Uqasha kawen?hehe..tak la..ni Nurin yang kawen dalam cerita Tundukkan Playboy Itu..
Ternampak post Uqasha ni kat ig dia..terus macam 'eh..Harraz kahwin ke dengan Nurin?'..ke ni adegan mimpi je..kita tunggu dan lihat la endingnya..Aku tak pernah baca novel ni jadi aku pun tak tahu ending dia macamana?eh..tetiba nak cari novel ni, nak baca ending je..hehe..

Masa drama ni start, aku tak baper nak layan sangat..lepas tertengok beberapa episod awal, terus jatuh cinta nak layan..Isnin-Khamis, pukul 7 dah siap tunggu depan tv dengan mak aku..Sembahyang maghrib, time iklan ke @ azan, selalu lepas azan mesti iklan..iklan kat tv3 kan banyak..eh!!!! So masa iklan @ azan ni, cepat2 solat dulu..haih..tv3 ni boleh tak tukar slot ni ke 6.30..so abis 7.30, ngam2 dah waktu Maghrib..

Aku suka layan cerita ni sebab pelakon2 semua menjadi bawa watak masing2..tak de la macam over ke hapa..cuma watak mak Nurin tu je, aku rasa over sikit..rimas nengok masa Nurin & Harraz terperangkap kat kg dan kena bermalam kat sana..Mak nurin over benor risau anak dara dia tak balik2..call tak dapat pulak tu..Faham2 kita dalam realiti pun sama tapi reaksi mak dia masa scene tu, hoverrrr..Watak Mawar sebagai Elfira pun menjadi..gedik..sesuai sangat bawak watak macam tu..Beria nak kan harraz padahal kalau ikut logik di realiti, kalau lelaki dah mengelak2 macam tu kita pun boleh faham sendiri maksudnya lelaki tu tak suka kat kita..heh..tapi ni kan drama..kalau tak de watak elfira ni, tak best jugak..tak de cabaran orang kata..takkan cerita dari mula sampai habis, elok je..


Ni sinopsis dari Novel..Sumber dari PENULISAN2U

Prolog

SENYAP antara mereka. Nurin juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya. Semuanya sebab Puan Sri anggun di depannya sekarang ini yang mengheretnya ke mari.

Ada apa pulalah Puan Sri ni nak jumpa dia? Rasanya ini kali pertama mereka berdua berjumpa.

“Ehemmm…” Nurin berdehem. Sebenarnya sebab dia rasa kurang selesa dengan pandangan Puan Sri Rosell yang pandang dia macam singa puasa sebulan. Tapi, sebab dia hormatkan Puan Sri Rosell yang lebih tua daripadanya, dia diamkan sahaja.

“Emmm… Ada apa Puan Sri nak jumpa saya?” Akhirnya Nurin bersuara. Dibiarkan lama lagi, tak pasal-pasal jadi filem bisu untuk tontonan umum. Lagipun, kalau lama lagi, siapa nak bertanggungjawab kalau Rimau Lamborgh yang tak pernah kenyang di atas sana mengamuk? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng lagi. Tak tahan rasanya telinga nak tahan suara yang tak pernah nak perlahan itu.

“Kamu ya Nurin Areesa?” Serius Puan Sri Rosell memandang Nurin.

Nurin cuma angguk. Hai… Tadikan dah tanya? Kalau aku ni bukan Nurin, tak adalah aku ikut dia sampai ke kafe mewah ni. Meskipun Nurin bekerja di Harraz Holdings, tapi inilah kali pertama dia jejakkan kaki di kafe ini. Sebab kafe ini hanya untuk ahli keluarga, VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat ini.

Terima kasihlah, Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri, kempunan la saya nak rasa makanan kat kafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk aje la, desis Nurin dalam hati.

“Hmmm… Boleh tahan cantik kamu. Patutlah Tan Sri suka,” kata Puan Sri Rosell lagi. Wajahnya masih sama. Serius merenung Nurin.

