Pernah tak dengar atau tengok kawan-kawan, sepupu, adik beradik korang yang pakai foundation dan mekap tapi hasil mekap tak cantik. Tak licin lah senang cerita. Tahu tak kenapa jadi macam tu?Sebenarnya kita ni WAJIB tau exfoliate muka setiap minggu sekurang-kurangnya sekali. Exfoliate?apa benda pula tu k.fiezz oiii?

Exfoliate Muka?

Apa ni?Okey, meh sini nak explain sikit. Exfoliate ni maksudnya buang sel-sel kulit mati pada muka kita. Kalau malas nak buat, tak pe ke k.fiezz?hah, kalau malas tak boleh nak cakap apa lah. Sebab semua atas inisiatif masing-masing. Tapi bila biar lama-lama sel-sel kulit mati tu akan menebal. Tu yang mekap jadi tak sekata. Lepas tu jangan bising nanti lama-lama kulit nampak kusam lah, jeragat lah, jerawat sana sini. hah, rasain lah kan. Siapa suruh malas. K.fiezz pun dulu macam ni. Malas lah. eh, kena ke exfoliate muka ni. Hah, bila dah menginjak usia ni, nampak dah jeragat tu dah start nak memunculkan diri. Tambah lagi dengan parut-parut jerawat.. Macam malas nak tengok cermin. haha..Tu lah, malas lagi. Sekarang baru k.fiezz nampak kesan kalau kita malas buat exfoliate muka ni. Bila kesedaran tu dah mula datang, baru sekarang k.fiezz rajin buat exfoliate muka paling minimum pun 1x seminggu. Kalau rajin sikit, 2x seminggu. 

exfoliate muka, skrub muka,

exfoliate muka ni sebab kenapa kita buat? Untuk bagi tekstur kulit lebih rata, buang serpihan dan kulit mati pada kulit, sediakan permukaan kulit yang licin untuk mudahkan penyerapan bahan-bahan aktif & penghidratan lebih efektif bila kita guna skincare. Bila kulit dah cantik,licin lepas exfoliate mudah lah lagi sesi pemakaian mekap.  

Wajib Exfoliate Muka Kalau Rajin Mekap

Sebab tu lah sekarang ni k.fiezz memang jadikan exfoliate muka ni rutin wajib buat bila hari cuti. Tambah macam sekarang ni gilir-gilir masuk pejabat, banyak masa di rumah. Sesambil siapkan tugasan kerja di rumah boleh buat exfoliate muka ni.  

Kenapa k.fiezz rajin buat exfoliate muka sekarang?Sebabnya sekarang ni k.fiezz dah rajin bermekap bagai. Lagi lah kena rajin untuk exfoliate muka ni sebab nak bagi smooth je bila mekap. Tak nak nampak cakey bila pakai foundation & mekap di muka. Paling penting kalau bermekap ni, kena rajin buat exfoliate muka sebab nak buang sel-sel kulit mati dan juga buang sisa-sisa mekap yang terperangkap dalam kulit. Walaupun kita memang hari-hari cuci muka, guna makeup remover tapi tak bersih sangat benornya. Ada lagi sisa mekap yang terperangkap dalam kulit kita ni. Pencuci biasa, tak boleh nak tembus ke dalam kulit. Cuma cuci di luaran sahaja. Exfoliate muka ni yang mampu bersihkan hingga ke lapisan dalam kulit. Bila kekotoran dah tersumbat dalam liang pori kita tak dibersihkan, tu yang jadi punca timbulnya jerawat. Eh, k.fiezz 'kita tak pakai mekap lah. Tak perlu lah kan buat exfoliate muka ni?'. Tahu ramai yang jenis tak bermekap tapi jangan ingat tak perlu buat exfoliate muka. Kena juga yea. Sebab macam yang tak bermekap ni, segala debu kotoran terus melekat di muka. Untuk yang bermekap ni, terselamat sikit sebab debu dan kotoran melekat pada foundation. So point di sini, tak kisah lah korang jenis bermekap ke tidak tapi wajib exfoliate muka ni paling sikit pun 1x seminggu.  

Berapa kali k.fiezz buat exfoliate muka ni - 1-2x seminggu (tengok pada kerajinan). Tapi sekurang-kurangnya mesti 1x seminggu, ni paling malas sangat lah. 

SEBAB KENAPA PERLU EXFOLIATE MUKA?

Ni sebab kenapa kita perlu exfoliate muka?

