Bila ko dah terjebak dengan aiskrim Family Mart.. Masa k.fiezz ke Jepun tahun lepas, mmg nampak family mart ni kat sana.. Macam 7-11 kat sini.. Tapi nampak lagi best.. Elok balik Malaysia, lepas beberapa bulan nampak family mart dah ada kat Malaysia.. Tak sure kalau sebelum tu dah ada tapi tak perasan.. Sebab k.fiezz perasan lepas balik dari bercuti ke Jepun. Yelah masa gi Jepun baru kenal Family Mart.. 

Mula-mula tak heran sangat tapi bila adik ipar ajar makan aiskrim Family mart ni, baru la k.fiezz terjebak sama.. Tak boleh la tengok family mart, mesti nak masuk sebab nak beli aiskrim dia ni je.. Dah la kebanyakan family mart, kat kaunter dia mesti beratur panjang sebab nak beli aiskrim jugak.. Gigih k.fiezz beratur jugak tau.. Haha

AISKRIM Family Mart


www.fiezasani.xyz
Flavour MATCHA

Perasa Green Tea.. Untuk k.fiezz sedap.. favourite k.fiezz ni... 

www.fiezasani.xyz

Flavour Murasaki Sweet Potato Cheesecake Sofuto.. 

Haritu nampak flavour baru ni cuma k.fiezz tak berani nak try.. Takut tak sedap.. Sekali bila dah cuba.. Eh, favourite kedua selepas Matcha.. 

Best Ke Aiskrim Family Mart ni

Yang k.fiezz suka aiskrim family mart ni, isi dia penuh sampai dalam kon..Idak la kosong makan kon bila aiskrim belah ataih dah abis.. Ni kita gigit kon tu, ada lagi aiskrim kat dalam tu pulak...Rasa aiskrim dia pun sedap.. Tambah2 bila makan dengan kon.. Krup krap makan kon di selang seli dengan gigitan aiskrim yang sedap.. Hehe

Harga Aiskrim Family Mart

RM2.90 je.. Affordable la harga dia.. Untuk k.fiezz la..kalau tak affordable takkan la setiap kali pi family mart nak beli aiskrim, beratur panjang.. 

Cawangan Family Mart

Kat Kay Ell ni dah merata cawangan family mart.. Negeri-negeri lain, tak pasti family mart dah sampai ke belum kat tempat korang..