Haritu kak fiezz ada up status di facebook sebab nak cari serum..Pernah terbaca wanita2 yang dah berumur 30-an, digalakkan memakai serum untuk mengelakkan tanda awal penuaan seperti garis2 halus, kulit kusam, pori2 besar, jeragat dan kadang kala jerawat memunculkan diri..Jangan ingat masa remaja je jerawat boleh muncul..Dah masuk 30-an pun kadang2 jerawat datang tanpa diundang..Mungkin atas faktor tekanan atau perubahan hormon..Penting untuk wanita2 30-an khususnya menggunakan serum kerana kandungannya kaya dengan anti-penuaan dan mudah diserap ke dalam kulit..Jadi kak fiezz yang sangat menjaga kecantikan ni (cewah..ayat..hehe) mencari juga serum yang bersesuaian tapi entah la banyak sangat serum..tak tahu nak pilih serum apa..jadi kisah mencari serum tu terus KIV gitu je..Lepas tu ada borak2 dengan member ofis kak fiezz..Dia tanya kak fiezz pasal serum ni..Adeh..terus teringat kisah mencari serum yang ter KIV haritu..hehe..Bila dah sembang pasal isu serum ni balik, kak fiezz pun saja up isu ni kat facebook..bukan apa cari pendapat..kot ada yang boleh kongsi kan..Mana nak tau...Masa up status tu pun tak tahu la ada orang bagi feedback ke idok..Main tulis je..Alhamdulillah, ramai gak yang bagi cadangan..Antaranya..Korang boleh rujuk screenshot status kak fiezz kat bawah ni...


www.fiezasani.xyz
www.fiezasani.xyz

dan dari pendapat2 ramai kawan2 kak fiezz ni, kak fiezz tertarik dengan cadangan salah seorang member kak fiezz pasal minyak argan..sebabnya ORIGINAL..tak ada campuran bahan lain..Kak fiezz ni penyokong apa2 produk yang berasaskan bahan semulajadi..Tak apa effect lambat pun janji tak mendatangkan kesan jangka panjang..Cari punya cari, kak fiezz mula2 tertarik nak beli argan oil ni dengan seller yang kawan kak fiezz cadangkan tu tapiii kak fiezz ada masalah penghantaran..Pejabat kak fiezz dah tak boleh terima barang peribadi yang diterima melalui pos laju jadi kalau nak jugak guna alamat pejabat, kena self collect kat pejabat POS LAJU KL SENTRAL...fuhhh..Pos Laju pun memang dah sedia maklum kalau ada bungkusan/barang alamat ke pejabat kak fiezz, dorang terus automatic update dalam sistem self collect..Adeh satu hal pulak kak fiezz nak ke sana ambil barang..jadi kak fiezz mencari dalam Lazada..Alhamdulillah..ada..jenama lain..tak kisah la, janji argan oil..Lagi best, boleh Cash On Delivery..wahhh, laju kak fiezz order..2 minggu lepas argan oil selamat diterima..Kak fiezz baru je guna jadinya belum nampak hasil lagi la yea..Kak fiezz guna waktu malam sebelum tidur..Paling jadi keutamaan kak fiezz time sapu argan oil ni, bawah mata..lebam macam mata panda..dan dari review di Lazada masa kak fiezz nak beli argan oil ni, ada yang kongsi kesan lebam bawah mata dah makin kurang hasil penggunaan argan oil ni..Jadi part mata la kak fiezz tonyoh lebih..haha..Kita tengok la hasil dia macamana..Argan oil ni boleh digunakan untuk rambut juga yea..tapi kak fiezz concentrate bahagian muka sahaja...

Ni la argan oil yang kak fiezz beli melalui Lazada tu..brand Bella Beauty Oil..
Harga RM50 + caj penghantaran RM3..Cash on Delivery..

7 Comments

  1. Rabia tak pakai serum..hehehe..tak pernah beli serum pun..

    ReplyDelete
  2. Oh macam menarik ni.. harga pun tak mahal sangat.. lelaki boleh pakai ke ni?

    ReplyDelete
  3. wah..argan oil mmg ramai org ckp bagus..:)

    ReplyDelete
  4. Dah ramai yang cari serum argan oil kan....argan oil memg bgus

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya mama Pun sokong kalau produk tu natural

    ReplyDelete
  6. Sekarang... serum bonde suka gunakan... sebab muka agak kering faktor usia mungkin!

    ReplyDelete
  7. Oo..camni boleh try usha Lazada juga ni. Terima kasih kak fieza

    ReplyDelete