang amik 2 buah rumah sebab ada 5 keluarga..Jadi satu rumah, yang 3 bilik untuk 3 keluarga..satu lagi rumah, 2 bilik untuk 2 keluarga...Blok berlainan..

Alamat - Cyber City Apartment 2 Gymnasium, Badminton Court & Pool

Kat bawah ni rumah yang k.fiezz menginap..so untuk satu lagi rumah tu, k.fiezz tak pasti dalam rumah dia camne..tapi rasanya pattern lebih kurang je...

www.fiezasani.xyz

Selesa rumah dia..ada kelengkapan macam dalam gambar..peti ais, cawan, sudu, garfu, mangkuk, pinggan..

owner rumah ni chinese so kalau nak guna barang-barang dalam rumah ni, boleh la bawa sabun taharah (untuk samak dulu sebelum guna)..sebab owner dia chinese so maybe ada orang bukan islam yang sewa..so kita pun tak tahu apa yang dorang makan..to be save, samak je la ngan sabun taharah tu dulu...

www.fiezasani.xyz

Bahagian dapur - nak masak pun boleh..nak basuh kain, ada mesin basuh...complete...

www.fiezasani.xyz

Ruang makan & ruang tamu..kat ruang tamu tu ada TV..
so no worry tau..tak nampak plak dalam gambar ni tv sebab k.fiezz amik dari sudut tepi...

www.fiezasani.xyz
Bilik no.2 & no.3 katil jenis single macam ni & tilam double..so kalau nak tidur atas lantai, boleh tarik satu tilam kat bawah...

Bilik air kat bahagian luar, sharing untuk bilik no.2 & no.3

www.fiezasani.xyz
Bilik utama...katil queen bed..

**Setiap bilik ada disediakan tuala 2 helai..so no worry kalau terlupa bawak tuala ke apa...syampu & body wash pun ada jugak...

www.fiezasani.xyz

bilik air dalam bilik utama...

overall okey la rumah ni...selesa..kitaorang bermalam kat sini masa hari sampai & lepas 2 hari bermalam kat Kundasang, kitaorang stay kat rumah ni jugak di K.Kinabalu...Okey ,sewa kat sini k.fiezz tak sure berapa sebab adik ipar yang uruskan semua...haritu bayar RM610 setiap keluarga & duit tu untuk homestay kat Kota Kinabalu, Kundasang & transport kitaorang sepanjang 6 hari kat Sabah ni...Makan semua, sendiri bayar..minyak, tong tong sikit sorang...

TOTAL PERBELANJAAN

flight ticket (pergi-balik) - RM600 / 2 orang (tak termasuk luggage)..
luggage + order makan dalam flight, k.fiezz & mr hubby add on kemudian - RM118.96
homestay (K.Kinabalu & Kundasang) + transport (van) - RM610 setiap keluarga..
**ada 5 keluarga**..transport tu drive sendiri...so adik ipar k.fiezz yang jadi drebar sepanjang kitaorang bercuti kat K.Kinabalu, Sabah ni...


5 Comments

  1. rindunya nak g sabah..xde ke yg nak sponser..hihi

    ReplyDelete
  2. nak tunggu next entry..plan macam nak ke KK jugak ni tahun depan..

    ReplyDelete
  3. Nak lagi dan lagi...SA minggu ni pi utara..dah tak sabar nak cuti ni...

    ReplyDelete