Hai… Lain macam pula bunyi suara Puan Sri depan aku ni. Nurin rasa kurang senang. Jangan-jangan dia ingat aku dengan Tan Sri ada apa-apa tak? Kalau dia ingat aku ni perempuan simpanan Tan Sri, macam mana? Nak buka gelanggang WWE ke? Adoi… Tak sanggup aku nak lawan dengan orang sebaya umi ni.

Puan Sri ni sama aje la macam anaknya. Suka tuduh aku dengan Tan Sri ada apa-apa. Makbul karang, menangis Puan Sri, omel Nurin, tapi dalam hati.

“Errr… Puan Sri! Saya dengan Tan Sri tak ada apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya, Puan Sri. Puan Sri jangan salah faham pula.” Nurin cepat-cepat jelaskan perkara sebenar sebelum dia kena libas dengan beg tangan Gucci Puan Sri Rosell itu.

Puan Sri Rosell yang dengar terus letuskan ketawa. Buatkan Nurin sedikit pelik. La… Gelak pula? Apa yang kelakar? Nurin tak faham. Ke dah reda dah kalau-kalau aku jadi madu dia?

Oit… Nurin! Nak sangat jadi madu Puan Sri ni? Haish… Minta simpang tiga, simpang empat, kalau ada simpang lima, simpang lima sikit la! Jadi mak tiri Rimau Lamborgh tu? Uish… Tak sanggup… Tak sanggup.
“Kenapa Puan Sri gelak?” soal Nurin.

“Kamu ni kelakarlah, Nurin. Patutlah Tan Sri suka sangat kat kamu.”

Erk? Dahi Nurin makin berlapis-lapis. Kalau letak di dalam talam, dah boleh jadi kuih dahi berlapis kut! Pelik… Pelik… Nurin sangat pelik dengan Puan Sri Rosell. Cara dia bercakap tadi, bukan main mesra bunyinya. Berbeza sungguh ayat terakhirnya sebelum ini dengan yang tadi meskipun ayatnya lebih kurang sama.

“Saya tak fahamlah, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap macam tu? Kenapa Puan Sri nak jumpa saya? Saya ada kecilkan hati Puan Sri ke? Kalau ada, saya minta maaf banyak-banyak.”

Puan Sri Rosell cuma senyum. Kata-kata Nurin buatkan kasihnya makin jatuh kepada anak gadis itu. Patutlah beria-ia suaminya memuji Nurin. Nurin cantiklah. Saya berkenanlah. Saya sayang Nurinlah. Hmmm… Patutlah. Nurin memang macam yang suaminya cakap. Apabila jumpa berdepan macam ini, lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

“Nurin tak ada salah apa-apa dengan aunty. Inikan kali pertama kita jumpa.” Kali ini lembut Puan Sri Rosell berkata.

Nurin sedikit lega tapi masih tertanya-tanya. Apa niat sebenar Puan Sri Rosell mahu berjumpa dia?
“Habis tu, kenapa Puan Sri nak jumpa saya?”

“Panggil aunty aje, Nurin. Tak payah nak berPuan Sri-Puan Sri dengan aunty.”
Nurin cuma diam apabila ditegur sebegitu.

“Maaflah kalau aunty dah kacau waktu kerja Nurin. Tapi, aunty nak sangat-sangat jumpa Nurin. Uncle selalu puji Nurin. Buatkan aunty nak jumpa Nurin. Nak tengok macam mana Nurin sampai Uncle Mukhriz selalu puji Nurin.”
Nurin rasa lain macam. Pasal Tan Sri Mukhriz lagi ke?

“Aunty… Saya dengan Tan Sri…”

“Aunty tahu yang Nurin dengan Uncle Mukhriz bukannya ada apa-apa. Nurin jangan salah faham pula. Uncle Mukhriz selalu puji Nurin. Sukakan Nurin macam anaknya,” jelas Puan Sri Rosell.

Nurin malu sendiri. Amek kau, Nurin! Ingat kau tu cantik sangat ke nak jadi skandal terhangat di Malaysia? Uncle Mukhriz anggap kau macam anak aje la. Jangan nak perasan sangat, boleh?

