AFB Feeds



Shopping Online Barang Dari China Dengan Harga Yang Murah

22:41

Shopping again..Yes..it's me..Aku memang kaki shopping online..
Kali ni nak share dengan korang website untuk shopping barangan dari oversee (china of course)..Kenapa aku suka beli barang dari China..Eh!!aku rasa bukan aku je..Semua pun suka sebab MURAH..Kali ni aku nak berkongsi satu lagi alternatif website untuk korang yang suka beli barang2 dari obersee ni terutama China..

http://www.sgshop.com.my/

SgShop mula beroperasi pada bulan Ogos 2011 di Singapura & berkembang ke Malaysia pada Mac 2015. SgShop merupakan syarikat tempatan yang berdaftar di bawah nama (SGshop Ecommerce Sdn Bhd). 

Di SgShop, kita boleh membeli barang secara terus daripada China..Korang jangan risau, okey..Aku dah beli barang kat sini..terbukti selamat & pantas..Cara pembelian yang mudah..Selain tu kos penghantaran tak terlalu mahal tapi bergantung pada pilihan masing-masing..Kalau melalui udara, seperti yang kita sedia maklum..Macam aku, pilihan aku seperti biasa penghantaran melalui laut..Jadi murah..tak caya?Nanti korang boleh tengok kat bawah, aku tunjuk cara2 pembelian di SGShop..
Satu lagi kelebihan membeli di website ni, korang tidak perlu risau sebab harga yang tertera dalam RM. Pembelian dalam talian ini juga seperti yang kita ketahui tiada had masa seperti di kedai. Website dibuka 24 jam/7 hari..Jadi korang boleh membeli-belah pada bila-bila masa yang korang nak..

Pembelian di SGShop juga, kita boleh membuat pembayaran melalui kredit atau debit kad dan internet banking..Kos penghantaran antarabangsa yang murah berbanding semua syarikat logistik antarabangsa yang lain.Jaminan pampasan bagi pembelian yang mungkin hilang atau rosak semasa perkhidmatan penghantaran..Customer Servis yang peramah & sedia membantu setiap masa bagi menjawab pertanyaan kita..

Bestkan?Ni antara sebab korang patut shopping di SgShop.

Meh nak ajar cara-cara shopping di SGSHOP..eh!!perlu ke?okey, ni untuk yang tak tahu atau pertama kali membeli-belah diatas talian..

blog fiezasani
Laman utama SGshop..Untuk yang pertama kali, daftar jadi ahli dahulu..

blog fiezasani












Selepas pendaftaran, akan terima e-mail untuk confirmation pendaftaran akaun..klik link 
kat e-mail tu. Lepas tu, boleh masuk ke akaun korang..Security code tu tiap kali sign in akan tukar kod  yang berbeza..so, no worry yea..Untuk keselamatan konsepnya..

blog fiezasani

Pilih kategori yang korang nak..Banyak weii..aku rambang mata pilih barang..

blog fiezasani
 Ni contoh sekiranya korang dah dapat item yang berkenan..klik kat gambar item tu & korang akan terus masuk ke laman ini..klik 'ADD TO CART'..



blog fiezasani
Klik 'MY CART' untuk tengok senarai item yang telah dipilih..

blog fiezasani
Lepas dah pilih item yang korang nak, tekan tick kat kotak 'i agree.....' & klik 'PAY'

blog fiezasani
Nanti korang akan masuk ke halaman ni pulak..klik 'SUBMIT'..


Bayaran korang boleh rujuk pada kotak kat gambar atas ni iaitu 
Yang pertama untuk Product & Domestic shipping fee . 
Kedua untuk international shipping fee + service fee + clearance Fee. Total bayaran yang aku perlu bayar cuma RM65.75 sahaja sebab aku ada voucher..

Kat sini nanti korang klik untuk bayar..Lepas tu isi maklumat & baru buat bayaran..Contoh bayaran yang aku buat ni, aku guna kredit kad..So terus je buat bayaran mengikut jumlah yang dikenakan..total kos penghantaran yang aku perlu bayar RM65.75..Murah je sebab aku pilin penghantaran 'SEA'..ngeee..Murah katanya..

Untuk yang bayar secara internet banking, korang perlu 'TOP UP' dulu dalam akaun SGShop ni dahulu..Jangan risau, baki boleh pindah ke akaun bank kita..

blog fiezasani
Kat halaman'MY ORDER' ni, korang boleh tengok semua senarai item yang telah dibeli..

blog fiezasani
Selesai membuat pembayaran, kita akan terima e-mail seperti di atas..

blog fiezasani

Lepas membuat pembayaran korang kena tunggu item korang satu persatu dah terima 'Arrived at Warehouse',baru korang SUBMIT DELIVERY..



Okey, ni nak beritahu, kalau semasa proses penghantaran barang ke Warehouse mungkin ada item yang ktia beli tu kehabisan stok atau harganya dah naik..Contoh macam aku punya kat bawah ni..Harga seluar ni masa aku order RM17.xx..tapi dah naik jadi RM18.xx..So terpulang pada kita samaada nak minta refund atau proceed je order..Macam aku, proceed..

blog fiezasani
Untuk proceed order, klik pada 'Message'..

blog fiezasani 
Contoh yang aku buat seperti di atas..

blog fiezasani

Selepas buat pembayaran,korang boleh check status 'MY DELIVERY'..
Macam aku punya ni, semua item sedang 'Repacking in Progress'..Jadi sabar menanti..

Problematic Order - Untuk check order kita yang bermasalah macam aku explain kat atas tadi..
Arrive China Warehouse-Item telah selamat sampai di gudang..
My Delivery - Item yang kita order dalam proses penghantaran kepada kita..

Okey, kalau sesapa yang berminat untuk membuat pembelian di SGShop, ada diskaun istimewa untuk korang (CODE : FIEZ16SEP)


Untuk maklumat lanjut pembelian secara online di SGShop, korang boleh rujuk dibawah :~

www.sgshop.com.my
www.facebook.com/SGshopMalaysia
www.instagram.com/sgshop_malaysia

You Might Also Like

2 comments

  1. Kita nyer barang 2 oct sampai.. tak sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. X Sabar..Saya punya barang, ETA 22 Oktober...

      Delete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.