Rangkaian Produk Enchanteur

Haritu kalau sesapa nampak status kak fiezz di FB..kak fiezz dapat surprise box dari tak tahu sapa...Masa terima tu, duk ingat ada order apa2 ke?Rasa macam tak ada beli apa pun..Buka packaging plastik tu dengan penuh tanda tanya..cewahhh..Sekali bila buka je, wahhhh..memang surprise sangat ni..Dapat box yang cantik ni bersama rangkaian produk Enchanteur yang terbaru...Patut la wangi..Semerbak bau dia..Stunning sangat..Sesuai dengan nama dia...Jewellery box dia pun cantik..Baldu lagi...Wahhh..memang jadi tempat simpanan brooch kak fiezz la..Eh!!mesti korang nak tau rangkaian produk terbaru dari Enchanteur ni...Okey, jom..Kak fiezz perkenalkan set rangkaian produk Enchanteur stunning ni dan setiap item dalam koleksi terbaru Enchanteur ni...Seperti yang kita semua sedia maklum, wanita & haruman wangian tak dapat dipisahkan..Kalau nak keluar mesti wajib sembur minyak wangi, kan..Jadi dengan rangkaian produk Enchanteur Stunning ni memenuhi kriteria wangian yang wanita suka..Lembut dan sweet gitu...Gabungan haruman Turkish Rose & Magnolia serta kemanisan dari Blackcurrant Bud & Raspberry serta Sandalwood akan buat korang tertawan dengan stunning...Aroma sensual hasil gabungan ini mempunyai tarikan yang tersendiri..Boleh buat setiap wanita yang menggunakan koleksi stunning ni terasa istimewa dan menyerlahkan penampilan serta personalitinya..

Enchanteur

Ada apa dalam rangkaian Stunning Enchanteur ni?

Selain dari Eau de Toilette, variasi Stunning juga datang bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan harum segar sepanjang hari.


Tadaaa..ni la box yang kak fiezz dapat haritu..Surprise sangat uolls...Jom tengok isi dalamnya


Koleksi terbaru Enchanteur Stunning  terdiri daripada rangkaian penjagaan peribadi (losyen, deodoran, dan bedak talkum)

www.fiezasani.xyz
ENCHANTEUR Eau De Toilette 
Boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung. Manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan yang menarik ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

 Deodoran Enchanteur dalam bentuk semburan
Boleh didapati pada harga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

 Deodoran Enchanteur dalam bentuk bebola
Boleh didapati pada harga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Losyen Enchanteur Satin Smooth
Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Bedak Enchanteur 
Boleh didapati pada harga dari RM4.40 hingga RM11.80

 Semua produk wangian serta penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, boleh lawati www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

9 Comments

  1. CR memang suka Enchanteur ni. sbb wangiiii. cantik botol edt dia tu.

    ReplyDelete
  2. mcm nak nyanyi lagu mewangi je..huhu

    ReplyDelete
  3. Jenama yg dinkenali dr zaman sekolah. Tak telan dek zaman. I like it

    ReplyDelete
  4. bestnya,siap ada bunga-bunga lagi kan..tapi enchanteur wangian dia memang best
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  5. Untunglah dapat ni..bunga2 lagi kan..dahlah wangi..

    ReplyDelete
  6. Macam.terbau2 kewangian dia

    ReplyDelete
  7. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Cantik lak tuu Botol dia

    ReplyDelete
  8. memang guna jenama ni.. tapi bau yang lain.. nampak nya nak kena try nanti

    ReplyDelete