Haha. Gelak dulu sebelum nak story kat sini. Kisahnya baru-baru ni mr hubby nak order Korea Ramen & dessert kat Family Mart. Salah satu dessert, parmesan cheesecake family mart (rujuk gambar bawah) ni. Tengok dalam gambar iklan yang ada dalam menu kat family mart, kitaorang assume saiz dia besor lah wei. Duk bajet separuh macam kek pisang tu cuma mungkin kecil sikit. 

KOREA RAMEN DAH HABIS


Tak lama lepas order kat family mart melalui Food Panda, dapat call  dari rider, menu utama yang kitaorang order iaitu Korea Ramen dah habis. Ada pencuci mulut saja. Alahhh.. Tengah mood nak makan makanan Korea, sekali habis daaa.

So tunggu lah budak food panda hantar yang pencuci mulut saja. 

Lepas dapat, k.fiezz terus letak atas meja. Tak buka pun dari dalam plastik dia. Lebih kurang dalam 1/2 jam baru k.fiezz keluarkan segala roti & kek dari dalam plastik dia. Sekali tengok saiz parmesan cheesecake family mart ni, terus geli hati. Mengekek k.fiezz gelak. haha.

Nak tahu kenapa? 

family mart

Tadaaa..Saiz dia besor tapak tangan je weii. Padanlah dengan harga dia 5 hengget tu. Duk tertanya juga murah benor RM5, saiz kek sederhana. Sekali jangan tertipu dengan gambar iklan yea. haha. 


family mart

Saiz roti yang hijau tu lagi besar dari parmesan cheesecake family mart ni. haha. 


SEDAP RASA DIA


Serius rasa parmesan cheesecake family mart ni sedap. K.fiezz suka. cuma saiz dia tu je comel. haha

Terpedaya kitaorang dengan gambar iklan Family Mart yang dalam katalog Food Panda tu. Ingatkan saiz dia besar lah. Duk bayang potong sekeping-sekeping & makan sikit-sikit. 

Sekali yang sampai tu dia saiz cinonet besor tapak tangan je weiii..haha..Sekali ngap setel. 

Dah sampai pun, apa lagi. Makan je lah, jangan banyak cerita.

JARANG KE FAMILY MART


K.fiezz & mr hubby jarang masuk family mart ni sebab dekat area umah tak ada family mart. Jadi memang tak berapa expert lah saiz-saiz kek yang ada kat situ. Itu yang tak tahu macamana saiz kek atau roti yang ada kat situ. 

Masa order ni main agak-agak je. Memang bajet besor je lah kan sebab tengok gambar iklan dalam applikasi Food Panda tu. 

Mr hubby cakap, diaorang 10x zoom tangkap gambar parmesan cheesecake family mart ni. Itu yang bila tengok, 'wahhh besar ni'. Haha.

Tak apa lah dah sampai pun parmesan cheesecake family mart nya. Kita bedal je lah. Kecil pun kecil lah. Udah itu saiz dia, yea tak.

Overall dari segi rasa parmesan cheesecake family mart ni, memang k.fiezz suka. Sebab k.fiezz peminat cheese. Say cheese. hehe. Jadi acceptable walaupun saiz dia kecil, yang penting cheeseeee. hehe.

Korang suka apa kat Family Mart?

7 Comments

  1. comel pulak saiz dia , sekali dua kali ngap je habis

    ReplyDelete
  2. Kinah suka oden dia kak fiez. Sandwic dia pun sedap. Aish banyak pulak yg sedapnya haha

    ReplyDelete
  3. Ammi takde suka apa2 kat Family Mart sebab tak pernah masuk, tak pernah order pun. Lagi kesiankan?

    ReplyDelete
  4. SA kalau kat family mart suka beli bun dia..x kisah bun apa..tapi tu la SA pun antara yang sering terkena dengan gambar iklan...hehehe

    ReplyDelete
  5. Sekali dua kali ngap terus habis . Heheheh

    ReplyDelete
  6. alolo kiut miut aje dia haha.. mama suka gi family mart .suka aiskrim dgn frappe dia

    ReplyDelete