Kak fiezz nak kongsi sikit pengalaman sebelum kak fiezz diterima bekerja dalam sektor kerajaan..Kak fiezz tahu ramai kat luar tu mohon kerja kerajaan tapi tak berjaya..faham sangat situasi korang tu..Kak fiezz dulu salah seorang yang ramai-ramai memohon kerja dalam kerajaan tapi bukan sekali attend interview terus dapat, yea...Kalau tak silap kak fiezz hadir temuduga SPA untuk kerja kerajaan ni lebih dari 5 kali..Macam-macam jawatan tau kak fiezz mohon...Antara yang dipanggil untuk temuduga Pembantu Kaji Cuaca, Jururawat Desa, Jurutaip..Ni antara yang kak fiezz ingat..Pernah la sampai sekali tu kak fiezz pakai tudung sebab kebanyakan kaki tangan kerajaan kan bertudung jadi dengan harapan berjaya la untuk temuduga bagi jawatan ni..haha..adeh..sampai macam tu sekali la berharap berjaya diterima kerja kerajaan...tapi kak fiezz tak berjaya pun untuk jawatan yang kak fiezz hadir temuduga pakai tudung tu..haha..tue la niat tak betul kan..adeh..tak pe la bukan rezeki kak fiezz untuk jawatan tu..tapi walaupun asyik tak berjaya temuduga SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) banyak kali, kak fiezz tetap mohon je..Masa tu tahu la kerja private rasa tak selamat..Takut company tutup ke apa..tak ke haru..Tue yang gigih mohon je SPA banyak-banyak kali..

Ada ingat kak fiezz dapat kerja kerajaan sekarang guna kabel..Nopeee..No okey..Dalam kerajaan tak ada istilah guna kabel untuk dapat kerja ni sebab semua permohonan melalui online di SPA..Mungkin dulu-dulu sebelum wujud sistem canggih macam sekarang, ada la kot guna kabel sebab permohonan diisi secara manual dalam borang...Boleh la kot guna istilah 'menggunakan kabel orang dalam'..tapi sekarang memang tak la, yea...Sikit tips kak fiezz nak kongsi kalau korang yang berjaya hadir ke temuduga kerajaan ni untuk jawatan sokongan macam kak fiezz ni la..Ambil tahu isu semasa / nama menteri-menteri sebab kadang penemuduga ni tak tanya soalan pasal berkaitan dengan kerja yang kita dipanggil temuduga tu..Soalan-soalan cepumas yang dorang tanya...Macam kak fiezz sendiri masa temuduga jawatan PA ni..Kak fiezz ingat lagi, penemuduga tanya 'Kalau bos ajak keluar berdua, nak tak?'..Kak fiezz rasa jawab tak nak..Tapi penemuduga tu menduga pulak..dia tanya 'eh..bos ajak tu..takkan nak tolak'..kak fiezz tetap dengan jawapan yang sama kot..tak ingat..lepas tu dia tanya juga kenapa kak fiezz nak jadi PA..kak fiezz jawab 'minat' sebab dari sekolah macam suka nak jadi setiausaha..bagi kak fiezz setiausaha kan cantik je (pengaruh drama sangat) hehe jadi kak fiezz memang suka apa2 yang berkaitan dengan cantik..tue kak fiezz jawab 'minat nak jadi PA' dan rezeki kak fiezz..Kak fiezz berjaya untuk temuduga bagi jawatan PA ni..Alhamdulillah...tak sangka benornya..tapi apapun alhamdulillah...rezeki..Selain dari soalan yang kat atas ni, penemuduga juga tanya dengan kak fiezz masa tu senaraikan lima nama menteri yang jarang keluar dalam tv..haih..mengagau nak jawab sebab kak fiezz ni bukan suka pasal politik2 ni jadi memang tak ambil tahu sangat la nama-nama menteri..Tapi kak fiezz jawab juga la soalan tu..Ada la tahu nama sorang dua yang tak berapa glams cuma gelaran kak fiezz lupa nak sebut..Jadi penemuduga tu tegur kak fiezz..'awak ingat si polan tu kawan awak ke..gelaran dia apa?'..hah, ko...#sentapjap masa tu...tapi dulu mana guna lagi la istilah hashtag2 ni...dalam hati la sentap jap...

Apapun nak nasihat korang yang masih belum berjaya dapat jawatan dalam kerajaan, yang penting terus berusaha..Jangan harap pertolongan orang lain atau 'kabel'..Kalau dah memang rezeki kita kerja dengan sektor kerajaan..rezeki kita..kalau tak berjaya tu..banyak lagi kerja di sektor swasta..kalau dah semua kerja kerajaan..sapa pulak nak kerja swasta..kan..Bagi kak fiezz, kak fiezz pegang pada 'rezeki tak pernah salah alamat'...

Cuma nak advice juga kerja di sektor kerajaan ni idok la sentiasa seronok..haha..ada best..ada tak best..haha...Kadang environment tak best tapi bos okey..Kadang bos tak okey environment pulak best..Jadi ada kebaikan..ada keburukan...Lagi satu kerja kerajaan ni bukan la duduk goyang kaki je..Tengok kalau dapat department yang sibuk, memang tak menang tangan la buat kerja..Siap kena cover lagi kerja orang lain..Tapi kalau nasib baik, dapat la deparment yang tak sibuk..Jadi boleh la goyang-goyang kaki..

Yang bestnya dan menyebabkan ramai kat luar tu nak mohon kerja kerajaan sebab ada pencen..ada benefit macam-macam..perubatan, perumahan dan lain-lain...So keep trying...

**Mr hubby dah tak kuasa nak apply..hehe..faktor umur plus mmg rezeki mr hubby kerja di sektor swasta...


7 Comments

  1. sha pun ingat nak apply kerja kerajaan jugak ni sebab ada pencen haha. thank for sharing!

    https://shafyqahazahar.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. selamat datang ke sektor kerajaan.. he he he... kata orang best keja kerajaan kerana ada pencen.. heemmm... tepuk dada tanya selera la.. dan.. cuma jauhari yang mengenal manikam,..

    ReplyDelete
  3. Seronok jugakkan jadi PA... Dulu dulu tak terfikir pulak. Sebab dah sekolah line tecnical tu yg sambung belajar pun line technical....

    ReplyDelete
  4. pernah attend temuduga kerajaan ni.
    tapi unhappy la coz yang menyoal tu mcm acuh tak acuh saja.

    ReplyDelete
  5. Kita dulu pun sama juga mohon macam2 jawatan. Pastu gi interview ada tu sampai stress sebab tak boleh jawab soalan penemuduga. Tapi tetap juga cuba sampailah akhirnya dapat kerja sekarang ni

    ReplyDelete