Total Pageviews

Tak Perlu Solekan Tebal Dengan Set Skincare Bare Essentials Althea

09:30

Althea

Korang..kenal tak brand Althea ni..Dari Korea uolls..Althea ni memang dah dikenali dengan barisan produk kecantikan dari Korea yang menjadi kegilaan ramai wanita-wanita kat luar ni..Dan terbaru Althea telah mengeluarkan produk set skincare iaitu Bare Essentials yang kak fiezz ada buat unbox "membawang" di facebook, korang boleh rujuk video di bawah. Membawang bukan sebarang membawang..Membawang untuk kongsi dengan korang produk set skincare terbaru dari Althea ni khusus untuk penjagaan muka sebelum mekap..Kebiasaan kita ni suka concentrate pada mekap je sbb boleh tutup bahagian-bahagian muka yang ada masalah macam jerawat, parut jerawat, liang pori besar dan macam-macam lagi..tapi tahu tak korang, dengan langkah penjagaan muka dari step yang semudah a,b,c dari Bare Essential ni, kita boleh menjadikan muka lebih sihat, licin berseri tanpa penggunaan mekap yang tebal..


www.fiezasani.xyz
Apakah dalam ni?Jom tengok video unbox kak fiezz buat ni..



Sesi membawang dengan produk Althea iaitu Bare Essentials

Set Skincare Bare Essentials

Okey, dah tengok kan video unbox kat atas ni..Jom kita fokus pada setiap produk dalam set skincare Bare Essentials ni..Konsep Althea dengan Bare Essentials ni adalah dengan 3 langkah asas - Cleansing, Toning, Moisturizing boleh menjadikan kulit wajah kita lebih cerah berseri dan cantik..Penjagaan muka dengan set Skincare Bare Essentials ni menjadikan kulit kita tampil lebih sihat dan mengurangkan kuantiti mekap yang kita gunakan setiap hari. Maksudnya tak perlu mekap yang tebal untuk menutup segala cela pada pada wajah, cukup dengan penjagaan kulit muka dengan Bare Essentials.

www.fiezasani.xyz
Contour Cleanser

Mengandungi micro capsules seperti skrub. Cuma letakkan sikit air & ratakan pada keseluruhan wajah kita..Mengandungi Ice Plant & ekstrak Lemon Myrtle, contour cleanser ni boleh membantu peredaran perjalanan darah dan dengan konsistensi penggunaanya, mampu membentukkan wajah kita seperti V...

I feel sexy, patut rasa muka dah bentuk cam V..haha..kak fiezz memang dah guna cleanser ni sekarang..memang best sangat..lepas cuci muka, boleh rasa sejuk macam mint gitu pada muka..rasa nak basuh muka selalu je, tau...Harga pun tak mahal untuk k.fiezz..Cuma RM23.00 untuk 150gram..Kak fiezz rasa boleh tahan lama sebab tekstur dia pekat likat..Masa nak basuh muka, picit sikit je pada jari...


www.fiezasani.xyz

Primer Water

Okey primer water ni gabungan antara primer & toner. Mengandungi dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion technology) yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori serta boleh menembus jauh ke dalam lapisan kulit. Mengandungi ekstrak Snow Lotus yang memberi kulit lebih berseri dengan sempurna.

Yang ni tak perlu guna facial cotton untuk sapu pada muka..Hanya letak sikit pada tapak tangan & sapu secara keseluruhan pada muka..Kak fiezz guna ni, rasa kulit lebih tegang dan lembap..

Harga RM43.00 (200ML)

www.fiezasani.xyz

Fixer Cream 

Tak berminyak, cepat meresap ke dalam kulit untuk memberi kelembapan pada kulit selama 24 jam. Mengandungi Trehalose - berfungsi mengekalkan kelembapan pada kulit, Green tea - menghidrat, menenangkan kulit serta bersifat antioksidan, Baobab Tree Extract - ejen pelembap yang tidak berminyak untuk membantu menggalakkan pengeluaran kolagen

Hasil pemakaian fixer cream ni, kak fiezz boleh rasa kulit lebih lembap tambah-tambah dengan kak fiezz yang kerja dalam pejabat..Kena aircond je, jadi fixer cream ni memberi kelembapan pada kulit kak fiezz..serta boleh rasa kulit anjal gitu...

Harga RM50.00 (50G)

Lepas selesai langkah-langkah diatas dengan 3 produk Bare Essentials ni, baru la kak fiezz teruskan dengan proses mekap pula..Maklum la kak fiezz + mekap, bff gitu...Tak perlu pakai foundation tebal pun..Nipis pun dah nampak muka licin berseri..cewah..haha..ni member-member yang selalu komen kat ig bila k.fiezz selfie..haha..tak tahu la sebab effect beauty atau memang original flawless..eh...tapi tapi kak fiezz tak suka pun effect beauty kat kamera sbb nampak fake sangat..Jadi rasanya memang ori flawless..hehe..Tak pe la yang penting, kak fiezz dah fall in love dengan Althea Bare Essentials ni..sangat-sangat memuaskan hati k.fiezz..

www.fiezasani.xyz

sample set skincare Bare Essentials

Sapa nak?meh follow blog kak fiezz & Like page kak fiezz..
Nanti komen je kat entry ni, 'done' beserta e-mail...Nanti k.fiezz akan e-mail selanjutnya..
Terhad untuk 2 orang sahaja...setiap seorang, kak fiezz bagi 2 set...


www.fiezasani.xyz

Hadiah dari Althea dengan set skincare Bare Essentials
-Cermin Muka & Marmar Althea...

Kat mana nak beli set skincare Bare Essentials ni?

Untuk 3 produk dalam set skincare bare essentials ni hanya RM116 serta diskaun 10% + percuma cermin special edition dari Althea ni di www.althea.kr..Jadi jangan lepaskan peluang mencuba set skincare bare essentials yang super duper best ni..berbaloi dengan kualiti..

You Might Also Like

8 Comment

  1. wow bestnya.. guna sikit pun dah cukup ye

    ReplyDelete
  2. SA pun suka..contour cleanser tu suka biji2 micro tu membelai muka..sejuk dan tenang je..

    ReplyDelete
  3. teringin jugak nak try. seronok tengok feedback semua. done - shfyqhazhr@gmail.com

    ReplyDelete
  4. tak pernah pakai lagi ni..ramai blogger guna althea ni.

    ReplyDelete