Bulan-bulan puasa ni, tengok gambar makanan..yang tak sedap pun jadi sedap..tapi masakan dalam gambar atas ni, confirm sedap..sebab?aku dah try..

Perut siap menyanyi lagi tengok gambor makanan..hamboi, ko perut...sabar2..jangan bunyi depan orang, malu..

Meh nak kongsi dengan korang resipi Ayam Berlado ni..aku rasa resipi ni orang nismilan (negeri sembilan) yang punya..Aku terjumpa resipi ni dalam group masakan kat fb..Tengok cara masak, like so simple..Moh la try test..Kot sedap lenkali boleh buek lagi..

Bahan-Bahan : ~ 
  • Ayam
  • Ubi Kentang (beberapa biji)
  • Cili Kering
  • Cili Padi (ikut korang punya tahap kepedasan)
  • Asam Keping (1)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula  (1 atau 2 sudu besar)
  •  
 Cara Menyediakan : ~

Ayam & Ubi Kentang - Digoreng..
Ayam gaul sebati dengan garam + serbuk kunyit dahulu..
 
 Bawang Merah | Bawang Putih | Cili Padi & Cili Kering (tiada dalam gambar) - Di kisar

**Goreng ayam dahulu & diikuti dengan kentang

** Guna minyak gorengan tadi untuk tumis bahan-bahan kisar

**Masukkan bahan2 kisar, asam keping & sedikit air (kalau nak berkuah, boleh lebihkan air)..Biar seketika sehingga naik minyak

**Selepas itu, masukkan sedikit garam & gula..kacau2 untuk bagi sekata

**Masukkan ubi kentang dahulu..kacau2 & biar sekejap. kemudian baru masukkan ayam

**Dah siap!!Selamat Menjamu Selera 😊


Komen aku untuk ayam berlado ni ~  Sedap weiii..Korang peminat2 makanan pedas, patut try..recommended sangat...

Resipi Asal Dari SINI

3 Comments

  1. ramianye yang masak ayam..haha lisa tak berapa suka makan ayam . sesuap boleh la.. bnyak mmg tkleh masuk tekak.. tk tau kenapa

    ReplyDelete
  2. suka tengok gambar makanan tapi ss jenis tunggu ada mood baru masak. dan selalu masak mesti x jadi tu yg malassss

    ReplyDelete
  3. hari ni dkna nak wat ayam bakar ..semalam dah perap, harap rasanya sedap la hahhaaa

    ReplyDelete