Alhamdulillah mr hubby & keluarga yang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ni dah selamat kembali ke Malaysia Jumat lepas...Semua sihat2 je..Mr hubby masa dekat sana, katanya demam sikit..demam rindu kot..haha..Hari jumaat lepas, aku kerja separuh hari...fuhhh..excited dari pagi nak jumpa mr hubby selepas berjauhan selama 2 minggu..Time nak tidur, buka hp, cari gambar mr hubby..letak kat sebelah..kenkonon mr hubby kat sebelah..ahaks!!!teruk benor rindunya..orang tak biasa PJJ, memang macam ni..Salute dengan korang yang PJJ..

Bawah ni antara barang-barang yang mr hubby belikan..tQ sayang..Walaupun mr hubby kena 'pau' masa kat sana..huhu..terima kasih pada group jemaah yang mr hubby joint ni, dorang buat kutipan duit..hasil kutipan sama jumlah dengan duit yang kena 'pau tu..alhamdulillah..kalau tak, tak de la mr hubby dapat beli semua barang ni..


Barang-barang ni, aku yang senaraikan minta mr hubby beli..Tapi ada yang mr hubby tambah beli sendiri
Antara barang yang mr hubby add on - Daun Pudina Kering, Kacang Cerdik (ejaan orang perak CHEGHODIK..hehe), Kismis, Serbuk Kurma.. 

Inai Mekah..Terus try test pakai malam yang mr hubby balik tu jugak..sebab mak mertua aku beritahu dulu dia pernah beli jenis sama yang mr hubby beli ni, tak larut bila nak bancuh dengan air..apa lagi, laju2 try..Alhamdulillah..nasib baik okey..


 Selain buah tangan yang dalam gambar ni, mr hubby beli jubah untuk kitaorang satu family..Jadi tahun ni, tema baju raya is JUBAH.. walaupun jubah pelbagai warna..tapi aku punya yang paling glamer...Bagi teaser sikit kat bawah..gedik sangat..nak teaser bagai...


Jubah aku..edit sikit kasi hitam putih..Nanti raya, baru bitau warna apa...Jubah ni pun 
mula-mula try, aku rasa besar..Suruh mak kecikkan sikit nak bagi ikut body sikit..
ayat mak 'jubah memang le besar'..adehhh!!kan kena..padan muka..bila tengok balik depan cermin, sedang elok je aku pakai..aku tak biasa pakai jubah kisahnya..tu yang masa mula-mula aku sarung jubah ni, rasa besor..


Bercerita pengalaman mr hubby kat sana..memacam cerita ada..ada yang kelakar, ada yang seram..ngeeee..apa yang seram?ada la..tapi semua cerita mr hubby tu aku boleh simpulkan..jangan cakap besar bila ada di sana..terus on the spot, Allah tunjukkan..peringatan pada aku...mana tahu nanti nak gi umrah dengan mr hubby..mr hubby pun ada cakap kalau ada rezeki, nak ke sana lagi..insyaallah..

tengok gambar2 mr hubby kat sana..bestnyaaa..tu pun mr hubby tak amik banyak gambar sangat..seronok tengok..alhamdulillah..rezeki mr hubby dah jejak kaki kat sana..

0 Comments