Yeay..sampai dah produk Himalaya kak fiezz..Excited sangat sebab korang pun tahu la kan Himalaya ni well known brand...Walaupun harga item dia agak mahal tapi pada yang memang tahu kebaikan dan khasiat produk HIMALAYA ni tak kisah mengeluarkan kos lebih demi untuk memastikan produk yang digunakan selamat, terjamin dan berkesan..Lagipun produk2 Himalaya ni senang nak cari di Farmasi atau cawangan Himalaya sendiri yang terdapat di seluruh Malaysia..Antara item di bawah ni, kak fiezz dah rasmi guna yang lip balm tu..Kak fiezz  baru je ada masalah bibir kering..Semalam rasmikan lip balm ni, alhamdulillah..bibir  rasa lembap je sepanjang hari..Kak fiezz sapu lip balm ni dulu lepas tu baru sapu liptik kak fiezz..Lepas solat Zohor, kak fiezz cuma sapu lip balm ni je...Nampak macam dah jatuh cinta dengan Himalaya ni..Yang lain kak fiezz belum rasmi lagi..Untuk Neem tu, kak fiezz nak bagi pada adik ipar..Sebab dia ada masalah jerawat yang boleh tahan juga la..Adik ipar kak fiezz  ni belajar lagi jadi stress belajor agaknya..

Okey,jom intai produk Himalaya koleksi terbaru kak fiezz ni...

Set Produk Himalaya
**Moisturizing Aloe Vera Face Wash
**Nourishing Skin Cream
**Anti-Hair Fall Shampoo (all hair types) 
**Protein Conditioner (Repair & Regeneration)
**Lip Balm
**Neem

Neem
Secara tradisional digunakan untuk membantu mengekalkan kulit dan rambut yang sihat
Cara guna  : 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Yang ni kak fiezz nak bagi pada adik ipar yang amalkan..Hope membantu masalah jerawat dia & makin berseri,gitu...
Nourishing Skin Cream
Mengandungi Aloe Vera & Winter Cherry
Berfungsi untuk menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit.
Krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyak ini untuk memastikan kulit kita sihat dan anjal. Aloe Vera menyuburkan dan melembapkan, manakala Winter Cherry dan Indian Kino Tree melindungi kulit dari pencemaran dan kekeringan.
Cara guna : Urut perlahan-lahan pada badan yang telah bersih, muka dan leher

Lip Balm
Diperkaya dengan Carrot Seed Oil, pelindung matahari dan Wheatgerm Oil, sumber vitamin E yang kaya untuk menyuburkan dan melembutkan bibir
Cara guna : Sapu di bibir dan apabila perlu.

Moisturizing Aloe Vera Face Wash
Timun sejuk serta melegakan dan aloe vera menghidrat dan menyuburkan. Memberi kulit kita lembut selepas setiap cucian.

Cara guna : Basuh dah urut secara lembut pada keseluruhan muka. Bilas dengan air biasa & biarkan kering
Note : Elakkan kawasan mata.  

Anti--Hair Fall Shampoo
 2 dalam 1 formula yang memulihkan serta menguatkan akar rambut. Meningkatkan tekstur rambut untuk mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan.

Protein Conditioner
Diperkaya dengan ekstrak herba yang kaya protein, perapi baru Himalaya ini menyuburkan rambut & memberikan tiga manfaat penting yang diperlukan oleh rambut kita - kekuatan, mengurangkan keguguran rambut dan perlindungan dari kerosakan setiap hari. Menyediakan pelindung intensif dari kering. Rambut keriting atau rosak. Pembaikan, memulihkan dan melindungi rambut kita secara perlahan dari kerosakan berulang di masa hadapan, serta menjaga rambut untuk sihat dan lembut sentiasa.

Cara guna  : Urut secara perlahan Anti-Hair Fall Shampoo pada rambut yang basah dan kulit kepala. Biarkan selama 2-3 minit dan bilas dengan air biasa. Selepas itu, sapukan Protein Conditioner pada rambut yang masih basah tadi pada keseluruhan rambut. Bilas seperti biasa.

Tak sabar nak rasmikan syampu & conditioner ni pulak...

Dari ulasan kak fiezz baca di blog2 lain yang dah menggunakan produk Himalaya ni, ramai berpuashati..Lagipun seperti yang kita tahu Herba Himalaya mempunyai pelbagai produk semula jadi, berkesan dan selamat yang menggunakan herba istimewa yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Digabungkan dengan ayurveda serta bertahun penyelidikan secara saintifik, produk ini berkesan memulihkan kesihatan dan kecergasan semula jadi kulit kita..

Okey, tetiba dah fall in love dengan Himalaya tambah2 kandungan dia menggunakan bahan2 semulajadi..Bebas Parabens, Silicone & SLES..

Jom tukar kepada Himalaya :D

6 Comments