Kenapa Wajib Pakai Serum Dan Masukkan Dalam Langkah Penjagaan Kulit Harian
Dulu k.fiezz memang tak tahu lah kenapa wajib pakai serum?tak tahu pun wujud serum ni, hah. adeh. Ketinggalan sungguh lah. Bila dah makin meningkat usia ni makin sedar diri. Lepas tu bila baca segala info yang cari dalam Mr Google, baru lah k.fiezz tahu kenapa wajib pakai serum? Kita kena masukkan pemakaian serum dalam langkah penjagaan kulit kita setiap hari terutama yang dah menginjak 25 tahun ke atas sebab serum ni akan lebih spesifikasi merawat ikut masalah kulit yang biasa kita hadapi. Ada serum berfungsi untuk antipenuaan, merawat jerawat/jeragat, memudarkan bintik-bintik hitam & lain-lain. Jadi pemilihan serum ni ikut pada masalah kulit masing-masing. Macam k.fiezz, pilihan k.fiezz adalah serum anti penuaan iaitu Serum Nutox. Dah berusia kan. Kena guna serum anti-penuaan supaya muka tetap nampak 17 tahun. haha. Sebelum k.fiezz cerita pasal serum nutox ni, meh tengok kenapa wajib pakai serum ni?
KENAPA WAJIB PAKAI SERUM
Rujuk gambar di bawah ni, korang boleh tengok salah satu point yang di tekankan untuk mencegah penuaan pra-matang ialah wajib gunakan sunscreen dan produk anti-aging mulai umur 20-an. Produk anti-aging, korang boleh guna serum yang berfungsi untuk anti-penuaan. Sebabkan itu lah k.fiezz memilih serum anti penuaan iaitu Serum Nutox.
Kenapa penting masukkan serum dalam langkah penjagaan muka kita? Tekstur serum yang ringan sebab molekulnya kecil senang diserap dalam kulit untuk fokus merawat masalah yang kita hadapi. Fungsinya juga yang lebih 10x ganda pekat dari pelembap. Untuk yang ada kulit berminyak, jangan risau sebab serum ni dapat berfungsi dengan lebih baik bagi yang ada masalah kulit berminyak.
Pakai serum ni pun jimat sebab sebotol tu boleh tahan 1-2 bulan. Cuma guna setitis dua sahaja dah cukup untuk keseluruhan muka kita.
TIPS MEMILIH SERUM WAJAH
Bawah ni sikit perkongsian yang k.fiezz terjumpa dari Tik Tok seorang pakar (Dr) tips memilih serum wajah ikut masalah yang biasa kita hadapi. Nak pilih serum ni memang pening sebab kita tak tahu fungsi kandungan dia yang mana bersesuaian dengan masalah kulit kita. Kebetulan k.fiezz terjumpa tips bawah ni pemilihan kandungan serum mengikut masalah kulit masing-masing.
Masalah Kulit Berminyak - Niacinamide (Membantu membina sel di kulit sambil melindungi kulit dari tekanan persekitaran seperti cahaya matahari, pencemaran & toksin. Boleh merawat jerawat terutama yang teruk. Dengan penggunaan yang konsisten, parut & tekstur kulit beransur elok.)
Kulit Kering - Hyaluronic Acid, Emolien (Hyaluronic Acid - Mengekalkan kelembapan kulit & Emolien - Menenangkan & memberi penghidratan yang mencukupi pada kulit.)
Bintik Gelap Pada Kulit - Tranexamic Acid ( Menenangkan kulit dan membantu memulihkan kulit)
Kulit Jerawat - Salicylic Acid/Azelaic Acid ( Salicylic Acid - Untuk merawat masalah jerawat & Azelaic Acid - Berfungsi kurangkan bengkak dan merah pada kulit disebabkan jerawat. Ia membunuh bakteria yang terkumpul dalam pori dengan kurangkan pengeluaran keratin, bahan semulajadi yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.)
Anti Penuaan - Vitamin C (Adalah antioksidan yang melindungi sel kulit dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang disebabkan pendedahan sinaran UV. Ia berfungsi menggalakkan pengeluaran kolagen, kurangkan garis-garis halus & mengekalkan awet muda.)
Bagus juga tips yang k.fiezz terjumpa di Tik Tok ni, senang lepas ni nak memilih serum wajah ikut kesesuaian masalah kulit kita. Sebab serum ni fungsi dia memang akan fokus pada masalah kulit kita. Macam K.fiezz pilih serum anti penuaan sebab faktor usia yang makin meningkat. hehe. Jom tengok apa fungsi Serum Nutox ni.
Serum Nutox
Fungsi Nutox Advanced Serum Concentrate
- Memulihkan & Menyegarkan - Mengaktif dan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin dalam masa 7 hari.
- Menganjalkan, Lebih Tegang & Berseri - Kulit jadi lebih anjal & tegang dalam masa 7 hari. Dengan penggunaan yang konsisten, perubahan ketara akan mulai nampak pada hari ke-14 dan ke-28 seperti tekstur kulit yang lebih berseri, saiz pori lebih kecil & pengurangan garis halus serta kedutan.
Review Pakai Serum Nutox



4 Comments
Masa umur 25 tak terdedah dengan penjagaan kulit. Serum tak pakai, sunblock pun tak pernah..kalau lah dapat diundur masa..haha
ReplyDeletehaha..yea sama lah kita. tak pe dah tau ni boleh je start wpun lambat dari umur yg sepatutnya..haha...
DeleteMenarik! shida pernah pakai serum..lepas mcm xserasi..xpkai dah smpai skg..
ReplyDeleteatie pakai serum safi, dulu tak pernah tau and guna serum ni, tapi sejak2 baca blog kak fiez jadi suka baca tentang skinscare so mmg serum ni bgos
ReplyDelete