Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 9 - Polumpung dan Rumah Terbalik

22:24

Sambung cerita cuti-cuti k.fiezz & family ke Kota Kinabalu..Entry sebelum << KUNDASANG WAR MEMORIAL>> ..Lepas je lawatan ke situ, kitaorang turun ke Kota Kinabalu semula..kita terjah area sana pulak..so next pit stop >> Polumpung Melangkap Camp Site, Kota Belud Rumah Terbalik, Tuaran...

Polumpung Melangkap Camp Site

Actually kat sini tempat berkelah @ camping..Untuk k.fiezz tak ada apa sangat kat sini..nak lepak duk kat luar atau tepi sungai ni pun, tak ada pokok2..Kebetulan masa kitaorang ke sini, musim kering..so air dia macam korang tengok dalam gambar ni la..tapi kalau bukan musim kering pun, mmg macamni jugak kata adik ipar k.fiezz..Walaupun cuaca masa ni sangat la panas lit lit tapi once masuk dalam air dia, sejukkkk...ni kata adik ipar k.fiezz & biras..

kitaorang ke sini sebab adik ipar k.fiezz nak bawak anak dia mandi sungai...so here we are...Nak masuk kat sini ada bayaran jugak dikenakan..lupa berapa ringgit..tapi bawah 5 ringgit sorang..if tak silap..lupa plak..tapi time nak masuk ke sini, ada orang jaga kat laluan masuk..so bayar kat situ..nak sewa pondok/khemah pun ada jugak sebab disediakan kat sini..kitaorang tak amik..sebab panas lit lit sungguh time ni..kitaorang duk lepak dalam van je..bukak pintu & tingkap bagi fresh air...kebetulan minyak dah nak abis..memang tak leh nak pasang aircond pun..haha

tandas untuk mandi dan buang air ada disediakan..tapi not so clean..boleh la..hehe..kalau emergency, boleh la dari tak ada...hehe

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Ni k.fiezz & adik ipar duk berteduh kat salah satu pondok yang ada kat sini..

 Rumah Terbalik

Next Rumah Terbalik plak..famous amos sungguh rumah ni..duk tengok orang kalau datang KK wajib singgah ke sini?ate best benor ke?apa yang terbaliknya?

Jom...

www.fiezasani.xyz

Ni kat bhg luar Rumah Terbalik.Lepas dah tour dalam rumah tu, boleh la amik gambar kat sini..

www.fiezasani.xyz

Harga tiket masuk ke Rumah Terbalik dan Muzium 3D..
Kitaorang amik Rumah Terbalik je...

www.fiezasani.xyz
Kat salah satu port untuk bergambar luar Rumah Terbalik

www.fiezasani.xyz

Sebelum masuk dalam Rumah Terbalik kena dengar explaination dari Sis yang berkain batik tu..dia yang akan bawak kita tour dalam rumah ni...ada peraturan kena follow masuk ke Rumah Terbalik ni, hah..salah satunya..No photograph @ video..So dah tau kan kenapa k.fiezz tak masukkan gambar dalam Rumah Terbalik ni kat sini..memang tak ada la citer dia..haha...kita round je la dalam Rumah Terbalik ni tengok segala perhiasan, perabot yang diletak secara terbalik dalam Rumah Terbalik ni..

Actually nothing special kat Rumah Terbalik ni pun..cuma segala perabot/hiasan digantung secara terbalik termasuk la rumah ni yang dibina secara terbalik..tu je..but bila dah sampai kat sini, why not singgah je la...

www.fiezasani.xyz

Hebat tak dak arip (anak buah k.fiezz) angkat keta..hehe

www.fiezasani.xyz

ni apa ke hei nak berkebun pun terbalik...



Selesai tour kat sini, kitaorang pi check in kat homestay yang hari pertama kitaorang sampai kat sini...sambung lagi 2 hari di KK..tour di sekitar KK pulak..


You Might Also Like

3 Comment

  1. rumah terbalik memang tarikan yang wajib singgah bila pergi sabah

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak masuk lg rumah terbalik tu, reason pasal x boleh ambil gambar, hiks.

    ReplyDelete
  3. memang tengok ramai pegi sana mesti singgah rumah ni kan ? tapi kalo CT.. ill pass. tak singgah kot hehe..

    ReplyDelete