Total Pageviews

Staff Courts Mammoth Tak Mesra

08:57


Entry ni bukan K.fiezz nak memburukkan Courts Mammoth yea..saja nak berkongsi pengalaman nak membeli perabot di Courts Mammoth..Dua cawangan yang k.fiezz & mr hubby terjah, tapi hasil servis yang diberi sangat-sangat mengecewakan..dari nak beli, terus cancel...pihak courts mammoth sila la perbaiki servis yang diberi kepada pelanggan..

MISI MENCARI SOFA BED

Kisahnya k.fiezz & mr hubby tengah mencari sofa bed..dah usya kat beberapa kedai perabot..sebab nak tahu design macamana..majoriti kat kedai-kedai perabot, pattern lebih kurang je..sampai la kitaorang tengok design sofa bed kat bawah ni di Courts Mammoth..memang sekali tengok, orang pun tak sangka sofa ni boleh jadi tilam...jadi memang dah aim nak beli sofa bed yang ni..lagipun kitaorang nak beli ni bayar tunai..tak mau bayar bulan-bulan kat Courts..Leceh..plus kalau bayar bulan-bulan, bila kira2 balik harga barang jadi lagi mahal...


Sofabed idaman hati.. 

COURTS MAMMOTH CAWANGAN SETAPAK

Memula pi Courts Mammoth cawangan Setapak..kat sini la yang kitaorang nampak sofa bed ni..tapi 1st impression masa cari perabot kat sini, sangat mengecewakan.. First tak ada assistant atau staff Courts Mammoth yang kita nak tanya..Bila kita minta kat cashier baru dia cari staff.  Itupun k.fiezz dengar macam dorang bertolak2 tak nak layan pelanggan.. Dah agak lama baru datang sorang..dia layan la kitaorang tapi muka like so ketatttt..siap main handphone sesambil layan kitaorang...


Tak jadi beli sebab servis yg diberi kan staff courts mammoth tak memuaskan.. 


COURTS MAMMOTH CAWANGAN CHERAS

Lepas tu kitaorang pi kat Cawangan Cheras pulak..sebab layanan kat Setapak sangat tak memuaskan hati..cari cawangan lain..kot la helok sikit layanan kan..yelah kita nak beli barang, harga bukan murah..harga tu sekali dengan servis yang staff bagi kat kita..ni kalau layanan macam staff kat cawangan setapak tu, rasa malas nak bagi gaji kat dorang..tapiii pi kat Cheras pun samaaa...layanan..muka staff kat Courts Mammoth memang semedang ketat yeak..penat yeak kerja layan pelanggan...huhu...



Ni setengah jam tunggu kot ada mana2 staff nak layan.. Harammm.. Adeh..

Courts mammoth tak mesra

mr hubby dah tawar hati tengok layanan staff courts mammoth ni...

k.fiezz cuba sejukkan hati mr hubby..k.fiezz cakap kita pi tanya dulu kat staff courts ni ada tak stok sofabed yang kitaorang nak ni...plus nak tengok layanan staff kat Courts Cheras ni plak..kalau muka jenis ketat jugak, sokay la..

Pi kat kaunter..k.fiezz tanya ada stok tak sofabed yg kitaorang nak tu?staff tu punya muka laaa...rasa nak lempang je...dia tanya kod sofabed yg kitaorang nak ni?k.fiezz cakap tak tau..ikutkan ada je k.fiezz snap gambar bawah ni..tapi sebab layanan dan buat muka  ketat..k.fiezz cakap tak tau...dia pi tengok sendiri kod..Lepas dh dapat kod, dia check2 dlm sistem, sofabed ni tak ada stok..baru nak sampai pertengahan bulan Januari ni...

so k.fiezz discuss dengan mr hubby..tunggu barang sampai la baru bayar...staff ni pulak menyampuk sebab dia terdengar kitaorang diskuss..dia cakap kalau bayar sekarang, 10hb nanti barang terus hantar kat rumah...




cuma cara dia cakap dan ekspresi muka dia Ketattttt...kita nak beli pun tak ada hati kat situ...jadi k.fiezz cuma cari alasan je la, tunggu brg smpai baru buat bayaran.. 


Improve Customer Service Skill  

Courts, tolong hantar your staff untuk improve customer service skill..sebab layanan staff beri impak pada pelanggan untuk membeli kat situ..

Harga barang kat situ mahal. Harga yg dibayar tu pakej dengan servis yg ditawarkan. Kalau servis, muka staff ketat, layan pun nak tak nak... Pikir sendiri la pelanggan nak beli ke tak barang kat situ..

Actually bukan k.fiezz je yg terima layanan macam ni.. Kawan k.fiezz pun ada berkongsi menda yang sama di cawangan tempat lain..



Ni salah sorang kawan blogger k.fiezz yg buat task untuk promosikan sale yg dibuat oleh courts tapi tak dpt layanan mesra bila dia terjah ke salah satu cawangan di Johor.. 

Gambar atas ni, dia suh k.fiezz tagged courts malaysia sbb k.fiezz share experience k.fiezz ni di IG & IG Story.. 

Kita ni bukan la hadap di layan macam VVIP cuma impression muka, cara bercakap staff dengan customer sangat la x mesra alam..

Sila la perbaiki yea Courts Mammoth servis staff untuk pelanggan..

You Might Also Like

9 Comment

  1. kalau org buat muka mcm tu..baik xpayah bli..bnyk lg kedai yg blh kita terjah. customer service lagi tip top..:)

    ReplyDelete
  2. Tu lah benda yang buat pelanggan turn off, bila staff muka ketat. Dari happy2 terus takda mood -.-

    ReplyDelete
  3. Kadang kita tak nak beli..tapi bila layanan yang baik kita terus nak beli..dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. mesti rasa nak cekek je orang tu kan, takpaham la dah la orang gi kedai dia, layanla elok elok. takkan nak kena guna tittle datuk datin baru nak layan elok elok, nak kerja ke tak? karang kalau repot cakaplah tutup periuk nasi dia la apalah eeeee nyampah!

    ReplyDelete
  5. Fieza, eda dah banyak kali ke Courts di salah satu cawangan mereka di Johor ni tau. Bila masuk sana, takde sorang pun nak layan.mungkin nampak kita ni macam tak berduit nak beli.Orang datang nak survey.Bila layanan ok..cara pun ok, mungkin customer akan jatuh cinta untuk beli kat situ.Ni kalau masuk sini tak dilayan, maknanya ko tolak rezeki..

    ReplyDelete
  6. xyah beli kak kalo depa layan acuh x acuh gitu. huurm so sad la x suka berdepan dengan situasi cemtu. sebab tatau nak react macam mana.. takut nanti terkureng balik dgn depa kata customer poyo pulak..

    ReplyDelete
  7. huhu, mmg cancel la beli kalau layanan teruk, kita sekali badmood nnt.

    ReplyDelete
  8. Hmm kalau kinah la kak fiez, bila kita tanya takde sapa nak assist kita, bye bye jawabnya. Kinah pernah kena tapi bukan company ni la, nak tanya harga je pun sebab takde tag harga, bila kita panggil tapi takde sapa pun nak layan padahal depan mata je, masing-masing buat hal sendiri macam kitorang ni tak wujud. kinah ajak suami pergi tempat lain. Macam la kedai dia je yang ada jual benda tu kan.

    ReplyDelete
  9. layanan double standard macam ni yang buat orang menyampah pegi kedai berjenama. Nak pelanggan yang have-have je dilayan.

    ReplyDelete