Medan trip

Jom..entry ni kak fiezz nak kongsi pasal Medan Trip kak fiezz & family ke sini minggu lepas dari 20 Mac 2018 - 24 Mac 2018). Flight kak fiezz, 20hb, pukul 8.00mlm.. Pakej untuk Medan Trip itaorang bermula pada esoknya iaitu pada 21 Mac 2018..Jadi untuk hari pertama sampai di Medan, kitaorang menginap di The Crew Hotel,KualaNamu..Hotel ni terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan..

Transport Dari Airport Kuala Namu, Medan ke Hotel The Crew

Hari kak fiezz & family ke sini,flight delay..Patutnya dalam pukul 8.00mlm tapi tunda sampai 9.20 camtu baru flight berlepas dari KLIA 2 ke Kuala Namu, Medan..fuhhh..1st time kak fiezz naik flight & delay...Mr hubby kak fiezz dah risau sbb dah arrange dengan hotel untuk pick up kitaorang di airport waktu yang sepatutnya kitaorang sampai..tapi dah delay pulakkkk..haish...kacau program..So sebaik je sampai di airport Kuala Namu, salah sorang dari member group telefon hotel untuk ambil kitaorang di airport..Nasib baik, tak ada sebarang masalah..2 biji van yang datang untuk ambil kitaorang seramai 16 orang...Pengangkutan disediakan oleh pihak hotel untuk pick up kita di airport..

www.fiezasani.xyz

Hotel penginapan kitaorang masa hari pertama sampai di sini

The Crew Hotel KualaNamu
Jalan Arteri Bandara Kuala Namu
No.09, Medan, Indonesia, 20157

Tel : 6282365211199

www.fiezasani.xyz

Reception

www.fiezasani.xyz

Hotel ni terletak bersebelahan dengan hotel lain..So ni di ruang tengah antara 2 hotel ni..cantik sangat background dia, jadi wajib la kita posing...

www.fiezasani.xyz

empat bilik mr hubby tempah jenis 
Business Class King - Rate : RM125
booking melalui Agoda...

www.fiezasani.xyz

Memandangkan pakej trip hanya bermula pada 21hb Mac 2018, jadi kita menjamu selera di kafe hotel..Harga reasonable...

www.fiezasani.xyz
Menu k.fiezz order di kafe hotel ni - Kuew Tiow Goreng & Air Teh O
Tapi kan, lamaaa nunggu nak dapat order ni...k.fiezz syak mungkin chef dia sorang je..huhu...
Nasib baik la kuew tiow dia sedap..Air teh o dia pun, rasa lain dari kita punya kat Malaysia ni..yg dalam bekas kecik tu, air gula..kita kena buh sendiri..suka ati la nak manis ke, tawar ke..sendiri punya citarasa..part ni k.fiezz loike...

www.fiezasani.xyz

Pakej Medan Trip bermula - Ready to explore Medan, Indonesia
Pakej yang kitaorang ambil untuk 4H 3M ni RM550/seorang..Mr hubby berurusan dengan Pak Ibrahim, mungkin owner travel agent yang kitaorang ambil pakej ni...Tapi sepanjang 4H 3M ni, supir kitaorang - Pak Herman & sorang lagi assistant sbb dapat 2 buah kenderaan untuk bawak kitaorang seramai 16 orang + beg beg beg...

www.fiezasani.xyz

Sim kad untuk internet yang mr hubby beli untuk kitaorang guna sepanjang di Medan..
Harga - IDR 100,000.00
Masih ada lagi balance data 25gb (valid untuk 20 hari) dari entry k.fiezz ni...Kalau ada yang bercadang nak ke Indonesia, boleh e-mail kak fiezz...Nak bagi sim kad ni..tapi hanya untuk internet saja yea..tak boleh call...Kalau dah habis kuota, korang just top up...

7 Comments

  1. Belum pernah sampai Medan...cepat update nak baca..x cukup ni satu entry..hahaha..

    ReplyDelete
  2. yg mama tau org indon jarang minum teh ada gula. sebab tu lah diorang asingkan gula kot.. bestnya lah trip medan. nanti cerita lagi tau

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak pergi sana... Menarik gak...

    ReplyDelete
  4. Xpa kak.. firsttime naik flight dah delay tu. Pengalaman tu hikhik seronoknya p bercuti

    ReplyDelete
  5. background yg laluan antara dua hotel tu mmg cantik ...

    ReplyDelete