ONLINE SHOPPING

Nak tanya ni, sapa suka online shopping?okey, kita geng..Kak fiezz pun..Kaki online shopping okey..tak boleh la ada RM dalam akaun bank tu, mula la jari2 kak fiezz gatal melayari mana2 website shopping..Paling favourite, harus la si Lazada tu..Tambah pulak semedang Lazada tu bagi diskaun..eh!!alergik tau tengok je tapi tak beli..haha..kang tetiba jari ter'klik add to cart..eh!!shopping tu shopping jugak kan..tapi best kan kalau shopping & dapat balik cash..ada mehhh..jom kak fiezz cerita lebih detail..Kisahnya ada la uolls..Kak fiezz baru tahu sebab terbaca ulasan2 dari blog-blog..Rupanya kat satu website ni ada menawarkan diskaun untuk pembelian di mana2 shopping website yang korang suka terjah..termasuk la favourite kak fiezz Si LAZADA tu..laaa..kalau dah tahu dari dulu, banyak dah cashback dapat, kan..tak pe, tak pe..dah tahu sekarang, apa lagi mulai harini kita dapatkan diskaun kat website ni untuk shopping di mana2 kedai online kegemaran kita sambil dapatkan semula beberapa peratus pulangan wang kita dari hasil pembelian kita..Website apakah yang kak fiezz duk cerita ni?Website ni, hah...

SHOPBACK

Apa menda shopback ni?okey, shopback ni website yang mengumpulkan semua kedai shopping online yang korang suka terjah tu..Apa yang menarik kat sini, shopback selain menawarkan diskaun, shopback juga memberi pulangan beberapa peratus nilai wang tunai dari hasil pembelian korang di kedai shopping online kegemaran melalui shopback ni..tak faham?okey, meh tengok gambar ni..

www.fiezasani.xyz

okey, nampak tak di situ ada Lazada, Zalora, Hermo dan semua yang tersenarai di atas..apa yang korang perlu buat..cuma daftar akaun di shopback ni (free saja) dan setiap kali korang nak online shopping kat mana2 web di atas, korang klik saja di website shopback ni untuk mendapatkan diskaun dan korang boleh gunakan diskaun tersebut untuk membeli-belah di kedai online kegemaran masing-masing..Dari sini korang boleh mendapatkan semula beberapa peratus nilai cashback yang ditawarkan untuk setiap pembelian di kedai online seperti senarai di atas (Lazada, Taobao, Zalora & lain-lain)..Contoh macam Lazada tu..Korang boleh dapat pulangan wang tunai sehingga 11% menggunakan baucer yang ditawarkan di shopback..okey la tu..pulangan wang tunai ni nanti korang boleh kreditkan ke dalam akaun shopback & boleh di tunaikan untuk RM sebenar..menarik tak...Eh!!tak terhad pada website shopping je yea..Korang boleh juga mendapatkan pulangan cashback ni untuk tempahan perjalanan ke luar negara menggunakan Booking.com, Expedia seperti senarai di atas.Korang jangan risau shopback ni sebuah perkhidmatan yang sah yea..Bukan sahaja di Malaysia, Singapura, Filipina dan India, tetapi bakal berkembang ke seluruh Asia..

tak faham juga macamana shopback ni berfungsi..okey sila rujuk gambar di bawah

Korang nak shopping produk k-beauty untuk mendapatkan hermo voucher

Klik pada hermo (dalam senarai di atas)..Korang akan nampak page kat bawah ni...

www.fiezasani.xyz
Sila pilih View More..

www.fiezasani.xyz

Korang boleh pilih deal yang mana berkenan di hati tapi pastikan yang masih ada tulis di situ ongoing..Contoh kalau korang pilih yang pertama tu, klik Get Deal..Dapat pulangan 2% cashback dan ada diskaun di situ..Boleh gunakan kod tu untuk pembelian produk Innisfree..

www.fiezasani.xyz

Lepas korang pilih Get Deal tadi, keluar yang atas ni..Korang cuma klik Continue To Hermo...Kat bawah tu ada tips untuk memastikan korang layak dapatkan pulangan cashback..

www.fiezasani.xyz

Nanti korang akan masuk ke website hermo & korang boleh pilih barang yang korang nak..Macam tadi kita pilih Innisfree Products jadi kita cari produk yang berkaitan..

Pulangan cashback dari setiap pembelian kita akan masuk ke akaun shopback kita dalam masa 48jam..dan boleh di cashout ke mana2 akaun bank kita..yahuuu..

Selain dari senarai kat atas tadi, korang boleh juga dapatkan bag dari BagBeg..Dengan setiap pembelian di website bagbeg ni, korang layak dapat bagbeg promo code..Step pembelian sama juga di atas..

www.fiezasani.xyz

dan untuk peminat2 fesyen terkini, korang boleh dapatkan doublewoot discount dengan pembelian di DoubleWoot..woot woot..

www.fiezasani.xyz
Tak faham juga, nah tengok video ni...



Okey, dah faham tak fungsi shopback ni..Jadi lepas ni nak shopping, sila jadi pengguna yang bijak ;)..Berbelanja dan dapatkan semula cashback dengan shopback...


Facebook : Shopback Malaysia

Instagram : @shopbackmy

7 Comments

  1. Bestnya. Nak kena sign up dan shopping melalui shopback ni. Barulah berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  2. untung shopping online dengan Shopback ni

    ReplyDelete
  3. ada nampak iklan shopback ni masa main game tapi tak pernah try lagi. Best jugak offer dia ye. Singgah sini jalan2 jadi pembaca baru :)

    ReplyDelete
  4. Dahpernah shopping kt lazada thru shopback nih...dpt dlm 10 gak tp duk peram je dlm akaun shopback..hahaha

    ReplyDelete
  5. Ramai dahcerita pasal shopack. Mesti best kan

    ReplyDelete