Bila dah makin meningkat usia ni, dah mula lah nampak proses penuaan. Paling ketara, rambut uban la uolls...adeh. K.fiezz dari dulu lagi ada uban tapi sekarang kemain meriah dia keluar. Sakan noooo..haha..Walaupun dari dulu k.fiezz elakkan cabut uban sebab orang cakap kalau cabut, nanti jadi lagi banyak. Eh tak cabut pun tetap keluar juga yang baru..Stress pula nengoknya. Ni macamana ke cara menutup uban rambut ni..K.fiezz punya cara dari dulu lagi, seperti biasa lah..Warna rambut!!hehe..Senang.. K.fiezz warna rambut yang menggunakan inai sebagai bahan utama bukan pewarna yang was was nak guna sebab takut tak telus air bila ambil wudhu untuk solat. 

Kalau sebelum ni rambut uban tak berapa nampak sangat. Boleh selit-selit di sebalik rambut yang hitam. Tapi sekarang sebab dah kemain meriah, k.fiezz kena rajin guna inai rambut sebagai cara menutup uban rambut. hehe. Sebelum ni tak berapa banyak sangat uban, macam malas nak inai rambut selalu. Ni dah makin banyak, kena rajin lah jawabnya. Jadi pilihan k.fiezz...

INAI READY MADE

Harus lah inai ready made. Sebelum ni k.fiezz pernah beli inai serbuk yang kena bancuh sendiri bila nak guna. Eh, macam leceh pula uolls. Biasalah time malas. Memang tengok je lah inai tu. Sebab penyakit M menyinggah. Lepas tu k.fiezz terjumpa inai ready made by Inai Cantik Honey Bella ni dalam shopee. Macam best je sebab dah siap bancuh uoll. Cuma sapu je pada rambut bila-bila kita nak inaikan rambut. 

Dapat 1 bekas inai +  free sarung tangan plastik + 1 batang kayu aiskrim untuk kacau inai bagi sekata sebelum nak guna..Bagus sangat tau. Memahami kehendak pelanggan yang malas macam k.fiezz ni. hehe. Yang penting tak payah keluar extra RM nak beli sarung tangan plastik tu. hehe. 

rambut uban, cara menutup uban rambut, inai rambut, inai ready made

KELEBIHAN/KEBAIKAN INAI RAMBUT

Jom tengok apa kelebihan inai rambut ni. 
  • Membantu pulihkan kerosakan rambut
  • Memelihara kelembapan dan kelembutan rambut
  • Mengukuhkan rambut dari akar
  • Melebat & menyuburkan rambut
  • Mengatasi masalah rambut gugur & kelemumur
  • Mencegah & mengatasi masalah pada kulit kepala
  • Merapikan rambut
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Menjadikan rambut lebih berkilat & bermaya
  • Paling penting DAPAT MENUTUP RAMBUT UBAN
Yang bawah tu paling k.fiezz berkenan tu. Memenuhi piawaian k.fiezz. hehe

CARA INAI RAMBUT DENGAN INAI READY MADE


Sonang je. Macam k.fiezz cakap kat atas , ni inai ready made jadi cuma kacau-kacau bagi sekata. Lepas tu sapu pada rambut. Ratakan secara keseluruhan dari dalam sampai ke luar rambut. Lepas dah siap proses inai rambut,tutup rambut dengan shower cap. Biar beberapa jam sampai inai kering. Nak lagi elok, boleh pakai waktu malam. Esoknya baru basuh. Tapi pastikan lapik bantal dengan plastik. Kalau idak, habis sarung bantal & cadar korang dengan inai. 

K.fiezz tak lah pakai overnight. K.fiezz pakai waktu siang. Tunggu sampai inai dah agak kering, baru bilas dengan air. Masa bilas guna conditioner sahaja sebab experience k.fiezz setiap kali inai rambut, rambut macam kering & keras sikit. Jadi conditioner ni untuk melembutkan rambut. 

Note - Lepas inai, jangan basuh rambut untuk 1-2 hari dengan syampu untuk mengelakkan warna inai luntur. Warna akan luntur sikit demi sikit setiap kali kita cuci rambut. Kalau warna inai dah luntur selepas beberapa minggu (bergantung pada kekerapan cuci rambut), boleh inai rambut semula. 

3 Jenis warna rambut lepas pakai Inai ready made ni

>> Hitam Pekat = Dark Burgundy
>> Hitam Biasa = Reddish Brown /  Dark Brown
>> Bewarna/Beruban = Reddish Orange

rambut uban, cara menutup uban rambut, inai rambut, inai ready made

Ni hasil inai rambut k.fiezz guna inai ready made by Inai Cantik Honey Bella. Part rambut beruban tu dia akan jadi merah oreng macam atas ni. Bila tengok gambar ni baru lah pasan 'banyaknya rambut uban sis'. Dah makin berusia sis..Hehe. 

REVIEW INAI READY MADE

Personal opinion, k.fiezz suka inai ready made ni sebab senang. Terus guna je. Tak payah nak bancuh-bancuh. Nak sapukan pada rambut, k.fiezz guna kayu aiskrim yang seller bagi tu & ada sarung tangan plastik memang mudahkan kerja menginai rambut k.fiezz. 

Dah 2x k.fiezz repeat beli inai ready made dari Inai Cantik Honey Bella ni sebab puas hati sangat. Paling penting senangkan kerja k.fiezz. Nak inai rambut, anytime. Tak payah nak bancuh-bancuh. Harga 1 bekas inai ni pun tak lah mahal sangat - RM13 saja. Boleh pakai beberapa kali bergantung pada kekerapan korang inai rambut & tahap panjang rambut korang. 

Jadi untuk korang yang ada masalah rambut uban, bolehlah cuba inai ready made ni. Kalau malas pun jadi rajin sebab ada inai ready made by Inai Cantik Honey Bella. Nak cari di mana inai ready made ni?Korang boleh cari di shopee << InaiCantikHoneyBella<<



4 Comments

  1. Boleh la tutup uban2 di kepala saya ni haha

    ReplyDelete
  2. boleh tutup uban mcm kak syaz ckp tu ehehehe

    ReplyDelete
  3. siap ada kit bagu ni senang nak pakai

    ReplyDelete
  4. Senanglah dah sedia sarung tangan sekali. Tak perlu susah2 nak cari dah.

    ReplyDelete