Korang..sapa kat sini suka layan SPA..dalam kata lain 'Me Time'..bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pulak yeak..SPA..a.k.a..massage2, facial & yang sewaktu dengannya.. Meh nak share info baikkk punya..Baca sampai habis tau..ada gud news untuk pembaca blog aku ni..wink wink!!

Sapa yang kaki SPA..Entry ni khusus untuk korang tau..Aku share information dengan korang sebab aku pun kalau banyak duit, memang tiap bulan nak gi SPA..Aku suka gi SPA ni..massage, facial..Rasa rilex je badan bila buat rawatan kat SPA ni..tambah pulak dengan suasana SPA tu yang sangat la aman..Siap ada background music yang mengkhayalkan..haha..arggggh..tetiba berangan..okey sambung balik citer, tapi ahkak ni bukan kategori orang 'ada-ada'..Jadi bukan la selalu boleh ke SPA..Tapi aku ada info baik punyaaa..Jom aku perkenalkan dengan korang sebuah website yang memudahkan kita kaki-kaki SPA ni..Sambil online, sambil booking..Senang kan..tak kisah la kat mana pun korang..tetiba rasa perlukan 'me time'..terus bukak website ni & booking..tak payah keluarkan duit nak call2 bagai..save sikit duit top up tu..Tak baper nak faham?okey, baca kat bawah ni yea..

Website yang aku maksudkan adalah Bfab.my..Ia berfungsi sebagai platform yang menyediakan perkhidmatan booking untuk membuat rawatan kecantikan dan kesihatan di salun2..Senarai rawatan/salun serta jadual untuk kita buat rawatan tersebut telah disenaraikan di website ni..Kita hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan..Dari segi harga, berpatutan..mampu di bayar la kiranya..ahaks!!!

Fungsi website ni sebagai one stop centre untuk memudahkan kita booking salun..Kat sini, lokasi salun, tarikh & waktu untuk kita buat rawatan, harga rawatan telah disediakan..Wah..senang la..

Apa lagi kelebihan website ni..Baca kat bawah,k..
PERCUMA 
Servis yang disediakan oleh Bfab adalah percuma. Tiada yuran @ caj tambahan atau harga rawatan yang dikenakan lebih mahal. Menjadi ahli Bfab adalah percuma & korang tak keluar satu sen pun untuk menjadi ahli.
PERBANDINGAN HARGA
Korang boleh bandingkan harga dari senarai salun yang ada di website  www.bfab.my. Dari situ korang boleh buat perbandingan salun mengikut pilihan korang serta bajet memasing. 
WAKTU TEMUJANJI YANG TEPAT
Selepas korang pilih salun mana ng korang nak. Korang boleh check terus tarikh & waktu untuk membuat rawatan. Korang akan mendapat pengesahan booking segera selepas membuat pilihan.
PERINGATAN
Korang juga akan mendapat e-mel pengesahan dan peringatan / sms, rekod tempahan sebelum serta yang akan datang, dan boleh menambah salun kegemaran korang dalam akaun, juga menambah kad kredit dengan menggunakan sistem yang selamat dan banyak lagi.
PENCARIAN SALUN
 Korang juga boleh mencari senarai salun yang berdekatan dengan tempat tinggal. Senang kan..
DIPERCAYAI
Korang juga boleh membaca review dari pelanggan yang telah berkunjung & membuat rawatan di salun pilihan korang. Dari penilaian ini korang boleh membuat pilihan yang tepat untuk mendapatkan rawatan di situ.
BOOK PADA BILA MASA SAHAJA & DIMANA2 & 24/7
Tempah perkhidmatan anda di Bfab - bila-bila masa, di mana sahaja dan 24/7..Walaupun korang menempah pada jam 2 pagi, sistem tempahan masa nyata akan memastikan korang mencari slot masa yang bebas dan akan dapat untuk membuat temujanji serta-merta.
KELEBIHAN AHLI
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info tawaran & promosi salun kegemaran di kawasan korang, pakej khas dan acara-acara yang berkaitan dengan kecantikan. Selain itu, melalui program kesetiaan Bfab, korang juga akan mendapat akses terus ke eksklusif "hanya-untuk-ahli-Bfab" faedah khas & promosi..Yeay!!
 
Kat bawah cara untuk register sebagai ahli Bfab.my

Masuk ke website bfab.my, korang terus pilih untuk 'JOIN'..Isi nama, no. telefon & e-mail..


Selesai sahaja isi maklumat diatas, korang akan terima confirmation code di telefon bimbit..
Letakkan confirmation code di ruangan 'join'


Selepas sahaja selesai, tadaaaa..dah boleh cari jenis-jenis rawatan yang korang nak..pilih la tempat, waktu & tarikh yang korang available..


Ni contoh yang aku buat..ahaksss..suka massage2 ni..rilex je..


Selepas pilih jenis rawatan, boleh la pilih tarikh & waktu korang nak..senang kan??
Harga..see..contoh yang aku buat kat atas..RM50.88..Mampu bayar..ahaks!!
 So, tunggu apa lagi jom kunjugi bfab.my sekarang untuk menjadi ahli..Klik link di bawah ni, k 😃
'booking beauty salon and spa near you'

Ni gud news yang aku ada mention kat atas tadi..Sapa baca sampai habis, huntungggg..

Khusus untuk 4 orang terawal yang baca entry ni & korang membuat booking di Bfab, korang layak menerima 20% diskaun..yeay..

Code : Bfabnow
(valid sehingga 1st March 2016)




Dah pi cepat booking..Jangan lepaskan peluang..
#bfabmy  

0 Comments