Hi korang..kak fiezz nak war-warkan untuk yang suka shopping kat website SHOPEE, jangan lepaskan peluang promosi sempena HARI GAJI..uwaaa..ni untuk orang swasta la..org gomen dah gaji awal bulan baru ni..gaji bulan Mac lambat lagi weiii..kitaorang yg gomen ni cuci-cuci mata je la dulu..So korang yang keja private & gaji dah otw masuk dalam akaun tu, boleh la grab kempen shopee yang menarik ni... 

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh kesukaan membeli-belah pengguna semasa tempoh terima gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

www.fiezasani.xyz

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
*Sila rujuk infografik dilampirkan

www.fiezasani.xyz

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet ; Kesihatan & Kecantikan ; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:

Paris Ashiqin (Cik)
Pegawai Kanan Pemasaran, Perhubungan Awam
Emel: paris.ashiqin@shopee.com
Tel: +6010-4079948

Vanessa Tan (Cik)
Go Communications Sdn. Bhd.
Emel: vanessa@gocomm.com.my

Tel: +603-7710 3288

23 Comments

  1. casing phone tu tiap hari sha cari hahaha, shopee ni geram betul dengan dia haha

    ReplyDelete
  2. casing phone tu lawa..aish geram pulak tgknya

    ReplyDelete
  3. Jarang tau tengok shopee ni kejap kejap xD

    ReplyDelete
  4. Hadoii..tak kuat betul dengan godaan

    ReplyDelete
  5. Jom Shopeeing kak fizz. Ana tinggal nak chexck out je ni. Tggu kempen tu on ana terus byr. Haha

    ReplyDelete
  6. Godaan shopee menjadi-jadi lately...aduh....kena scroll la nt apps dia

    ReplyDelete
  7. Sana sini citer pasal shopee. Best nya kalau boleh shopping.

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun terjebak dah dengan Shopee nie tau, tengah tunggu barang sampai ja nie..

    ReplyDelete
  9. adui.. asyik nampak iklan shoppee je dah ni.. memang kena shopping jugak ni.. haha.. tunggu penuh bakul dulu baru checkout.. hehe

    ReplyDelete
  10. Campaign pay day! Wowwee! Siapa dah payday bolehlah shopping.😁

    ReplyDelete
  11. Godaan betul. Sana sini buat promo macam2. Rabak lagilah kocek bulan ni. Tihihi!😝

    ReplyDelete
  12. Alah ni buat geram ni. Promo best plak dari Shopee. Ni rasa terpanggil untuk shopping ni.

    ReplyDelete
  13. Best sangat shopping kT shopee...sis pun dh shopping..tadi baru je sampai 1 barang

    ReplyDelete
  14. Best sangat shopping kT shopee...sis pun dh shopping..tadi baru je sampai 1 barang

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Shopee nih bab koyakkan poket org no 1 kan...hahaha

    ReplyDelete
  17. gov dah gaji awal..ni msti nak tarik yg swasta join sama hihi..xapa..smua brgan shoppe berbaloi..xrugi kann

    jemput singgah di entry yg sama hihi
    http://www.opzzpinky.my/2018/02/nikmati-18-pulangan-tunai-sempena.html

    ReplyDelete
  18. Godaan betul la hehe.. nasib baik mampu bertahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi cemburu la pula tengok ramai yang post barang dah terima sempena shopping hari gaji ni huwaaaaa

      Delete
  19. Fuh fuh ada jugak benda Yana shopping kat Shopee nie.. Murah kottt

    ReplyDelete
  20. Fuh fuh ada jugak benda Yana shopping kat Shopee nie.. Murah kottt

    ReplyDelete
  21. haha semua pon terjebak dengan sale shoppee kali ni nampaknya

    ReplyDelete