FiezaSani TTC Effort - Detox Gejala Kecacingan

08:30

Dulu aku ingat makan ubat cacing masa kecik2 je..Rupanya dah besar ni pun kena jugak...waaa..imaginasi aku sangat la tinggi bila makan ubat cacing ni tau..Aku dah tau pasal makan ubat ni lama dah..dalam beberapa tahun lepas tapi aku tak de keberanian nak makan sebab...Aku berimaginasi kalau makan ubat cacing,nanti keluar satu2 ikut muntot...ai is geli, hokay...Sebelum aku makan ubat ni, ada la google cari info pasal makan ubat cacing..Dari sumber tu, ada kata kena makan time tertentu kalau tak..cacing keluar ikut mana2 organ badan kita..ishhh..cancel nak makan ubat ni..Padahal tak pun..bila dah makan ubat ni, cacing2 ni akan hancur dan keluar melalui popo kita..Tapi aku tetap tak berani nak makan..lepas beberapa tahun, ni baru aku beranikan diri jugak..

Macamana aku kuatkan hati makan jugak ubat cacing ni? Kisahnya mr hubby ternuampak cacing kerawit ke apa kat toilet..aku macam waaaa...mr hubby cakap siapa la punya tu (maksudnya sapa kat rumah kitaorang tu ada masalah kecacingan)..aku cerita pasal aku pernah nampak cacing dlm popo aku (sorry..kotor sikit part ni), tapi aku cakap lepas amalkan supplement yang aku makan skrg, dah x de lagi..padahal..aku rasa ada sebab kadang aku rasa macam ada menda gerak2 kat muntot..ewww..boleh imagine kan...so berbalik pada perbualan aku & mr hubby pasal masalah kecacingan tu, mr hubby cakap "kalau dah nampak tu, makan je"..okey..okey..positif positif..Hari yang sama jugak gigih pergi Watson cari Zentel ni..Masa nak beli saja nak confirm dengan staff kat situ, makan ubat ni cacing tak keluar satu2kan?jawapan dia "yea kot"..okey, fione..iya kot..X kira..aku beli jugak..Ada 2 biji untuk 1 kotak ni..Dewasa makan dua2 biji..Kanak2 setengah dose dari dewasa...

Lepas makan?aku nak membuang, tatut weiii..terbayang2 keluar ikut muntot..Padahal tak de pun..Mindset aku pun sebab dah tau makan ubat cacing, aku rasa macam cacing2 dalam badan kepanasan..terasa macam ada menda gerak2..aku macam, errrr!!!seriau beb..kot keluar kat mata ke, mulut ke..okey, imaginasi aku sangat tinggi...alhamdulillah, tak de pun..

Penting ke makan ubat cacing ni?
Mengandungi 200mg albendazole

  Penting ke tak tapi kalau korang atau anak-anak ada mengalami simptom-simptom seperti kat bawah ni, sila la cari ubat cacing..Contoh yang aku beli jenama Zentel berharga RM8.80 kat Watson..

* Keluar cacing dari lubang najis
* Ada cacing pada najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang menghisap darah manusia.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun berselera makan
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asma kerana cacing ada di paru-paru

Aku ada mengalami beberapa simptom sebelum makan ubat ni..Harap lepas makan Zentel ni, tak de lagi masalah kecacingan dalam badan aku..Pernah gak terbaca kat blog mamakembartiga , seorang tukang urut nasihatkan kalau ada masalah untuk hamil, cuba makan ubat cacing..boleh membantu..insya'allah..Tukang urut ni pernah dapat kes yang datang kat dia susah nak hamil, jadi dia nasihatkan makan ubat cacing, alhamdulillah baru lekat..Menurut tukang urut tu, bila cacing penuh dalam badan..cacing makan semua zat2 diperlukan oleh badan yang menyebabkan tidak sihat/subur..Betul juga tu..mana kita nak tau kan..Dari cacing bermaharajalela dalam badan, kita halaukan dia dari dalam badan kita..huhu..

Semua orang ada potensi mengalami masalah kecacingan..Jangan ingat budak2 je..mak pak budak pun sama yea..Macamana cacing masuk dalam badan??

Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ini mencemarkan tanaman dan tangan kita. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan betul menyebabkan telur cacing masuk ke dalam mulut dan larva akhirnya menetas di dalam usus kita.
Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang peliharaan.

Jenis-jenis cacing yang hidup dalam badan manusia? 

1. Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – cacing ini bersaiz besar seperti gelang, tetapi ia boleh masuk hati dan paru-paru
2. Cacing kerawit (Necator Americanus) – ccaing ini mempunyai gigi tajam yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia masuk melalui kaki dan kuat menghisap darah manusia.
3. Cacing rambu atau cacing benang – cacing ini sangat halus dan selalu melekat di kawasan dubur.
4. Cacing pita – cacing ini berbentuk seperti pita, pipih tapi panjang.

Jenis ubat cacing yang boleh diambil?

1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Walaubagaimanapun, sangat digalakkan untuk merujuk terlebih dahulu kepada mana-mana doktor atau klinik yang berhampiran anda.

Cara semulajadi untuk mengatasi masalah cacing tanpa ubat?

Orang tua-tua kata, jangan makan kelapa parut untuk mengelakkan kecacingan. Selain dari itu, boleh cuba amalkan ~

1.Makan buah tomato mentah
2. Makan bawang putih mentah,
3. Minum bawang putih yang bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
4. Minum air kelapa.
5. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
6. Minum air perahan nenas yang diparut dan ditambah madu atau sirap gula batu.
SUMBER DARI : KeluargaSihat
 



Untuk mengelakkan masalah jangkitan cacing, tolong jaga kebersihan..Ni yang paling asas, okey...

You Might Also Like

0 Comment