Lama pula tak kongsi kat blog pasal obsess cushion foundation favourite k.fiezz ni. Maklum lah suka sangat pakai sampai lupa nak buat review obsess cushion foundation. hehe. Moh k.fiezz kongsi apa yang best dengan obsess cushion foundation ni. Kenapa ramai sangat orang suka guna obsess cushion foundation? Sana sini orang cakap pasal obsess cushion foundation. Kira memang wajib lah siapa yang suka mekap kena ada obsess cushion foundation ni. Mudahkan kerja mekap & senang nak bawa ke sana sini sebab saiz dia yang muat untuk letak dalam beg mekap atau beg tangan.

Sebelum tu gambar bawah ni perbezaan k.fiezz mekap sebelah guna obsess cushion foundation & sebelah lagi tanpa obsess cushion foundation. Boleh nampak tak perbezaan dia? Dan hasil dia macamana?Smooth & nampak flawless kan?

review obsess cushion foundation, obsess cushion foundation

Kombinasi Obsess Cushion Foundation + Loose Powder

Personally k.fiezz suka guna obsess cushion foundation ni sebab tekstur dia yang sangat light. Macam tak pakai foundation atau sebarang bedak kat muka. Lepas tu dia tak bercapuk bila berpeluh. Tahan lama. Satu bekas tu boleh tahan beberapa bulan bergantung pada kekerapan kita guna. Macam k.fiezz ni memang guna hari-hari sebab bekerja. Jadi wajib lah tepek obsess cushion foundation bila nak keluar bekerja. Baru confident melangkah keluar rumah. hehe. Selain dari tu Cushion Foundation ni boleh tutup segala parut-parut hitam/jerawat pada muka kita. Termasuk lebam bawah mata atau mata panda. Ramai rasanya yang ada masalah ni. So korang tak perlu nak guna concealer untuk tutup mata panda tu. Guna Obsess Cushion Foundation je. Sebelum ni k.fiezz guna concealer kat kawasan mata panda tu tapi sekarang tak payah. Obsess kan ada. hehe.. Tak percaya, korang boleh tengok gambar testimoni dari k.fiezz sendiri. Nampak tak beza bawah mata yang k.fiezz dah tepek dengan obsess cushion foundation tu.   


Ni video k.fiezz guna concealer & obsess cushion foundation. Mana lagi best Obsess Cushion Foundation atau concealer. Mana korang rasa lagi jimat masa mekap?

Seriusly sejak guna obsess cushion foundation ni k.fiezz in love sangat sebab hasil dia tu memang superb gitu. Nampak smooth dan flawless lepas tepek obsess cushion foundation & loose powder. Tahan mekap sampai ke petang & tak nampak muka berminyak. Oo untuk korang yang tak tahu fungsi loose powder tu menyerap lebihan minyak pada muka & bagi mekap tahan sampai ke petang bila time kita 'cuti untuk solat'. Sebab macam k.fiezz time cuti solat ni, k.fiezz malas nak cuci mekap. Biar je mekap sampai ke petang. Biasa bila mekap dah sampai petang, muka kita akan jadi sikit berminyak. Jadi tu lah fungsi loose powder untuk menyerap lebihan minyak pada muka. Tak adalah nampak muka kita berminyak-minyak. So kalau korang yang suka mekap wajib gabungkan obsess cushion foundation & loose powder untuk bagi mekap tahan lama & nampak segar. 

KOD OBSESS CUSHION FOUNDATION

Ni kod warna obsess cushion foundation. Ada 5 kod. K.fiezz guna kod ginger. Sebelum ni nama lama dia medium. Korang jangan risau yang tak biasa guna foundation jenis cushion ni, masa mula-mula nampak macam cerah tapi dah lama sikit foundation akan tone down ikut warna kulit kita. 
review obsess cushion foundation, obsess cushion foundation

Berbaloi ke Obsess Cushion Foundation?

Mungkin ada yang tertanya-tanya berbaloi ke beli obsess cushion foundation ni. Korang baca sendiri kat atas tu & nilaikan sendiri berbaloi ke tidak. Kalau tanya k.fiezz, sat gi macam bias pula sebab k.fiezz agen obsess cosmetic. hehe. Jadi korang boleh nilaikan berbaloi ke tidak. 

Macamana Rupa Obsess Cushion Foundation ni?

Untuk korang yang tertanya-tanya obsess cushion foundation ni bentuk dia macamana? Dalam botol ke macam foundation lain. Kalau yang kaki mekap tahu lah rupa Obsess Cushion Foundation ni. Tengok nama pun dah tahu 'cushion'. Obsess Cushion Foundation ni berbentuk cecair dalam bekas kompak & ada cushion yang menyerap foundation dalam tu. Untuk guna, kita cuma tekankan sahaja span pada cushion sampai foundation melekat pada span. Lepas tu kita terus dap dap kan pada muka dan ratakan secara keseluruhan. Hasil dia tak nampak macam kita guna foundation sebab tekstur dia yang light

review obsess cushion foundation, obsess cushion foundation


Untuk effect glowing boleh guna Obsess Cushion Foundation saja. Tapi kalau yang tak suka glowing boleh guna loose powder untuk bagi kesan semi-matte

Nak Beli Kat Mana?

Korang yang nak mencuba Obsess Cushion Foundation & Loose Powder, boleh contact k.fiezz >>

3 Comments

  1. atie fall in love dgn fit maybeline :)

    ReplyDelete
  2. tak capuk ..niceee..ad foundation kn bila berpeluh menyebabkan capuk..haish tk suka

    ReplyDelete