Dah hari ke-13 berpuasa baru nak up cerita memasak..haha..Kisahnya minggu pertama - kedua puasa, mak k.fiezz ada kat rumah..Jadi memang mak yang masak. K.fiezz balik kerja dah siap semua..Tunggu nak berbuka je..haha..Jumaat lepas mak & abah k.fiezz dah balik semula ke kampung..Ater baru lah sis turun ke dapur pula untuk siapkan juadah berbuka..Ahad lepas turn k.fiezz lah kena turun ke dapur untuk siapkan menu berbuka. Mak mertua pun ada sekali jadi berganding bahu gitu siapkan hidangan berbuka..

Menu untuk mak mertua k.fiezz masak tu, bahan-bahan semua k.fiezz tolong siapkan..Mak mertua cuma tinggal masak je..Tapi resipi mak mertua punya..K.fiezz tolong siapkan bahan-bahan dia je untuk elakkan mak mertua berdiri lama kat dapur...Takut mak mertua penat sebab ahad lepas, kitaorang baru je sampai KL..Pagi gerak dalam pukul 12 lebih sampai kat rumah. Sian pula mak mertua nak kena masak. Jadi untuk ringankan kerja, bahan-bahan sis sediakan...

MASAK MENU APA TU?

Menu ayam masak merah, pajeri nenas & mee goreng.. Untuk pencuci mulut - buah mangga, tembikai, nenas & kuih-muih..Kuih muih tu adik ipar k.fiezz beli kat bazar. Dia joint masa berbuka sekali..

Menu mana yang k.fiezz masak. Sis masak ayam masak merah. Mak mertua masak pajeri nenas, mee goreng...


menu ramadhan

Bawah ni menu berbuka hari ke-14

Hari ke-14 iaitu semalam, hari Isnin. Sis kerja..Baru hari ke-2 kena masak udah kebuntuan nak masak apa. hehe..Kebetulan pula barang mentah dalam peti ais semua dah habis..Bahan yang ada dalam peti ais, ada ayam kisar sajo..Stok spaghetti pun ada lagi, cuma kena beli sos spaghetti je jadi sis pilih menu untuk berbuka bertemakan selera omputeh Spaghetti & pencuci mulut selera melayu - Popia & Roti John..Popia tu beli frozen kat kawan pejabat k.fiezz. Tinggal goreng sajo...Air - teh ais botol. Air ni ada orang kat flat k.fiezz yang jual. Sedap airnya..Warna pekat, rasa teh & susu tu balance cuma manis sikit..Bila nak minum, kena tambah air sikit...Walaupun manis, tetap k.fiezz duk ulang beli je..hehe..

menu ramadhan

Spaghetti, popia, roti john & teh ais...


menu ramadhan

Ni popia frozen yang k.fiezz beli kat member pejabat. Ada 20 keping & siap sos...Cuma tinggal goreng je..

menu ramadhan

Tadaaa..Siap...

Bila bekerja ni, kita pilih menu yang ringkas & senang nak masak..Semalam pun duk ralit masak rupanya dah 6.30ptg..hehe...Pantas sis goreng popia pula. Ni baru masak sejenis je..Kalau 2-3 jenis, agak ngam-ngam berbuka baru siap semua..haha...

Pssttt - So korang masak ke untuk berbuka atau beli lauk siap..K.fiezz nak try tengok kat cafe pejabat ni jap gi menu untuk berbuka..Kalau ada yang sedap, sis beli lauk tunjuk-tunjuk je..Kalau tak menepati selera, nampaknya kena masak lah..Alaaaa kebuntuan nak masak menu apa..hehe...Dalam peti ais ada tinggal ayam sikit je, balance ahad lepas...


0 Comments