Sapa pernah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..Cer komen sikit. Kak fiezz pernah sampai gak dulu tapi tak explore sepenuhnya..Tak ingat singgah kat situ sebab apa..Tapi sekejap je la singgahnya kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni...Dekat belah luar je kalau tak silap..
Dari apa yang kak fiezz baca ada apa kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni, menarik sangat..Patut jadi tumpuan ramai orang kalau bercuti, Bukit Merah Laketown Resort Perak ni antara yang menjadi pilihan utama..Terutama sekali waktu cuti sekolah. Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat oleh anak-anak kita..

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK


Sumber - Google


Jom kita berkenalan dulu dengan Bukit Merah Laketown Resort Perak ni dulu..Kenapa ada perkataaan merah dalam nama dia tu..sebab merah biasanya untuk menarik perhatian..Warna merah ni kan menyerlah gitu..Kalau pakai baju warna merah, dari jauh orang dah nampak..Jadi mungkin sebab tu nama merah menjadi pilihan oleh pengasas Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..Nampak perkataan Merah, rasa tertarik nak singgah untuk explore ada apa kat sini?

APA YG BEST DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK

Bukit Merah ni terletak berdekatan dengan Laketown Resort terletak di kompleks eko-pelancongan yang mempunyai taman air, taman eko dan kemudahan pemulihan orang-utan yang akan buat korang teruja untuk ke sini lagi. Resort yang ada di Bukit Merah Laketown ni menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan Wi-Fi merata kat kawasan awam. Jadi jangan risau la kalau korang nak post atau update status kat sosial media korang tu..Jimat data telefon sebab Wi-Fi sepenuhnya di kawasan ni. Dalam perkhidmatan terbaik yang diaorang sediakan untuk traveller macam kita ni ialah bilik-bilik berhawa dingin di Bukit Merah Lake Resort dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk dan pembuat teh atau kopi. Tak lupa juga, kemudahan pancuran mandian yang betul segar beb, berada di bilik mandi bertab suite korang. Bilik di Bukit Merah Laketown Resort Perak ni biasanya adalah bilik deluxe dan telah diubahsuai mengikut rekabentuk terkini. Selepas sesi pengubahsuaian ni, semua katil dan perabot adalah baru..Jadi no worry nak guna atau baring dengan selesa di atas katilnya yang empuk tu. Bukit Merah Laketown Resort ni dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang rimbun dan mengadap ke salah satu daripada tasik air tawar yang berkeluasan 7,000 ekar yang menjadikannya terbesar di Malaysia.

Selain mempunyai dua restoran, resort ini mempunyai taman air (bayaran tambahan) dan kolam renang luaran. WiFi di kawasan awam adalah percuma. Di samping itu, pusat kecergasan, 3 kedai kopi ataupun kafe dan bar snek / deli terdapat di semua tempat. Semua 80 bilik menyediakan bar mini, perkhidmatan bilik (semasa waktu terhad) dan TV. Kemudahan lain yang disediakan untuk tetamu termasuk pengering rambut, pancuran dan telefon.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
wah..sonoknya kalau dapat bercuti ke sini..lawaaa weii..penat dari kesibukan kerja, boleh rilekskan minda kat sini...Ni chalet atas air yang ada kat sini..

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Tempat Pemulihan Orang Utan

Ni sesuai sangat bagi didik anak-anak kita sayangi haiwan..Boleh bawak dorang explore kat sini..Bukan apa budak-budak sekarang, asyik berkawan baik dengan gadget je...Jadi kita cuba kenalkan dorang dengan alam semulajadi dan haiwan..dan kurangkan penggunaan gadget dalam kehiudpan seharian dorang..

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Taman tema air pun ada jugak..patut la ramai mak pak suka bercuti ke sini time cuti sekolah...memang seronok la budak-budak kalau dapat air..

Kalau untuk kita yang boring lepak kat bilik je, boleh berinteraksi dengan binatang di Ecopark atau nikmati hari yang ceria dengan suasana kondusif gitu di Laketown Waterpark, yang mempunyai kolam gelombang dan slaid air beb yang macam k.fiezz kongsi gambar kat atas ni, taman tema air di bukit merah laketown resort.Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun teruja kalau dapat main air kat taman tema air macam ni...

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google
Taman Haiwan Ecopark

Korang jugak boleh  pilih tempat rekreasi lain termasuklah jugak merehatkan badan berurut di spa, atau bersenam di gim bagi yang suka badan yang sihat lagi fit tu. 

MACAMANA NAK KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT PERAK NI?

Kalau bercerita tentang jarak untuk ke sini, Bukit Merah Laketown Resort ni jaraknya 10 minit pemanduan dari Taman Seri Semanggol dan 30 minit pemanduan dari Taiping . Makan masa 45 minit pemanduan dari Bukit Mertajam dan 1 jam kalau korang memandu dari Bandar Ipoh. Resort Semanggol yang mesra keluarga terletak di tasik dalam jarak 3 min (5 km) Jeti Bukit Merah dan Taman Tasik Bukit Merah. Zoo Taiping & Safari Malam dan Kolam Burma juga berada dalam jarak 16 km (25 km). Manakala yang dari Kuala Lumpur, korang boleh gunakan jalan keluar Bukit Merah (Keluar 150) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa 3 jam sahaja.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

TEMPAT MAKAN DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Lepas beriadah bersukan atau merehatkan badan, confirm korang terasa lapar, kan..Jadi jangan risau,  Ripples Hawkers Centre tempat yang disediakan untuk korang menjamu selera. Restoran ini  menyediakan beberapa pilihan tempat makan yang beraneka rasa. Untuk korang yang berselera dan bercitarasa lebih tu, hidangan tempatan dan antarabangsa dihidangkan di Café Le Lac, yang menghadap ke tasik seluas 7,000 ekar. Korang rasa? memang terbaiklahkan.

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Selain dari di sini, korang boleh dapatkan pilihan makanan di salah satu daripada 2 restoran yang ada di resort ini. Untuk tetamu yang nak fefeling lepak di starbuck, Old Town White Coffee atau yang seangkatan dengannya, korang boleh menikmati kopi di salah satu dari 3 kedai kopi atau kafe yang ada di sini. Selain terdapat juga bar snek atau deli berdekatan. Akses Internet wayarles disediakan percuma.

Jom Tempah Bukit Merah Laketown Resort Secara Online 

Selain taman tema air yang menjadi tarikan, Bukit Merah Laketown Resort mempunyai sungai dan gelongsor air. Resort mesra keluarga ini juga menawarkan kolam renang luaran, kolam renang kanak-kanak dan pusat kecergasan. Perkhidmatan concierge dan perkhidmatan perkahwinan juga disediakan. Tempat letak kenderaan disediakan dengan bayaran tambahan. Mari ramai-ramai book Bukit Merah Laketown Resort online!

eh..bestkan..kak fiezz pulak yang teruja bila taip entry cuti-cuti ke Bukit Merah Laketown Resort ni..Kak fiezz confirm kalau yang bawak anak-anak memang terbaiklah percutian kat sini..Selain dari bersuka ria dapat dedahkan dorang dengan alam semulajadi, mengenali haiwan terutama orang utan yang menjadi tarikan utama kat Bukit Merah Laketown Resort Perak ni..

Moh kita bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort Perak..