Majlis ni beberapa hari sebelum puasa haritu. Biasalah k.fiezz ni story kat blog lamberttt sikit..hehe..Majlis sambut Ramadhan ni dianjurkan oleh kakak ipar a.k.a kakak mr hubby. Sebelum majlis sebenar hari Sabtu, ada sesi gotong-royong hari Jumaat tapi K.fiezz & mr hubby tak boleh nak joint sebab hari bekerja. Hari Sabtu, majlis nya. Jadi memang tak dapat lah nak tolong-tolong sebelum majlis. Datang hari Sabtu je. 

MAJLIS SAMBUT RAMADAN

Dah macam kenduri kahwin kakak ipar buat majlis sambut puasa ni. Mungkin sebab sekali dengan majlis akikah. Tapi tak pasti akikah siapa. Rasanya mungkin saudara belah suami kakak ipar ni kot. Buat sekali dengan majlis sambut Ramadan ni. Senang pakej dua dalam satu. 

Majlis buat kat rumah kakak ipar di Subang. Rumah kakak ipar ni jenis landed, jadi sesuai lah nak buat majlis macam ni. Pasang khemah. Kalau rumah bertingkat macam sis & mr hubby, sewa & buat kat dewan je lah..

Menu macam-macam ada. Sorry sis tak ambil gambor, macam biasalah sis sejenis pemalu nak ambil gambor ni bila orang ramai..hehe..Ambil makanan apa yang nak makan je lepas tu duduk kat meja, makan..

Majlis ni buat tengahari, memang panas lit-lit masa ni..Bahang rasa..Adui bertabah je lah..

majlis sambut ramadhan

Sesi makan..hehe..Wajib...

majlis sambut ramadhan

Chocolate bouquet untuk 2 orang birthday boy yang lahir bulan Mac ni dari kakak ipar sis..
Gambar atas ni kakak ipar, mr hubby & anak buah k.fiezz...

majlis sambut ramadhan

Pandai Mubin posing. Mubin rasanya nama dia. Anak asuhan biras k.fiezz..Biras k.fiezz pinjam dari mak ayah dia nak bawa sekali masa majlis ni. Mubin ni dua beradik. Atas dia kakak..

majlis sambut ramadhan

Doorgift dari kakak ipar. Meriah weiii..Paling suka dapat telekung & sejadah tu..hehe. 
Telekung k.fiezz rasmi guna untuk solat kat pejabat. Sejadah ada kat rumah. Ingat nak letak sekali untuk guna solat kat pejabat juga tapi saiz dia besor, tak muat beg telekung k.fiezz..

Overall majlis yang meriah dan paling sis suka doorgift yang kakak ipar bagi tu..hehe...

So korang, 

SELAMAT BERPUASA...

5 Comments

  1. meriah macam kenduri kahwin..:)

    ReplyDelete
  2. Nampak meriah tengok khemah dan orang yang hadir. Mewah dan ekslusif cenderamata.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Meriah . Doorgift pun nampak ekslusif sangat

    ReplyDelete