-  Membuang Sel Kulit Mati

Untuk kekalkan kelembapan kulit semasa proses penuaan kulit. Bila kulit kita lembap sel-sel kulit mati ni akan kering melekat pada muka, bagus tu bagus lah nampak muka lembap dan berseri. Cuma terlalu banyak kulit mati yang berkumpul di muka kita, akan buatkan kulit nampak kusam dan kasar. Jadi bila kita exfoliate muka ni, dia akan singkirkan kulit mati dan buatkan kulit kita lembut macam baby. Gitu. Bonusnya di sini, bila pakai foundation atau bb cream lebih senang dan kulit kita nampak lebih muda. 

- Mencerahkan Kulit & Bintik Hitam

Lapisan kulit di bahagian atas, lambat dalam proses penukaran kulit dan juga di situ paling terdedah dengan cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit sebab sinaran UV. Disebabkan itu bintik hitam mula muncul di muka bila sel kulit mati penuh di muka. Jadi skrub & masker yang kita pakai semasa proses exfoliation muka boleh mencerahkan bintik hitam dan juga kulit muka. Hasilnya muka kita lebih berseri.

- Hilangkan Kedutan & Garis Halus

Kita mesti lah nak nampak kulit wajah sentiasa muda,kan. Haha. K.fiezz le tu. Jadi proses exfoliation muka ni boleh bantu hilangkan garis halus dan kedutan yang muncul disebabkan proses penuaan. Masa proses exfoliation muka ni juga, dia akan singkirkan sel kulit lama & nampak muka kita lebih awet muda. Dari kajian juga, exfoliation muka ni menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dengan lebih pantas. So hasilnya kita dapatlah mencapai piawaian kulit muka yang cun, sihat dan berseri sentiasa.

- Kecilkan Liang Pori

Masalah liang pori besar?Ramai yang hadapi masalah ni,kan. Kita tak boleh nak kecilkan 100% liang pori ni tapi kita boleh berhentikan ia dari jadi lagi besar. Liang pori besar dan mudah tersumbat seiring dengan meningkatnya usia kita. Kalau banyak sel kulit mati terkumpul dan penuh di liang pori kita, muka kita akan nampak berminyak dan tersumbat yang jadi punca kepada whitehead, blackhead, bintik hitam dan jerawat. 

Di sini fungsinya exfoliate muka, dia boleh buang segala cela-cela di muka kita sampai bersih. 

TAMBAH EXFOLIATE MUKA DALAM RUTIN SKINCARE

Nampak dah kan kepentingan exfoliate muka ni. Bukan saja-saja suruh buat, ada sebabnya. Exfoliate muka ni bukan sebab nak cantik sahaja tapi untuk kulit kita sentiasa sihat. Secara logiknya bila kita tak ada masalah jerawat, jeragat, whitehead, blackhead kulit kita dalam kategori sihat. Bila kulit sihat, automatik nampak berseri dan cantik sentiasa. Tak payah nak pakai macam-macam skincare atau mekap tebal-tebal nak nampak berseri. Mekap simple pun nampak kulit cantik dan berseri.

Keyword untuk dapat kulit yang sihat dan cantik ni cuma tambah exfoliate muka ni dalam penjagaan rutin skincare yang wajib buat 1x seminggu. Siapa nak muka sihat, bersih dan cantik, jangan lupa amalkan exfoliate muka setiap minggu. 

Nanti next entry k.fiezz cerita detail nak buat apa dalam proses exfoliate muka ni?

6 Comments

  1. kena selalu exfoliate ni...leps ni akk kongsikan jenis2 exfoliater lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik cuya..nnti akak share pasal jenis2 exfoliater plak....

      Delete
  2. kena exfoliate, cuma jangan exfoliate berlebihan. Nanti berikan kesan x baik pada kulit muka. Yang rajin pakai mekap, kena extra rajin juga bersihkan muka. setuju sekali seminggu kena exfoliate. tapi I is malas, jenis x pakai mekap, so exfoliate sebulan sekali sajalah. adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mrs pip..tak boleh exfoliate berlebihan. seminggu sekali atau dua kali sahaja dah okey.

      Delete
  3. sel kulit mati ni la yg buat muka kita breakout kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi 1 of the reason juga atie. Sebab kulit mati ni bila kita tak exfoliate, dia berkumpul kat permukaan muka. lama kelamaan makin tebal. tu yang buatkan kulit jadi kusam, kalau mekap tak smooth.

      Delete