Jadi, tak adalah pelik sangat sebab Nurin pun anggap Tan Sri Mukhriz macam bapanya juga. Tapi… kalau anggap anak tu, bukan ke macam anggap jadi isteri anak dia ke? Kalau isteri kepada anak dia tu, bukan ke macam isteri kepada…

Uih… Tak sanggup aku kalau jadi isteri Rimau Lamborgh tu. Meremang bulu roma. Mimpi pun dah ngeri, kalau jadi nyata memang tak sanggup nak hirup oksigen atas muka bumi ni kut! Ingatkan perangai tak boleh blah dia tu, rasa nak lempang-lempang aje mamat tu kat situ juga.

“Emmm… Nurin dah kerja dua bulan kat sini, kan? Macam mana? Okey tak?” soal Puan Sri Rosell lagi.
Soalan kali ini buatkan Nurin mengeluh. Sedih mengenangkan nasib hidup di syarikat pelik anak saudara ajaib ini. Kalau tersenarai dalam The Malaysia Book of Records, memang cun juga. Tak sanggup nak kenangkan kesengsaraan sejak hari pertama bekerja lagi.

Nurin cuma senyum.
“Okey aje, aunty.” Pendek Nurin balas. Kalau masih hidup lagi sekarang ini, kira okeylah tu. Ya tak?
“Harraz macam mana?” Puan Sri Rosell melanjutkan soalannya.

Kali ini rasanya Nurin nak mengeluh panjang. Rasanya kalau ukur, mahu sama panjang dari Perlis ke Johor, redah Banjaran Titiwangsa. Nak tahu kenapa panjang dan berat keluhannya? Meh nak cerita!

Harraz… Ha… Semuanya sebab mamat nama Harraz itulah. Harraz Naufal nama pemilik syarikat gah ini. Namanya cantik. Maksudnya juga cantik. Mukanya juga cantik. Tapi, perangai, uih… Tak sanggup den nak cerita. Cerita panjang-panjang nanti, rasanya boleh kut bukukan jadi koleksi kisah-kisah tauladan.

Sejak kenal lelaki bernama Harraz ini, hidup Nurin tak pernah aman. Harraz alias Rimau Lamborgh. Orang samalah tu. Rimau Lamborgh, nickname yang memang Nurin reka khas untuk mamat itu. Semuanya terhasil sebab suara Harraz yang asyik nak mengaum dua puluh empat jam itu. Yang Nurin rasa sama aje bunyinya macam bunyi enjin Lamborghini merah kesayangan mamat itu yang mengaum. Apa macam? Cun, kan? Memang first class dan sesuai dengan Harraz yang memang first class itu.

Rasanya tak ada satu pun perangai mamat itu yang boleh buat hati senang. Nak dibuat calon suami pun memang dah pangkah besar-besar macam orang nak mengundi dalam pilihan raya itu.

Tapi, depan mak Harraz, mana mungkin Nurin kutuk macam-macam. Mahu kena libas betul-betul dengan Gucci tu? Sayang nyawa la weh…

“Emmmm… Macam tu aje la, aunty. Okey aje.” Itu aje yang mampu Nurin jawab.

“Girlfriends Harraz selalu datang sini ke?” selidik Puan Sri Rosell.

Nurin sengih. Macam tahu-tahu aje Puan Sri ni. Siap sss lagi lepas sebut girlfriends tu, memang dah tahulah tu yang anak dia memang pasang ramai perempuan. Alah… Anak dia. Mestilah dia tahu.

Hari-hari, Puan Sri. Bukan setakat datang. Jadi gelanggang WWE pun pernah, Puan Sri. Ni… Muka ni. Dah kena lempang dah dengan salah seorang girlfriend anak Puan Sri tu.

Huh… Ingatkan peristiwa yang baru terjadi itu, buatkan hati kembali panas. Percuma aje aku kena lempang. Berpusing macam gasing kut dua pusingan. Nasib baik tak berterabur gigi!

