Melayan oden family mart minggu lepas sementara tunggu mr hubby habis meeting kat area pejabat dia. K.fiezz tak tahu nak gi mana, mr hubby suruh lepak kat sini je. Takkan duk saja je. Mesti lah lepak sambil makan apa yang ada kat dalam family mart ni. Baru lah style budak-budak sekarang yea tak?hehe..

Masa mr hubby suruh k.fiezz lepak kat sini, memang dah set nak beli oden family mart sambil-sambil tunggu. Lama tak layan oden family mart itu yang terfikir oden je masa mr hubby suruh tunggu kat family mart.


PUSING DALAM FAMILY MART CARI MAKANAN


Sampai kat Family mart, k.fiezz pusing dulu cari makanan lain yang ada selain dari Oden. Mula ingat nak beli ramen, tanya dengan staff dia ramen tu berkuah ke tak sebab confuse kat gambar menu 2 gambar berbeza. Staff dia cakap ada 2 jenis, kering & berkuah. Okey, k.fiezz duk fikir makan ramen lah. Eh teringat pula, pedas ke idak ramen ni.. Tanya lagi  soalan kat staff dia "pedas tak ramen ni?"

Staff tu jawab 'pedas kak. kalau ramen ni, confirm pedas'..Mesti staff tu cakap dalam hati, aihhh acik ni ramen pun tak tahu pedas ke idak. Mesti tak pernah makan ramen-ramen ni..haha..K.fiezz pernah makan ramen kat DubuYo, rasa tak pedas sangat. Hat family mart ni tak pasti..Itu yang bertanya..Ada mulut, kita tanya lah kan..Malu tanya, sekali pedas melampau, idak ke sis juga yang menganga kepedasan..

Bila staff family mart tu cakap pedas, failed sikit. K.fiezz makan pedas tapi kalau makan kat luar, k.fiezz tak berani makan yang pedas sangat ni sebab risau perut buat hal. Dah satu kerja kena cari tandas pula. Jadi untuk selamat, makan menu yang kurang pedas..

Pilih oden family mart juga lah jawabnya..Ikut plan asal.

Lepas beli, terus cari meja dan kerusi kosong. Selain k.fiezz ada 2-3 orang lagi yang lepak kat situ. 


oden family mart

Layan oden family mart. Dah makan sorang, apa lagi kita selfie dulu sebelum makan..hehe


oden family mart

K.fiezz pilih 4 cucuk je..seafood cake & fish ball..Total 10 ringgit lebih sekali dengan air...

Layan makan oden family mart sambil tengok Tik Tok. hehe. Tak ada siapa kacau..Me time gitu...

Dekat setengah jam k.fiezz lepak kat family mart ni tunggu mr hubby. Elok oden k.fiezz habis, mr hubby call beritahu dah habis meeting. K.fiezz pun keluar sambil on the phone dengan mr hubby tanya dia kat mana. Lepas tu baru k.fiezz teringat sis lupa nak buang bekas oden ni dalam tong sampah. Aiyakkkk..Mesti staff family mart tu marah..Siapa lah yang tak reti-reti nak buang sendiri bekas makanan dalam tong sampah ni. hehe. First time makan kat family mart, tak biasa. Adeh..Buruk perangai tau..Sorry sangat kat staff family mart Chan Sow Lin. Sis tak sengaja..Bukan sengaja..Kak fiezz oiiii next time buat perangai senonoh sikit bila makan kat family mart, sila buang sampah sendiri ..hehe..Ingat tu..

SEDAP KE ODEN FAMILY MART?

Sedap tak oden family mart ni?Alaa korang pun biasa makan. Tahu kan rasa dia macamana. Untuk k.fiezz, oden family mart ni dalam kategori favourite juga. Kuah dia ada rasa masam, pedas..Secukup rasa pada deria rasa lidah sis & boleh lalu kat tekak. Overall boleh repeat beli selalu. 


SIAPA SELALU LEPAK FAMILY MART?SIS FIRST TIME...hehe

4 Comments

  1. tak pernah rasa lagi oden ni mcm mana..hihi

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak ke FM.. tgk akak post terus teringin nak makan oden

    ReplyDelete
  3. antara salah satu feveret ccl juga oden dari family mart ni .kuah dia memang sedap . . bebola tu kalau tambah-tambah jer sedar dah rm10 lebih kan

    ReplyDelete
  4. percaya atau tidak, mama tak penah try lagi oden family mart ni.. tapi terliur tgk fiez makan

    ReplyDelete