Total Pageviews

Sofa Stool 360 Degree Beli kat Lazada

08:30

Sampai dah sofa stool 360 degree yang k.fiezz order kat LAZADA..haih, agak menguji kesabaran sikit dengan GDEX masa penghantaran kerusi ni..Gigih k.fiezz amik cuti semalam sebab dah request kat kurier & Customer Service GDEX untuk 2nd delivery attempt semalam..

Geram sebab Gdex tak bawak keluar walaupun dah request..

eh..tup tup pagi semalam tengok dalam sistem GDEX, kerusi k.fiezz ni helokk kat warehouse dorang tak bawa keluar pun..eh..hari selasa tu k.fiezz cakap ngan sapa yeak?adeh...so biasa la k.fiezz kan..terpaksa jadi annoying la ngan GDEX..complaint kat website GDEX..mesej ngan seller yang k.fiezz beli kerusi ni untuk follow up gak..bila seller bagi jawapan standard macam kat bawah ni...memang k.fiezz jawab la..rujuk conversation antara k.fiezz & seller...


haha..terpaksa jadi annoying..lepas chat ngan seller ni, k.fiezz call pulak Customer Service GDEX..

k.fiezz bukan apa..geram sebab hari selasa sebelum budak kurier nak hantar kat rumah, dia call k.fiezz tanya ada orang tak kat rumah..so k.fiezz dah cakap tak ada orang..boleh tak hantar semalam?dia cakap okey..tapi dia mintak arrange dengan Customer Service..okey, fine..k.fiezz dah plan nak call..sekali CS dorang dah call dulu..so again k.fiezz request for 2nd delivery semalam ?CS tu cakap okey...

bila semalam, tengok dalam sistem tak bawak keluar pun..tak ke hangin satu badan...

GDEX HANTAR BARANG

lepas jenuh complaint, time lunch semalam GDEX hantar kerusi k.fiezz ni..hehe..senyum lebor aiolls tau..tapi budak kurier yang hantar tu sure sumpah seranah ngan k.fiezz sebab complaint sana sini..hehe..sorry la..k.fiezz fobia benornya ngan GDEX sebab dulu penah pi amik barang kat warehouse dorang area PJ tu..kemain ramai customer tak dapat barang dorang..majoriti barang hilang..tak dapat dikesan kat mana?kat warehouse ke?kat branch ke?adeh..nampak tak..that's why la k.fiezz fobia sikit bila tahu seller guna GDEX ni...

tapi lepas k.fiezz dah jenuh complaint sana sini..k.fiezz amik sesi bertenang..rilex..chill..complaint dah kat GDEX, Seller..so tunggu je la kerusi ni sampai..dah bajet, kalau kerusi ni tak dapat dalam tempoh masa yang seller bagi, memang minta refund je...senang citer..malas nak stress-stress..

dalam masa k.fiezz dah rilex ni, tak perasan Gdex ada hantar sms beritahu barang dah on the way untuk penghantaran..sebelum kurier nak sampai, dorang call untuk confirm ada orang kat rumah tak?k.fiezz cakap memang k.fiezz ada je kat rumah..lepas tu baru k.fiezz baca sms dari Gdex...

betul cakap mr hubby...cer jangan marah-marah..rilex..bertenang..hehe..besa la..perempuan kan..emo sangat...

Hasil Blogging

Kerusi ni k.fiezz beli rega dia RM294.25 (termasuk kos penghantaran)..harga dia agak  mahai la jugak untuk k.fiezz..tu yang k.fiezz hangin bila Gdex buat hal...Fobia ai kalau GDEX pi hilangkan pulak..dah la kerusi ni hasil duit blogging k.fiezz untuk satu job tahun lepas..agak lumayan jugak RM dia..tu yang k.fiezz beli kerusi ni nak bagi nampak la duit tu ke mana..kang k.fiezz ni ntah apa2 je shopping..

www.fiezasani.xyz

Keistimewaan Kerusi ni?

Boleh pusing-pusing 360 darjah..material dia jenis kain macam korang tengok dalam gambar..warna ada 4 pilihan..k.fiezz amik Light Brown..Senang nak matchy2 ngan dinding / langsir kat rumah ni...overall k.fiezz memang puas hati...ni kerusi merangkap tempat lepak k.fiezz sesambil update blog  & tengok tv..hehe..kadang sakit belakang tau duduk tegak je ngadap laptop sambil update blog kat atas lantai...

hai, my new chair yang boleh pusing-pusing..selamat bertugas..hehe...

eh..kot ada yang berminat dengan kerusi ni, boleh cari kat lazada..nama dia 

GTE Sofa Stool 360-degree Rotating Lazy Couch Simple Modern Single Bedroom Balcony Living Room Casual Chair


ada ramai seller yang jual kerusi ni kat Lazada..Ikut la korang cari mengikut bajet..k.fiezz cari ni berdasarkan review  & harga yang kena dengan poket k.fiezz..tapi paling utama, k.fiezz rujuk review dari customer lain..kalau ada customer review tu & bagi positif feedback ,kira boleh dipercayai la seller tu...dan alhamdulillah..memang trusted seller..cuma tue la, courier plak yg ada masalah teknikal sikit..kita consider as miscommunication la..sokay..small the matter..

You Might Also Like

2 Comment

  1. Cantik la soda tu, nampak selesa nak duduk..

    ReplyDelete
  2. job apa tu(・∀・) share share la sikit 🤣 sha pulak sejak tak kerja ni, courier semua baik je 😌 dtg hantar smpai rumah hahahaha

    ReplyDelete