Jalan-Jalan Kat Padang Besar Part 2
Ni story ke Padang Besor, Perlis bulan Mei tahun lepas tau..haha..Dah setahun baru nak sambung story..K.fiezz..K.fiezz..Apa ke lama benor peram cerita..haha..Maafin sis yang busy sesangat ni..haha.. K.fiezz 1st time sampai kat Padang Besor ni..Sebelum ni duk dengar je orang cerita..
K.fiezz pun baru tahu rupanya kat sini ada bangunan baru & bangunan lama yang jual2 barang tu..Jadi memula kitaorang ke bangunan baru dulu..Lepas tu baru turun sikit ke bawah untuk ke bangunan lama..Tak jauh pun jarak dia..Jalan kaki je..Apa ada kat sini..Aihh memacam lah uolls..Sediakan ongkos sajo..Sis tak ada membeli sangat pun..Lebih pada jenjalan je..Cuci-cuci mata..
Kalau tengok dalam gambor si Farah Sakinah ni kecik, dia umur setahun lebih masa ni..Cerita tahun lepas, yea...hehe..


Sampai kat sini, tengok bangunan dia luasss..Masa kitaorang ke sini bukan musim cuti sekolah, so lengang..

Antara kedai-kedai yang ada kat sini..Memacam lah ada..sediakan je duitnya...Kasutt...

Pelbagai pilihan baju tidur perempuan...Sarung bantal..

baju-baju..

tudung..karpet..keychain...dan lain-lain


ni tempat utk sewa stroller..Kitaorang masa ni tak bawak stroller si Farah Sakinah..Aihhhh jenuh weii nak dukung dia yang masa ni bam bam..So adik k.fiezz beritahu ada sewaan stroller..Jomss lah sewa...Jangan tanya berapa sewa dia, sis lupaaaa..haha..Citer tahun lepas weiii...mana nak ingat...

Tapi dak Kinah ni kejap je nak duk dalam ni..Lepas tu merentan suruh dukung..Ya Allah, sado tangan sis..haha..

Menu lunch..Mr hubby ajak makan sebab tak larat nak jalan kat sini jadinya berhenti makan kat kedai makan ni sebab ada aircond...haha..Jadi pit stop kat sini...Masa ni cuaca lit lit panaihnyaaaaa...

Benti makan jap kat sini sambil pekena aircond...Selain kedai ni, kat belah belakang ada lagi kedai makan yang jenis macam food court..Jenis open..Mr hubby nak aircond, so kitaorang makan kat kedai ni..


Kedai kat dalam bangunan lama...Bergantungan beg gentle woman tu..Nasib baik sis dah ada beli kat Hatyai sebelum ni..

Ni kat kedai bangunan lama..Sis, adik, adik ipar, anak buah & mak je yang turun..Mr hubby tunggu si dak kinah tidur kat bangunan baru...

Dah sampai kat mercu tanda Pdg Besar, takkannn tidak bergambor..yea tak..hehe..

Ni dak kinah tidurr..member kepenatan berlari..Mau tak penat, sakan dia berlari sana sini..Jenuh ngejor..Kinah kinah nanti sekolah nak jadi atlet ke?Kusss semangat main kejor-kejor dengan dia...

Tak ingat kitaorang ke sini sebelum gi Padang Besor atau selepas..Tapi sampai-sampai sini, baru habis musimmm harum manis Perlis..Patut lah lengang je..Jadi kita lalu & tumpang guna tandas je lah..hehe...Masa nak balik ke KL, kitaorang dapat juga order harum manis Perlis dari kawan adik ipar k.fiezz..

Malam..Dinner kat salah satu kedai yang dekat area homestay..Order goreng-goreng je rasanya masa ni...




0 Comments