“Emmm… Boleh dikatakan hari-hari, aunty. Selalunya Encik Harraz bawa keluar makan.” Nurin jadi tukang repot.
Apabila ingat balik, menyesal pula dia. Kenapalah mulut ni celopar sangat? Kalau Harraz tahu, mati Nurin dikerjakan rasanya. Mulut puaka mamat itu boleh tahan. Dah puaka, faham-fahamlah. Boleh kena gangguan jiwa kalau tak kuat!

“Malam? Malam dia orang buat apa?” tanya Puan Sri Rosell lagi.

“Entah. Saya tak tahu, aunty. Saya bukannya PA Encik Harraz. Maafkan saya,” balas Nurin balik.

Manalah dia tahu aktiviti malam lelaki itu. Dan dia pun malas nak ambil tahu. Buat habis masa dan tambah dosa dia aje. Nurin rasa Puan Sri Rosell lebih maklum perangai anak bujang dia itu.

“Aunty bukannya apa, Nurin. Harraz tu perangai makin menjadi-jadi. Tambah-tambah lagi lepas dia duduk seorang. Lagilah dia bebas. Aunty dah penat dah nasihat dia. Tapi tak pernah nak dengar.” Puan Sri Rosell meluah rasa.
Dia mengeluh dalam-dalam. Apalah nasib dia punya anak macam Harraz itu? Dahlah Harraz itu satu-satu anaknya. Pewaris tunggal segala kekayaan suaminya. Termasuk Harraz Holdings ini.

“Salah aunty juga sebab terlalu manjakan dia. Terlalu ajar cara hidup barat. Kurang didikan agama. Last-last jadi macam ni la. Baru sekarang aunty menyesal. Tapi menyesal pun tak ada gunanya dah. Harraz pun dah besar panjang. Dah boleh jadi suami orang dah pun. Aunty rasa sangat berdosa apabila tengok maksiat demi maksiat yang Harraz lakukan. Dah berbuih dah mulut bagi nasihat. Tapi tak pernah jalan.”

“Tengok aje dalam syarikat ni. Aunty sendiri malu nak mengaku ni syarikat anak aunty. Macam-macam yang Harraz tetapkan dalam syarikat ni. Aunty bersyukur sangat-sangat sebab Nurin tak terikut-ikut syarat syarikat ni.”
Nurin senyum hambar. Kalau bukan sebab Tan Sri Mukhriz yang masuk campur, agaknya dah lama dah dia say goodbye kepada syarikat ini. Mengarut-ngarut syaratnya dan rasanya hanya ada pada syarikat ini. Tapi, sebab itulah dia dituduh macam-macam oleh Harraz. Ada ke Harraz cakap Tan Sri Mukhriz bela dia sebab ada hubungan istimewa? Gila betul! Agaknya memang dia nak aku ni jadi mak tiri dia?

“Bilalah perangai Harraz nak berubah? Especially perangai playboy dia tu? Sampai bila, Nurin?”

Nurin cuma diam. Tak tahu nak cakap apa. Sekarang ini rasanya macam dia seorang kaunselor dan Puan Sri Rosell ialah kliennya. Alangkah bagusnya kalau dia ada pengetahuan sikit sebanyak pasal psikologi? Boleh juga nak auta sesuatu untuk tenangkan hati Puan Sri Rosell.

Dan apabila Puan Sri Rosell tengah emosional macam ini, satu aje ayat tipikal yang boleh diucap Nurin.
“Sabar, aunty. Sabar.”

Puan Sri Rosell pandang Nurin lama-lama. Buatkan Nurin segan semacam.

“Nurin boleh tolong aunty?” pinta Puan Sri Rosell tiba-tiba.

“Tolong apa, aunty?”

“Nurin tahu sikap playboy Harraz, kan?”

Nurin angguk. Bukan dia aje kut. Warga Harraz Holdings, tak pun warga Malaysia dah tahu kut.
“Tundukkan Harraz.”

“Hah?”

Nurin terlopong. Apa dia? Tundukkan siapa?

Tundukkan playboy itu.”
 

0 Comments