Medan Trip - Day 2

Hari kedua di Medan & pakej kitaorang bermula pada hari kedua ni. Pagi lepas breakfast di hotel,kitaorg menunggu pak supir ambil di hotel.. Eh.. Lupa plak nak cakap kat entry SEBELUM, penginapan di The Crew Hotel tempat kitaorg menginap hari pertama ni sekali dengan sarapan pagi. Jadi tak kelam kabut nak cari tempat makan ke apa..Turun ke kafe hotel je untuk breakfast...Menu-menu yang disediakan, sesuai dan kena dengan selera kita orang Malaysia ni...

Okey, sambung balik cerita hari kedua ni. Pak Herman ambil kitaorang dengan 2 buah kenderaan.

Tempat pertama kitaorang di bawa ke tempat jual kacang-kacang. Boleh rasa & kalau berminat nak beli, boleh beli. Tak minat pun tak apa..

TEMPAT JUAL KACANG

www.fiezasani.xyz
Yang dalam bekas terbuka depan kacang-kacang ni, tester...

www.fiezasani.xyz

Selepas tu, kitaorg di bawa makan tengah hari ke Restoran di gambar bawah ni. Masakan padang, kalau tak silap kak fiezz.. 

www.fiezasani.xyz
Dari bahagian hadapan restoran


www.fiezasani.xyz

Menu tengahari kitaorang hari pertama

www.fiezasani.xyz

Wajib la bergambor dulu sebelum mengisi perut.. 


Camne rasa makanan Indonesia, okey ke tidak? K.fiezz ni tak memilih.. Sedap je pada deria rasa k.fiezz ni..Cuma sambal dia, kak fiezz tak berani nak makan..takut perut buat hal..Masa ni nak sampai ke Danau Toba ambil masa beberapa jam juga...

Selepas makan, perjalanan diteruskan ke Danau Toba. Mengikut pak herman, jarak perjalanan dari hotel kitaorang di Kuala Namu nak ke Danau Toba ni mengambil masa 5 jam.. Fuhhh.. Kebas punggung duk dlm van.. Jadi sepanjang jalan, kita layan pemandangan & cuci mata tgk cara kehidupan orang di Indonesia.

DAH SAMPAI DANAU TOBA

www.fiezasani.xyz
Lepas beberapa jam, sampai di hotel yang pertama jadi tempat penginapan kitaorang. 
DANAU TOBA INTL. COTTAGE.  

www.fiezasani.xyz
Pemandangan Danau Toba dari bahagian atas hotel.. Subhanallah.. Cantik sangat... 

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz
Belakang k.fiezz pemandangan Danau Toba dari bilik kitaorg.. 

www.fiezasani.xyz
Nah.. Gambar yang lebih jelas untuk tatapan mata korang..
tapi tengok secara live,  serius cantik.. Bukak je pintu balkoni bilik terus menghadap pemandangan ni.. 


www.fiezasani.xyz

Dari atas bot.. Masa ni kitaorang nak ke Pulau Samosir.. 

www.fiezasani.xyz
Ni la rupa hotel kitaorang menginap.. Cantik tapi k.fiezz macam serem sikit sbb environment dia kot.. No worry, tak ada apa2 pun masa stay kat sini cuma suasana & senibina hotel dia tu, jadi seremm...Lagipun kedudukan bilik kitaorang dapat kat belah bawah yang mengadap Danau Toba ni, so agak sunyi sikit...

www.fiezasani.xyz
Atas bot.. 


www.fiezasani.xyz
Masa ni hujan renyai-renyai tapi semua gigih naik kat atas ni nak tengok pemandangan secara live Danau Toba...


www.fiezasani.xyz
Mr hubby masa ni dah start tak berapa sedap badan tapi gigih naik atas...

www.fiezasani.xyz
Nampak tak batu tergantung tu, mengikut mitos orang sini. Batu tu sumpahan anak yang ingkar arahan orang tuanya yang nak kahwinkan dia dengan calon pilihan keluarga. Si anak tak bersetuju sbb dah ada pilihan sendiri . Jadi dia terjun dari sini dan tersangkut di situ. Yg batu kecil di belakang tu anjing2 peliharaannya yang ikut sekali terjun.. 


Pemandangan Danau Toba

www.fiezasani.xyz

Dah sampai di Pulau Samosir.. 

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz 
Kat sini ada orang-orang menjual cenderamata.. Memang banyak.. Cuma pandai-pandai la tawar harga yea ;) 


www.fiezasani.xyz
Di kawasan perumahan kaum batak. Ni rumah tradisional kaum ni.. 

www.fiezasani.xyz
Mr hubby terpilih untuk menari tarian tradisi kaum batak.. Haha.. Bawah ni video nya... 




Kalau ikutkan dalam trip kat sini kitaorang di bawa ke muzium orang batak tapi masa ni dah nak Maghrib plus ada baby dalam kumpulan jadi macam tak berapa sesuai pulak rasanya.. Selesai aktiviti menari-nari ni, kitaorang pi semula ke jeti utk menaiki bot, balik ke hotel.. Sebelum tu, kitaorang menyinggah shopping beli cenderamata kat pasar yang kak fiezz beritahu kat atas tadi..

Malam lepas mandi & rehat jap di bilik.. Pak herman bawa kitaorang ke kedai ni untuk makan malam.. 

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Selfie dulu sebelum makan


www.fiezasani.xyz
Menu makan malam

www.fiezasani.xyz
Menu makan malam

Pakej ni dah termasuk makan & penginapan (di hotel - include breakfast) . Jadi bawak duit belanja je utk beli cenderamata, shopping + makanan selain yg termasuk dlm pakej.. 

4 Comments

  1. Ahaa la kak.. nampak macam seram sikit view tempat akak menginap tu. Kalau tengokkan dari view kat atas tu la tapiii kat situ mesti ramai orang kan

    ReplyDelete
  2. Menarik..laaa lelaki je ke yang buat tarian tu...yg perempuan nya?

    ReplyDelete
  3. view dr atas hotel tu cantik la....mcm nak swim saja.

    ReplyDelete