Penjagaan Kesihatan Dengan Detox

16:11

Pagi-pagi dah bikin aku panas..Aku sejenis tak suka komen orang..Macam cakap 'eh..ko gemuk la'..'ko berisi la'..'ko kurus la' dan apa-apa la berkaitan, yang kita komen pasal diri orang tu..Sebab aku tak suka?AKU TAK SUKA ORANG KOMEN PASAL AKU BALIK..I'm very sensitive...Ada seorang member pejabat aku, asyik komen pasal aku kurus..aku kurus..aku ni dengan jujur bercerita kenapa aku kurus?aku buat apa?aku makan apa?eh!!lepas-lepas tu tanya lagi..eh!!annoying pula rasanya..terus sampai sekarang aku malas nak cerita dengan sesiapa kalau ada tanya kenapa aku kurus?Tak kuasa aku nak cerita ko..Cukup je la aku nak cakap..Kurus tak semestinya sakit..Gemuk tak semestinya sihat..Aku pun tak cakap, aku kurus aku sihat...Tapi sebab aku baru sedar pentingnya penjagaan kesihatan, tu yang aku mula buat apa yang aku buat sekarang..Buat detox..Bersenam (bukan lah hari-hari..Ada juga masa aku skip)..Senam?apa kaitan dengan detox..Berpeluh adalah baik untuk kesihatan..Jadi salah satu cara terbaik detox adalah menggalakan pengeluaran peluh melalui kulit yang membuang toksin keluar..

Kenapa perlu detox?aku nak tanya balik, suka ke simpan toksin dalam badan tu?Toksin tu sihat ke?Tau kan toksin tu apa?

Eh!!tak ambil tahu..Okey, malas nak komen la..Badan masing-masing..

Meh la aku kongsi sikit info pasal DETOX & TOKSIN ni..Kalau ada yang nak baca, silakan..Tak nak baca, terpulang la yea...ahkak tak paksa...

Setiap orang mempunyai toksin dalam badan. Tak dapat dielakkan kerana masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara seperti UDARA, MAKANAN, UBAT-UBATAN MODEN YANG ADA CAMPURAN BAHAN KIMIA/DADAH, SISA2 MAKANAN YANG TINGGAL DALAM USUS AKAN MENGALAMI TINDAKBALAS BIOKIMIA & MENGHASILKAN RACUN DALAM BADAN, KEKURANGAN AIR DALAM BADAN MENGANGGU PROSES PEMBUANGAN TOKSIN...

Detox
Detox atau detoksifikasi adalah suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Toksin
Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil untuk mengelak daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
Selalu letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, badan berbau
Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
Masalah sendi 
Masalah kulit
Selulit, kenaikan berat badan

Korang ada ke tanda2 kat atas ni?

Tepuk dada tanya la selera, k :D

You Might Also Like

2 Comment

  1. Yes bagus entry ni.kena buang ni toksin ni.nak cantik? Jom ler berdetox

    ReplyDelete