Satu lagi movie thriller yang k.fiezz layan di Netflix. Baca sinopsis cerita I Care A Lot ni, macam menarik untuk tengok tapi masa tu k.fiezz tak terus tengok pun. Baca sinopsis I Care A Lot ni je dulu.  Dari sinopsis dia jalan cerita dia best tapi k.fiezz KIV. Layan cerita lain dulu. Lepas tu ternampak kawan facebook k.fiezz kongsi cerita ni paling sakit hati dia pernah tengok. Uiiii. Macam best je nak tahu kenapa sakit hati sangat ni. Jadi kita proceed layan movie I Care A Lot ni. 

Take note yea cerita ni ada unsur LGBT. Jadi kalau nak tengok juga, sila lah laju kan di scene yang panas..panas..panas. 

sinopsis i care a lot

Sinopsis I Care A Lot

Cerita ni mengenai seorang perempuan iaitu Marla Grayson yang mengambil kesempatan pada orang-orang tua. Dengan menggunakan tipu helah untuk menjadi penjaga pada mana-mana orang tua yang  tak mampu untuk menjaga diri sendiri, dia akan membolot harta orang2 tua ni. Pemilihan orang tua ni Marla dapat melalui bantuan dari seorang Doktor. Selepas mendapat mangsa yang sesuai. Marla akan dapatkan secara sah di mahkamah untuk menjadi penjaga orang tua tersebut. 

Tapi langit tak selalu cerah, mangsa terbaru Marla bukan biasa-biasa.

Review I Care A Lot

Memang meluat dengan Marla sebab dia gunakan orang-orang tua ni untuk rampas harta diaorang & dimasukkan ke pusat jagaan orang tua yang dia dapat share juga. Agak banyak lah harta si Marla ni dah rampas & dapat hasil menganiaya orang lain. 

Masa permulaan cerita, Marla baru memperdaya seorang wanita tua yang dia masukkan ke pusat jagaan orang tua & anak wanita tu tak dibenarkan langsung jumpa dengan maknya. Memang mengamuk gila si anak ni sebab dia tak boleh tengok mak, lepas tu harta kena kebas dengan si Marla ni. Kurang ajar sangat. Nak senang tapi menipu. Dah lah Lesbian. 

Lepas tu Marla dapat mangsa terbaru. Seorang wanita tua yang dia sangka sebatang kara tetapi ada harta yang agak banyak. Marla mulakan peranan dengan dapatkan hak penjagaan di Mahkamah sebagai penjaga yang sah pada wanita tersebut. Memang wanita tua tu terkejut lah tetiba si Marla ni datang kat pintu rumah tunjuk surat yang Marla ni dilantik sebagai penjaga sah dia atas alasan tak mampu jaga diri sendiri. Seperti biasa wanita tua ni di bawa ke pusat jagaan orang tua dengan cara paksaan oleh si Marla ni.

Selepas dah masukkan wanita tua ni ke pusat jagaan orang tua, Marla & girlfriend dia ke rumah wanita tua ni semula. Diaorang jual semua barang dalam rumah tu & buat pengubahsuaian. Masa ni ada seseorang mencari wanita tua ni & dia nampak orang lain dalam rumah tersebut. Dia laporkan pada orang atas nya yang bagi arahan untuk mengambil wanita tua ni sepatutnya.  

Siapakah yang mencari wanita tua ni & apa kaitan orang tu dengan wanita tua ni. Check it out sendiri. 

5 Comments

  1. kesiannya makcik tua tu kena tinggal umah org tua. tapi mcm bertemu buku dgn ruas.. mcm best citer ni. lagi best kalau xde unsur lgbt

    ReplyDelete
  2. patut dorang cakap movie ni mcm saiko sikit. Urgh. belom ada kesempatan nak tengok. hehe

    ReplyDelete
  3. tgk cita ni mmg menyumpah la kan sbb gunakan org tua tua ! ish marla ni

    ReplyDelete
  4. serius la..kak fiez..dr review kak fiez..buat shida nk tonton la..nnt shida cr..tq kak fiez :)

    ReplyDelete
  5. Masuk dalam list ! tak tengok lagi hehe nak kena tengok ni

    ReplyDelete