Orang lain sibuk nak kurus..aku..guna lemon untuk merawat kelemumur..buat treatment kat Jonsson Protein tak mampu (rujuk entry sebelum)..Jadi kita buat kaedah tradisional..aku dapat petua ni dari satu blog..tak ingat blog apa..sorry yea, tak dapat share link..Lepas buat treatment kat Jonsson Protein, terus gigih cari lemon ni..Aku dapat petua ni pun masa tengah tunggu sementara buat treament kat Jonsson..Dah consultant advice harga treatment sampai beratus..ahkak tak mampu..kita cari la solution lain..

Hari ahad lepas, aku dah try pun..Pedih sekejap mata..masuk air lemon..duk curah2 atas kepala, sekali termasuk kat dalam mata..haha..Petua ni bukan la sekali buat, terus jadi..kena la ulang2..sama jugak treatment kat Jonsson tu, bukan la sekali buat terus jadi..kena la buat beberapa kali..Jadi konsepnya sama je..cuma yang kat situ bayaran beratus, beb..hat ni, guna petua original..baru berapa ringgit aku beli lemon ni..

Sebelum ni aku selalu guna limau yang kecik tu je untuk basuh rambut / hilangkan kelemumur..so sekarang advance sikit..guna lemon pulak..


Lemon untuk rambut


Lemon sangat baik untuk kesihatan rambut. Kandungan dalam lemon sangat baik untuk merawat kesihatan kulit kepala dan juga rambut. Manfaat lemon untuk rambut sangat banyak, diantaranya dapat mengatasi rambut gugur. Rambut gugur biasanya disebabkan oleh kelemumur dan kerosakan pada akar.

Dengan menggunakan lemon, Anda mampu mengatasi masalah kelemumur dan menguatkan akar rambut. Cara menggunakannya sangat mudah, gunakan air lemon untuk masker. Usapkan air lemon rata pada rambut sambil di ramas, biarkan 5 ke 10 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu untuk mendapat hasil yang diidamkan.

Sumber dari : http://disehat.com


Info ni dalam bahasa Indonesia, aku dah tukarkan sikit mengikut ayat orang Malaysia..senang nak faham..

Gambar kat bawah ni cara yang aku buat..

Sebiji Lemon
Belah kepada 4 bahagian
Memandangkan aku tak da alat untuk perahan buah..Guna tangan saja la..Ni hasil perahan..tak berapa banyak sangat..boleh la dari tak de..Nanti bila2 aku cari menda yang untuk perah buah ni....

Lepas dah siap..Masa mandi..aku sapu pada keseluruhan rambut..ramas-ramas sikit bagi sekata..biarkan dalam 5-10 minit..lepas tu, bilas dengan air..Selepas guna air lemon ni, aku tak basuh semula guna syampu..Nak bagi air lemon ni meresap dalam kulit kepala aku & tak bercampur dengan syampu..Ni aku guna logik aku sendiri je la yea..tak de amik info dari mana-mana..

SeLaMaT MenCuBa!!

5 Comments

  1. memang bagus kan lemon ni.. macam-macam kegunaan ada.. :)
    saya memang sentiasa pastikan stock lemon kat rumah tak pernah habis.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya skip2 beli..bila nak guna baru beli...

      Delete
  2. ternyata buah lemon banyak manfaatnya ya :)

    ReplyDelete