My New Favourite Item..Klairs oo Klairs..

15:26

BEDAK JENIS CUSHION


Yeay..produk Klairs kak fiezz dah sampai...Comel tau yang Klairs Mochi BB Cushion ni...dan praktikal..Senang nak bawa travel..Cuti2 ke, balik kampung ke..Sonang nak angkut..Kak Fiezz pun sebelum ni guna bedak jenis cushion ni gak sebelum beralih ke loose powder..tapi yang Kak fiezz suka dengan bedak jenis cushion ni sebab 2 in 1..tak perlu foundation..BB cushion ni je dah cukup tutup segala liang pori, jerawat kat muka plus nampak muka kita lebih flawless gitu..Tu yang kak fiezz fall in love dengan bedak jenis cushion ni...Dah tu kenapa kak fiezz tukar jenis lain pulak..Kak Fiezz ni konsep suka mencuba..Jadi kalau diberi pilihan antara 2 jenis bedak ni, kak fiezz lebih suka bedak jenis cushion ni sebab praktikal untuk dibawa keluar atau travel..Ni dah ada pulak Klairs Mochi BB Cushion dalam koleksi kak fiezz, memang akan jadi favourite item kak fiezz la jawabnya..dah la homey..bahagian depan dia tu kalau korang perasan ada design yang comel sangat...saiz dia pun tak besar sangat..just nice bak kata orang putih..senang la nak masuk dalam make up bag kak fiezz..eh!!asyik cerita pasal bedak cushion ni je..Apa lagi yang ada selain dari Mochi BB Cushion ni..Kak fiezz ada Klairs Mid-day Blue Sun Lotion dan Klairs Trial Sample Set. Apa bestnya setiap item ni, sat gi kak fiezz story lebih detail kat bawah..hehe..

Sebelum tu meh kak fiezz nak perkenalkan korang dengan produk Klairs ni dulu..Kot ada yang tak tahu ke?ke ada yang dah tahu..yang mana dah kenal, sokay..kak fiezz nak introduce produk klairs ni dengan yang belum kenal lagi..korang yang dah kenal boleh skip part ni..

PRODUK KLAIRS


Untuk info, produk Klairs ni dari negara Korea nun..Hah..ni sapa2 peminat korea mesti suka..Apa yang best nya produk2 klairs ni bahan-bahannya tiada PEWARNA, tiada ALKOHOL, tiada PARABENS, tiada wangian buatan sebab konsep Klairs adalah menghargai keindahan alam sekitar dan membawa nilai2 sihat di bumi. Klairs juga memastikan produk mereka mampu dimiliki oleh setiap wanita dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti produk mereka. Pihak Klairs juga menitik beratkan pembuatan produk mereka untuk sesuaikan dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Telah diproses di dalam makmal dan dipastikan dihasilkan dengan bahan yang telah diluluskan sahaja, tiada ujian kosmetik pada haiwan dan memastikan produk KLAIRS yang dihasilkan berkualiti tinggi dan dipasarkan kepada umum dengan harga yang berpatutan. 

Jom berkenalan dengan produk-produk KLAIRS


SET KLAIRS
-Klairs Mid-day Blue Sun Lotion
-Klairs Mochi BB Cushion Pact
-Klairs Trial Sample Set


Klairs Mochi BB Cushion

Kak fiezz suka sangat Mochi BB Cushion ni sebab saiz dia yang comel macam kak fiezz..eh!!hehe..Mudah dibawa ke mana sahaja dan ada penutup Hygenic..Jadi lapisan antara span & BB cushion tidak terdedah kepada kotoran..


Klairs Mid-day Blue Sun Lotion

Dengan spf40/PA, Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion boleh dijadikan sunblock yang  berfungsi untuk melindungi kulit kita dari cahaya matahari terutama dalam cuaca kita yang panas ni apabila kita melakukan aktiviti outdoor..Yang menariknya, ia juga boleh di jadikan asas solekan dengan tona warna correction..Kandungan guaiazulene di dalamnya melindungi kulit kita dari masalah 'burn' yang biasa kita alami bila di bawah sinaran cahaya matahari yang terik..Okey, yang penting, 2 item ni memang kak fiezz nak bawa gi travel hujung bulan ni...yippieee... ;)


-Klairs Trial Sample Set 
Terdiri dari 8 jenis trial kit percubaan produk terbaik klairs

kat mana nak dapatkan produk KLAIRS ni..Sila rujuk kat bawah ni ;)

You Might Also Like

9 Comment

  1. makin cantik la fiezz lps ni..:)

    ReplyDelete
  2. first time dengar pasal Klairs. alang2 review, apa kata fieza share skali lepas apply kat muka jadi cane rupenye? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus cuba kat muka sendiri..hehe..nanti saya dah rasmikan, saya share acane rupa lps apply mochi bb cushion ni kat muka saya..cun kah?haha..gurau je..rupa tetap sama je..tpi nk tengok la flawless ke idok..nanti saya share, yea..

      Delete
  3. Comel sgt tengok packaging dia

    ReplyDelete
  4. kali kedua pakai klairss hehehe memang best klairs ni

    ReplyDelete