Cara Menghapus Lipas Di Rumah


Rumah kak fiezz memang ada masalah LIPAS..Kak Fiezz pernah kongsi cara menghapus lipas di rumah kat blog..kat entry tu, cara menghapus lipas di rumah yang kak fiezz buat, guna spray je..hehe..tapi ada la selit tips/petua yang kak fiezz dapat dari mr.gugel..Entry lama pasal LIPAS kat SINI...Ada antara tips/petua kat entry tu, kak fiezz dah cuba..tapi macam sama je..Lipas2 tetap berkeliaran kat dalam rumah kak fiezz tu..Paling banyak lipas2 ni bermaharajalela kawasan dapur dengan atas meja..Jadi korang boleh bayang tak kalau letak makanan tak bertutup atas meja, memang kita makan bekas2 lipas la jawabnya..Walaupun nak tutup dengan tudung saji..Memang tak payah la..Buat letih je bertutup bagai..Sekarang kak fiezz kalau nak tutup makanan atas meja guna pinggan atau piring jugak..Haih..tak tension cuma bengang sebab banyak sangat lipas kat rumah...Baru-baru ni mama (mak mertua) kak fiezz datang ke rumah..Jadi agaknya mama pun nampak banyak sangat lipas berkeliaran kat rumah sebab mama duk kat rumah..Kitaorang kerja..Agaknya mama pun naik rungsing..Tak pasti la mama tanya dengan member2 kat group WhatsApp atau mama cari dalam internet (kak fiezz tak siasat pulak) lebih lanjut macamana mama dapat petua membunuh lipas ni..Masa mama bagitau petua membunuh lipas ni, kak fiezz okey je..Lagipun petua ni kak fiezz tak pernah baca lagi kat mana2 blog..Jadi meh la kita cuba..Mana tau menjadi..Masa mula-mula nak buat perangkap ni, mama yang buat, kak fiezz tolong je..Siap je perangkapnya, kitaorang letak kat lantai dapur tempat memasak..Hari pertama tak ada hasil..Hari kedua, kak fiezz nak balik kampung sebab nak hantar mama..Walaupun berlum berhasil di hari pertama, kak fiezz buat satu lagi bekas..Letak atas meja pulak..Mana tau ada hasil..Sebelum keluar rumah, kak fiezz sempat la ambik gambar bekas yang atas meja ni....dan hasilnyaaa...korang tengok kat bawah...

Suka suka suka...eh!! dah macam suka pulak bunuh lipas..bukan suka tapi terpaksa...huhu

Yang ni atas meja..SEBELUM & SELEPAS..Bukan setakat lipas..Semut pun terperangkap sekali..Pakej 2 in 1 ni..

Ni kat lantai dapur tempat memasak..

Yeay..Harap cara ni dapat menghapuskan terus lipas kat rumah kak fiezz tu..Kak Fiezz tak pasti cara ni berkesan kalau kita tak ada di rumah untuk beberapa hari atau boleh je buat walaupun kita kat rumah..Kak Fiezz dah try buat lagi..Letak atas meja juga sebab nampak macam ada je lagi lipas...Ikut cara ni, mama beritahu paling lama letak 3 hari..Lepas tu kena tukar bekas baru...Semalam balik dari kampung, lepas iron baju semua..Kak fiezz update kat FB cara mama ajar ni, mendatangkan hasil..Ada beberapa orang kawan fb kak fiezz berminat nak tahu juga resipi buat perangkap ni..Jadi meh kak fiezz kongsi kat sini..Moga berhasil la kat rumah korang pulak..

BAHAN-BAHAN
** Bekas plastik 
** Minyak masak yang telah digunakan
** Susu (yang buat milo, teh tarik tu)
** Marjerin/Planta 

CARA BUAT
**Letak minyak masak yang dah guna tu dulu dalam bekas plastik..Lepas tu susu, diikuti dengan marjerin..sapu agak-agak sekata & letak bekas ni kat mana-mana tempat dalam rumah yang banyak lipas..Biar selama 3 hari..

Note : Kenapa guna minyak masak yang dah guna?Minyak yang dah guna, bau lebih kuat jadi lipas lebih mudah tertarik dengan bau yang kuat..Lepas ni kalau ada lebihan2 minyak masak tu jangan buang..Kalau rumah ada masalah lipas, boleh cuba petua membunuh lipas yang kak fiezz kongsi kat atas ni..Lagi satu kak fiezz lebih suka cara yang ni sebab bahan-bahan lebih selamat dari guna spray tu..Kak fiezz kalau guna spray tu, lepas je spray mesti kak fiezz akan mop lantai...dah satu kerja pulak kena mengemop...sebab spray tu bahan-bahan dia dari bahan chemical..

13 Comments

  1. Terima kasih kak..boleh praktikkan ni..

    ReplyDelete
  2. Ok... Thanks Fieza. Malam ni jugak nak buat ☺

    ReplyDelete
  3. nk buat nt...lipas banyak sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la linda..tak lalu sbb banyak sangat lipas kat rumah..sampai atas meja tu..kat dapur lagi..kecik besor je nengok lipas2 tu berkeliaran...

      Delete
  4. satu lg cara..bela kucing aktif haha..automatik dia carikan..siap pakej makan sekali haha

    ReplyDelete
  5. Rumah cikla pun byk lipas. Boleh try petua ni. Thanks sis sharing.

    ReplyDelete
  6. tq for the tips sis . Boleh cuba ni

    ReplyDelete