Baru ni kak fiezz mencuba resipi baru DAGING ASAM REBUS..Kalau tak silap nama dia..1st time cuba benornya..Macam menarik je untuk dicuba..So kak fiezz pun try je la..Asyik masak menu sama je, bosan jugak..Resipi ni untuk permulaan kena rebus dulu daging bersama cili kisar, belacan dan bawang putih/bawang merah/kunyit yang dah ditumbuk atau dikisar..Lepas dah siap kisar bawang putih/bawang merah/kunyit kak fiezz letak semua bahan2 dalam pressure cooker untuk rebus..Lepas kak fiezz dah letak pressure cooker kat atas dapur gas..Kak fiezz ke bilik air dan tak lama lepas tu terdengar mr hubby jerit..Mungkin sebab aroma semerbak hasil belacan tu dah menusuk satu rumah, mr hubby tanya kak fiezz masak apa?kak fiezz tanya kenapa?Mr hubby cakap bau tak best..haha..adeh..Baru rebus dah cakap macamtu..Belum makan lagi..Mungkin sebab ada belacan dalam rebusan tu, jadi semerbak la satu rumah..Lepas mr hubby komen tu, kak fiezz tak tahu la mr hubby makan ke idok ni?Takkan nak buang pulak,kan..Dah rebus..Kita proceed je la..Dan selepas siap di masak, seperti di jangka mr hubby cuba la makan tapi sekali je dia amik..Kebiasaannya kalau lauk tu kena dengan selera dia, dia akan tambah..Siap ratah lagi..Tapi hat ni, memang tak ada tambah-tambah..Sekali amik tu je..Adehhh..Kalau tanya pada kak fiezz pulak sedap ke tidak daging asam rebus ni..Sedappp je..haha..Sebab mr hubby tak berapa nak makan sangat, jadi lauk ni sampai esok tu masih ada lagi..Jenuh kak fiezz nak perabihkan..Mr hubby awal2 cakap, dia tak makan sebab bau yang kurang best itu..haha..Okey, jadi dah tau lauk ni BIG NO untuk mr hubby kak fiezz tu...

Sedap tu subjektif..Nak tahu kena ke tidak dengan selera kita, kena la cuba sendiri..Contoh macam Daging Asam Rebus ni..Untuk mr hubby, dia tak suka sebab bau nya..Kalau pada kak fiezz, sedappp...

9 Comments

  1. Selera yang berbeza bertabahlah kak fieza

    ReplyDelete
  2. tapi tengok memang sedap ni..kena cuba..at least lainlah sikit menu kita kan..

    ReplyDelete
  3. Tengok lauk nampak sedap tu....maybe husband Fiez yang x boleh terima kot...hehehe

    ReplyDelete
  4. Alahai mmg sedap ni. Pekat kuahnya

    ReplyDelete
  5. Sedap apa...kalau saya tuh mahu bertambah. Org lelaki nih paham2 jela, tekak lain maciammm

    ReplyDelete
  6. sedap tu, kalau makan dengan nasi panas pun dah sedap haha

    ReplyDelete