Medan Trip - Day 4

Sambungan entry kak fiezz yang INI..Lepas bermalam di Berastagi, kak fiezz & group di bawa ke bandar Medan..so kita jenjalan di bandar Medan pulak la...Kat Danau Toba, Berastagi ni kita tengok alam semulajadi je..Tapi sebelum turun ke Medan, kitaorang di bawa ke beberapa tempat dalam perjalanan turun ke bandar Medan..Antaranya :

GUNUNG SINABUNG

www.fiezasani.xyz
Gunung Sinabung..Pernah meletus & masih aktif menurut kata pak supir..

www.fiezasani.xyz

Cantiknya pemandangan...

Kat kawasan ni, kalau nak naik kuda pun boleh..banyak kuda-kuda untuk disewa berjalan sekitar sini..

Selepas tu, kitaorang ke pasar buah pulak..

PASAR BUAH

www.fiezasani.xyz

Warna sayuran dia cantik..menggoda...Ni kalau orang tak makan sayur, confirm makan kalau sayur lawa macam ni...

www.fiezasani.xyz

Buah-buahan yang dijual kat sini..Majoriti nya jual buah-buahan yang sama je..Cuma kena pandai tawar sikit la harga..Kalau korang shopping buah kat sini, sila hati-hati tau..sebab kak fiezz beli buah durian belanda, avokado & buah salak..Penjual tu duk promote beli keropok kat dia..Kitaorang okey je la..Tapi sampai-sampai rumah, tak cukup 1 peket lagi..Masa penjual tu duk bungkuih2, dia yang buat...kitaorang tak la kira ke apa..haih..+ve je la..tersalah kira kot...so kalau korang ada beli keropok, sila la check betul ke tak jumlahnya...

www.fiezasani.xyz
Buah salak..kenai dak?

Next kitaorang di bawa ke Ladang sapi...kat Malaysia, gedik tak nak gi ke ladang kambing ke, lembu ke..Kat Indonesia, gigih tahan kembang kempis hidung kat ladang sapi ni, hah...haha

LADANG SAPI

www.fiezasani.xyz

Tak boleh ada berdekatan kat luar kandang tu..ada pagar cuma boleh tengok dari jauh je camni..boleh la...


www.fiezasani.xyz

Gedik kan nak turun ke Ladang Sapi..menahan la hidung tu..haha

www.fiezasani.xyz

Fresh produk susu sapi..antaranya ais krim & susu segar tanpa sebarang pengawet...kalau beli susu ni, tahan 11 jam...

www.fiezasani.xyz

Muka happy dapat susu sapi fresh..kemain order flavour chocolate...

Dah lapar..jom kita makan pulak...Makan tengahari kitaorang di Cindelaras ni..Kak fiezz rasa glamour kedai Cindelaras ni..merata tengok cawangan dia kat dinding kedai bawah ni...

MAKAN TENGAH HARI

www.fiezasani.xyz
memasing tak menyabar nak makan...lapar weiii...

www.fiezasani.xyz
hehe..apa lagi..ayam penyet la uolls...layannnn

dan selepas selesai makan tengahari, kitaorang terus dibawa ke hotel di area Medan..bawah ni hotel kitaorang menginap..Hotel ni berada satu bumbung dengan pasaraya PONDOK INDAH PASAR BUAH..kira sebelah-sebelah pintu je..strategik sangat..boleh la membeli barang makan ke apa..Turun je ke tingkat bawah...

MENGINAP HOTEL DI MEDAN

www.fiezasani.xyz

Sorry, tak ada gambar makan malam sbb kitaorang cuma dinner di hotel je...Lepas makan, kitaorang turun ke bawah, cari makanan tepi jalan..Ni antara yang kitaorang cuba...


www.fiezasani.xyz

Yang gambar pertama tu - martabak..kalau kat Malaysia, apam balik daaa

Yang kedua - satay padang...Memang dibungkus gitu tau korang..sekali dengan kuah + nasi impit..untuk k.fiezz sedap..mr hubby tak berapa gemor..tak kena dengan selera dia...

2 Comments

  1. uiiiyo, sambal ayam penyet tu nampak sedapppp....

    ReplyDelete
  2. Uihh suka tengok sayur dia tu. Segar-segar je pastu apam balik dia tu makkkaii sedapnya rasa kalau dapat

    ReplyDelete