Salam Ramadhan semua. Harini semua umat Islam dah mula berpuasa. 

Seperti tahun lepas, bulan puasa kali ni juga kita di Malaysia masih lagi berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan samaada bersyarat dan pemulihan ikut negeri masing-masing bergantung pada kes COVID 19 yang masih lagi berlegar di sekeliling kita. 

Kalau sebelum kes COVID ni, ramai antara kita ni setiap kali Ramadhan akan cuti rehat & menyambut puasa dengan keluarga di kampung,  tapi sejak COVID melanda segala pergerakan kita terbatas. Nak balik kampung pun tak boleh sebab kerajaan masih tak benarkan rentas negeri . Adeh. Apa nak buat. Bertabah lah. Covid ooo covid, cepatlah kau berlalu dari sini. 

salam ramadhan


Apapun puasa tetap kita laksanakan seperti biasa. Tahun ni baru terasa suasana puasa sebab bazar ramadhan dibenarkan beroperasi semula berbanding tahun lepas, semua tak boleh. Walaupun bazar Ramadhan dah dibenarkan beroperasi di sesetengah negeri tapi wajib mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Untuk solat tarawih di surau / masjid pun perlu dilaksanakan dalam norma baru & mengikut SOP. Senang cerita puasa kita tahun ni mengikut norma baru & SOP yang diberi oleh kerajaan untuk mengelakkan wujudnya kluster-kluster baru dalam COVID 19.

COVID atau tidak, ibadah puasa tetap kita laksanakan. Dengan keberkatan bulan baik yang datang setahun sekali ni, kita manfaatkan isinya untuk memperolehi lebih banyak pahala kebaikan dengan meningkatkan amal ibadah di bulan mulia ni. Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diberkati & diterima oleh Allah S.W.T..Aamiin..

12 Comments

  1. salam ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa dan terawih.
    semoga dipermudahkan segalanya.
    take care and stay safe

    ReplyDelete
  2. ramadhan kareem buat fieza sekeluarga semoga ramadhan kali ini terbaik buat kita

    ReplyDelete
  3. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
    Selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  4. Salam ramadan 1442 H
    Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadan Kareem... Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadan Fieza :) Semoga ibadah Ramadan kita tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya..Aaminn

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadan. Stay Safe and healthy.

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan Kak Fizz :)

    ReplyDelete