Shopping sekarang ni tak macam dulu..dihujung jari je..klik2, bayar..tau2 sampai dah barang kat rumah..tak payah mengadap jammed, tak payah nak bayar parking mahal2, tak payah bayar tol & save minyak..oo..lagi satu tak payah nak penat2 jalan untuk compare harga dari satu kedai ke satu kedai..kalau kita pergi ke kedai2 pun, harga tak semestinya murah..diskaun..kena tunggu la jawabnya..dengan zaman yang serba serbi duit ni, kena la berjimat cermat..jadi kalau nak shopping pun kena la pandai..macam aku, suka shopping online sebab mesti ada diskaun..tak kira la web shop mana..harus ada diskaun..Zalora, Lazada..name it!!!tu part diskaun..pernah dengar tak shopping, lepas tu dapat balik duit kita tu..tapi tak la 100%..so baper percent?jom baca detail lebih lanjut kat bawah ni!!!


Tips berjimat dengan shopping online

Getex.My

Apa ni?

Getex.my
merupakan sebuah platform yang menyediakan pulangan semula wang sekiranya membuat pembelian melalui Getex.My..Mula diperkenalkan pada Jun 2015..Mungkin kita biasa dengar diskaun, voucher tetapi bagi konsep pulangan semula wang, ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia..Di luar negara, konsep ni telah lama ada..Di Getex.My terdapat lebih dari 50 online seller seperti Zalora, Lazada, Groupon, AirAsiaGO, Hotels.com, Fashionvalet, Rakuten & banyak lagi..Jumlan pulangan semula ni bernilai sehingga 12%..Sehingga kini, terdapat lebih dari 1,500 pengguna yang telah mendaftar di Getex.My & 30% adalah pengguna aktif..

Apa yang perlu dibuat untuk mendapat faedah pulangan semula ni?

Tips berjimat dengan shopping online

1) Daftar di  www.getex.my

Tips berjimat dengan shopping online
 2 ) Selepas mendaftar, pilih webshop yang mana korang nak shopping..Terdapat banyak pilihan..hotel & airasia pun ada..aishhh..bestnya..

Tips berjimat dengan shopping online
3) Contoh  yang ni, aku pilih ensogo..Boleh pilih dari senarai yang ada ni..Dah pilih, klik button 'Grab Deal'..


Tips berjimat dengan shopping online


 4) Selepas klik 'Grab Deal' , korang akan ke part ni..tunggu hingga 5 saat & akan di bawa ke part yang berikutnya..pastikan korang membuat order & bayaran di window yang sama sehingga selesai..ini untuk membolehkan Getex.My membuat pengesahan bahawa kita membeli melalui website dorang & memudahkan untuk korang membuat penebusan semula wang..

Tips berjimat dengan shopping online


5) Selepas klik 'Grab Deal'..terus masuk ke website ensogo..kalau yang tak de akaun ensogo, sign up dahulu..selepas itu sambung & terus pilih barang yang mana kita nak..selesai pilih, click 'Add to Cart'..



Tips berjimat dengan shopping online



6) Selepas korang add to cart item yang nak, klik pada button checkout (berada disebelah kanan)..korang akan dibawa ke page atas ni..maklumat penghantaran alamat & bayaran ada di page ni..



Tips berjimat dengan shopping online

7) Selepas membuat bayaran,sila isi borang di atas untuk direkod dalam akaun Getex.My korang bagi pemulangan semula wang..borang ni akan keluar selepas selesai korang membuat bayaran..sekiranya korang tak perasan order number..jangan risau..macam aku tadi..aku login semula ke akaun ensogo..

Tips berjimat dengan shopping online
Masuk ke My coupons, kat situ ada senarai item yang dah beli..Order no di bahagian bawah sekali tu..dah dapat order no, boleh la sambung isi borang di atas tadi..

Selesai!!

Tips berjimat dengan shopping online
 Boleh check di sini,nilai cashback korang..aku punya, tak update lagi sebab baru je membuat pembelian melalui web Getex.My ni..tempoh update adalah dalam masa 24 jam..so esok, boleh try check semula..

Untuk Makluman : ~

CashBack Earn & CashBack Available - Jumlah yang korang boleh keluarkan
CashBack Pending - Jumlah transaksi shopping korang yang masih dalam proses
CashBack Paid - Jumlah yang kita pernah keluarkan
Tiada sebarang jumlah minimum yang ditetapkan untuk kita shopping melalui Getex.my.. 

So tunggu apa lagi, jom la shopping di getex.my..Di sini, membantu kita sebagai pengguna untuk berbelanja dengan berhemah..

1 Comments