Terusya website Zalora chuolls..kisahnya k.fiezz nak cari baju raya nak pakai kat ofis untuk jamuan hari raya kitaorang minggu depan..tema dark blue..masa officemate beritahu tema kaler ni, k.fiezz balik rumah ingatkan ada la baju warna dark blue..sekali ada satu je tapi tak berapa nak glamer sangat baju tu..haha..motip sangat nak beli baju lain kan...

Jadi dah tengok koleksi baju tak banyak sangat warna dark blue ni, k.fiezz masuk kat website shopee, Lazada tapiiii yang tak bestnya kalau beli kat shopee ke lazada ke, pengeposan guna pos laju..uwaaa..k.fiezz fikir banyak kali nak beli ke idak..walaupun ada je baju-baju yang cantik & harga pun murah. sebab pejabat k.fiezz tak mau terima pengeposan barang peribadi dengan pos laju..kalau courier lain tak apa sebab dorang akan hantar terus ke pejabat si penerima..kalau contoh macam k.fiezz bhg.antarabangsa, courier tu akan naik ke bahagian k.fiezz..pos laju idak..dorang pi hantar kat pusat terima surat & staff2 kat situ malas nak sorting kot..haha..agaknya la...

CARI BAJU IKUT BAJET DI ZALORA

K.fiezz cuba usyar kat website Zalora pulak..Selalu takut nak masuk kat sini sebab harga baju agak jegil biji mata tengok..haha..padahal boleh je search ikut bajet kita..Ni k.fiezz pilih bajet antara RM60 yang paling murah - RM109 yang mampu la k.fiezz nak beli...jadi ni la hasilnya...

Baju yang jadi pilihan k.fiezz samaada kurung moden atau peplum..Suka benor antara 2 ni..

Ada je baju warna dark blue tapi design dia kurang menarik pada mata k.fiezz..Jadi kita pilih warna lain..Kalau beli antara ni, lari tema la...tak kisah la,kan..warna-warni di hari raya konsepnya...

www.fiezasani.xyz
Kurung Modern Geomartika (Blue + Black)
Harga asal - RM150, selepas diskaun jadi RM100 

www.fiezasani.xyz
Kurung Qameela Lll
Harga asal - RM195, selepas diskaun jadi RM97.50

www.fiezasani.xyz
Waist Sash Kurung
 Harga asal - RM140.60, selepas diskaun jadi RM98.40 

www.fiezasani.xyz
Embellished Azulejo Prints Baju Kurung Modern
Harga asal - RM244.30, selepas diskaun jadi RM70.00 

www.fiezasani.xyz
Boatneck Peplum Top Set
Harga asal - RM297.20, selepas diskaun jadi RM94.95

Kenapa Zalora Menarik Perhatian K.fiezz?

First sebab k.fiezz tengok di zalora ni ada cash on delivery..yeay...senang la nak shopping kalau camni..boleh suruh hantar ke pejabat & bayar on the spot...Pembelian melebihi RM75 kos penghantaran adalah percuma..dan dalam masa 30 hari kalau ada masalah dengan item yang kita beli, boleh pulangkan semula...yeayy jugak...

Zalora Jadi Pilihan Lepas Ni

Jadi lepas ni nak shopping baju, k.fiezz akan bukak website Zalora la dulu..sebab ada keistimewaan macam kat atas ni..Untuk k.fiezz la yang susah sikit nak beli secara online...Part cash on delivery tu yang paling menarik perhatian...iolls suka...

Jom shopping di ZALORA..

10 Comments

  1. sekarang ni mmg banyak sales baju raya mungkin nak habiskan stock, sha ada jugak terbeli kt fb last week hahahaa boleh la pakai raya haji, kat zalora baju kecik semua, sha yang bambam ni memang susah nk cari size haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..byk baju size kecik ke..ai loike..hehe.. #janganmarah...tue la k.fiezz baru tahu Zalora ni ada gak jual baju rega mampu dibayar..ingt yg jegil2 biji mata rega dia..

      Delete
  2. berkenan pulak dengan Waist Sash Kurung. Warna lain please penuh lemari warna merah jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli miza,jangan tak beli..lawa gak hat ni...

      Delete
  3. Yg kaler merah tu waist sash kurung cantikla..

    ReplyDelete
  4. Mmg murh kalo beli kt ZALORA nii. Sy pun selalu shopping kt ZALORA

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke..nnti nak cuba la..especially ada COD tu..mmg suka sangat...

      Delete
  5. Selalu jugak cuci mata dekat zalora..tapi itulah harga-harga boleh tahan , tapi zalora selalu buat promo kan

    ReplyDelete