Tahniah juara AJL35 iaitu lagu GILA nyanyian Kaka Azraf, Noki & Loca B. Tak jangka lagu ni boleh menang. Selalu lah juga dengar lagu ni dalam radio tapi tak berapa faham lirik dia pasal apa. Yang faham part kaka selalu sebut 'gila gila gila gila gila'. haha. Tu je. Lirik yang penuh memang tak faham. Tapi dari segi melodi lagu ni, sedap juga didengar. Sangat catchy gitu. Cuma part rap je tak berapa nak faham.

Jom kita tengok sikit lirik penuh lagu gila ni. 

ajl35,ajl35 nabila razali
Sumber - Harian Metro

Lirik Lagu Gila 

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Noki)
Gila terkurung terlalu lama
Minda ku tak terbuka
Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia
Dunia yang nyata ternyata
Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar
Ya baru nak mula tapi jantung berdebar
Aku takut aku jatuh aku sangat takut
Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila
Mereka tidak tahu apa yang ku rasa
Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna
Putaran bumi pun aku boleh rasa
Sampai masanya kita jumpa diluar sana

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung


Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Loca B)
Aku laila dan dunia ni majnun
Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung
Kepala tak sehati
Hati ku tak sekepala
Yakin ku lupa diri
Dalam mengejar dunia

Ya ia tinggi janji ikut resmi
Semakin kantung berisi
Semakin berat graviti
Aku tanggung sakit sendiri

Hayat dikandung badan
Diri ku sayang
Janji ku pada diri ku akan terus berjalan
Bukan bayangan tiada lagi khayalan
Ku jauh dari ketakutan

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

Rezeki diaorang menang AJL35. Mungkin lagu ni ada keunikan & keistimewaan tersendiri dipilih oleh juri untuk jadi juara. Lirik dia kalau dibaca ni, ada maksud tersendiri. K.fiezz pun tak berapa faham lirik dia pasal apa sebab rasa macam berseni & tersirat maksud dia. Tapi out of the box lah lagu ni boleh menang. K.fiezz sendiri terkejut masa lagu ni diumum jadi JUARA AJL35.

Apapun tahniah pada penyanyi, komposer & penulis lirik lagu GILA ni. 

Naib Juara dimenangi oleh Aina (lagu - semalam) , tempat ke-tiga Dato'Jamal Abdillah & Wany Hasrita (lagu - belenggu rindu), Vokal Terbaik - Ernie (lagu - gundah) & Persembahan Terbaik Zizi Kirana (lagu - Eh).

Tahniah pada semua pemenang & finalis yang masuk ke final AJL35. 

Dalam orang sibuk ucap tahniah pada pemenang-pemenang, simpati juga pada Nabila Razali sebab dikecam di social media sebab nyanyian dia yang terkucil masa bawa lagu Peluang Kedua. Untuk k.fiezz, Nabila dah cuba yang terbaik & itu yang termampu dia boleh buat. Rasanya ramai sedia maklum vokal Nabila ni untuk lagu bernada tinggi tak berapa sesuai (sorry my honest opinion). 

Pada pendapat k.fiezz, lepas ni komposer/penulis lirik sebelum bagi mana-mana penyanyi lagu tengok dulu vokal atau tahap keupayaan penyanyi tu sendiri. Sebab komposer ni orang kata pakar yang lebih tahu keupayaan penyanyi untuk bawa sesuatu lagu. Kadang kesian tengok penyanyi bawa lagu yang dia tak boleh nak bawa contoh macam yang bernada tinggi ni. Sekarang ni di hujung jari, jabatan netizen ni cekap bila ada artis buat kesalahan, hah memang teruk lah kena kecam. Kesian pada penyanyi tu sebab kalau k.fiezz lah kena kecam macam tu, boleh kemurungan weiii. Harap Nabila tak payah lah baca komen-komen dari Jabatan Netizen. 

Untuk Nabila anggap ni sebagai pengalaman & jadikan penguat semangat untuk perbaiki lagi mutu vokal. Keep up Nabila. 

Halah yang Jabatan Netizen pun kemain beria kutuk, cuba kalau kita kena nyanyi atas pentas besar macam AJL tu, rasa-rasa keluar ke tidak suara tu. hehe. Kalau k.fiezz, memang belum jejak atas pentas dah mengigil satu badan. haha

5 Comments

  1. Masa dngar Nabila nyanyi rasa sedap lagi anak pelakon Amyza nyanyi masa Family Duo. hehe

    Lagu gila kesukaan ramai sebab lagu pkp. Haha

    ReplyDelete
  2. suka gak lagu gila ni.....

    nabila suara dia kureng sikit lagu tinggi2 ni kn..tpi tkpela dia dah cuba

    ReplyDelete
  3. lagu ni, meaning dia sedih :(

    ReplyDelete