Baru-baru ni k.fiezz beli supplement dari satu farmasi dalam shopee. Tak silap ada promo 10.10 masa k.fiezz beli ni. Harga salah satu supplement yang k.fiezz nak beli ni, murah giler. Biasa harga dia kat Watson, k.fiezz tengok RM5x.xx. Ate mahai benor lah wei. Masuk dalam shopee tengok ada promo 10.10, jadi apa lagi harus lah beli. Biasalah sekarang ni nak beli barang di shopee je sebab harga murah dari luar. Betul tak?

BELI BARANG DI SHOPEE


Lepas buat pembayaran, barang dijangka pos sebelum 14hb Oktober 2021. Tapi biasanya tak ada lah seller tunggu sampai due date kan?Selalunya order harini, esok seller dah post. Cuma order yang terbaru k.fiezz ni, seller shopee tak pos barang sampai lah tarikh due date. Itu pun dia pos lepas k.fiezz dah chat tanya kenapa barang tak pos lagi. Baru lah dia check dengan bahagian packaging

Hah mula lah nak bertukar hulk sebab diaorang sendiri tak check status barang yang masuk dalam senarai order. Tak ada staff ke yang follow up dalam sistem barang dah pos keluar ke belum?Adeh. 

BIASA BELI DI SHOPEE


K.fiezz ni dalam kategori memang suka beli barang di shopee. Nak cari apa-apa barang je, masuk kat shopee. Jadi memang dah tahu shopee punya standard prosedur macamana. Bukan k.fiezz je. Korang yang rajin beli barang di shopee pun, dah tahu step lepas buat pembayaran kan?

SELLER TAK POS BARANG


Selepas beberapa hari buat pembelian, k.fiezz tengok status barang masih belum di pos, itu yang buat k.fiezz rasa nak bertukar hulk je. Masa k.fiezz submit order pada 10.10.2021, selang beberapa minit tengok seller dah update 'prepare the shipment'. Hah, okey lah tu kan. K.fiezz agak, esoknya mesti seller akan post out. Tapi berangan je lah ceritanya. Sampai 14hb, status sama tak bergerak. Hah.. Ni nak marah.  

Mula-mula k.fiezz malas nak bising. K.fiezz tunggu sampai due date (14.10.2021), kalau seller tak pos juga barang, k.fiezz nak minta refund. Lepas tu k.fiezz saja usya kat rating/review. Baru perasan ada beberapa orang yang komen, penghantaran dari pihak seller sangat lambat. Siap ada yang dah minta refund & dah dapat duit pun, sekali tengok barang elok sampai. 



shopee

Lepas k.fiezz complaint dengan seller, baru barang bergerak. Kalau idak. Hmmm..Itu pun k.fiezz terpaksa main ugut lah. Kalau tak pos barang 14hb (hari yang k.fiezz chat ni, nak minta refund)


shopee

Ni chat tengah marah seller lah. Ate berapa lama nak bungkus barangnya. 2 barang je k.fiezz beli. Bukan 1 kotak besor. Apoooo seller lambat bertindak macam ni. Nak berniaga ke idak??


shopee

15.10.2021, barang selamat diterima. 


shopee

See nampak besor ke barang k.fiezz beli sampai berhari-hari kena buat pembungkusannya.

SELLER SHOPEE TAK POS BARANG

Rasanya ni pertama kali k.fiezz dapat seller shopee tak pos barang. Biasa seller ni, dapat je order terus laju siapkan barang. Excited nak pos barang. Hat ni idak. It's okey, take our time, the due date is on 14th October'. Eiiii kalau depan mata, memang rasa nak lempang je.  

Bukan k.fiezz jenis tak menyabor tau tapi bila dapat seller yang tak appreciate order customer macam ni, serupa tak payah lah kita bagi duit kat dia. Sebab dia pun tak excited nak layan kita. Order kita pun buat main-main. huh!!

Next time memang BIG NO nak ulang order kat sini. Cari kedai lain. Banyak lagi seller jual kat shopee, tau. Bukan dia je. 

Rating untuk kedai ni 4/5, barang okey tip top tak ada masalah sebab diterima dalam keadaan elok & cukup sifat barangnya. Tarikh luput pun lambat lagi untuk kedua-dua supplement. K.fiezz duk risau dia bagi supplement yang dah nak expired sebab k.fiezz marah dengan dia. haha. Tapi tak. K.fiezz je syak wasangka. Cuma part penghantaran saja, nak bagi 1/5.


Korang penyoping tegar di Shopee juga ke?hehe..

1 Comments

  1. Kinah sekarang beli ape2 je semua kat shopee. Tapi kinah sebelum nak bayar tu, kinah baca dulu review dari customer sebelumnya. Kalau sorang dua kata tak ok, kinah cari seller lainšŸ¤­

    ReplyDelete