Bermula dari semalam (22 Oktober 2020), kerajaan umumkan dasar Kerja Dari Rumah bagi semua pekerja-pekerja yang berada di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Selangor & Sabah. Arahan ini sehingga PKPB tamat di negeri-negeri di atas. Dasar ini diumumkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan risiko penularan Pandemik COVID-19 di negeri-negeri yang sedang menjalani (PKPB) iaitu seperti di atas memandangkan kes-kes terkini yang terbaru tinggi. Mencecah 800++ setiap hari. 

bekerja dari rumah, bekerja dari rumah covid 19,

Kes Jangkitan Tinggi Di Kuala Lumpur


K.fiezz termasuk dalam kategori yang tinggal di Kuala Lumpur & kes jangkitan COVID -19 memang agak tinggi di Kuala Lumpur. Risau juga sebenarnya sebab macam k.fiezz turun naik pengangkutan awam (LRT) untuk ke tempat kerja. Jadi dalam LRT tu, ramai orang yang kita pun tak tahu dari mana masing-masing. Entah ada yang pembawa tanpa disedari. Memang kena jaga diri masa dalam pengangkutan awam. K.fiezz memang elak pegang apa-apa dalam LRT. Cuma tempat duduk je, k.fiezz sentuh sebab nak duduk. Dari rumah k.fiezz nak ke SOGO,  jauh. Ada 14 stesen semuanya. Penat weiii kalau berdiri. 

Harap sangat bila kerajaan umumkan dasar Bekerja Dari Rumah ni, Kementerian tempat k.fiezz bertugas mengikut saranan kerajaan. Yang penting Ketua Jabatan tiada masalah untuk bagi kebenaran untuk kakitangan bekerja dari rumah. Kalau difahamkan dari arahan kerajaan pekerja-pekerja yang tinggal di zon merah memang diarahkan sepenuhnya bekerja dari rumah. Majoriti kakitangan & pegawai tempat k.fiezz, kitaorang di zon merah. Adeh. Sekiranya perlu ke pejabat, pekerja kena buat swab test COVID-19 dan mendapat surat arahan dari majikan untuk datang ke pejabat. Surat ni diperlukan sekiranya kita di tahan dalam road block, jadi  cuma tunjukkan saja surat arahan kepada pihak berkuasa untuk dapat pelepasan. Tengah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sekarang ni, memang banyak road block sana-sini. 

GILIR-GILIR DATANG KE PEJABAT


Alhamdulillah ketua jabatan tempat k.fiezz bagi kebenaran pada kitaorang untuk bergilir-gilir datang ke pejabat seperti arahan dari Ketua Setiausaha Kementerian. Cawangan k.fiezz bahagikan mengikut kumpulan sebab ikut saranan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang menghadkan maksimum sehingga 30% sahaja kehadiran pegawai dan kakitangan. Cawangan k.fiezz ada 18 orang, tolak seorang cuti bersalin = 17. Kitaorang bahagikan kepada 4 kumpulan. 1 kumpulan cuma ada 4 orang + bos (1) yang memang kena datang hari-hari. Jadi setiap hari bergilir-gilir mengikut kumpulan yang ada 5 orang saja yang datang ke pejabat termasuk bos.

TUGASAN DI RUMAH

Hah, walaupun Bekerja Dari Rumah tapi bahagian k.fiezz mewajibkan kitaorang buat laporan apa tugasan yang dibuat di rumah. Kalau yang mana ada tugasan boleh buat di rumah. Sila lah buat tugasan tersebut di rumah. Bagi yang tiada tugasan yang boleh di buat di rumah, diwajibkan ulang semula diwajibkan buat kursus secara online setiap hari. Cuma hari yang kena masuk ke pejabat sahaja tak perlu buat kursus online ni. Bahagian lain k.fiezz tak pasti. K.fiezz cerita ni untuk bahagian k.fiezz sahaja.

Semalam bermula kursus online yang k.fiezz kena buat memandangkan tugas k.fiezz sebagai PA tak ada tugasan yang boleh dibuat di rumah kecuali forward e-mail (sekiranya ada). Forward e-mail tu tak ada makan masa banyak sangat, so kena buat lah kursus bersesuaian dalam sistem EPSA. Tak susah pun buat kursus online dalam EPSA tu. Cuma mohon kursus yang mana kita nak buat & terus saja buat sampai habis. Bahagian k.fiezz mewajibkan sekurang-kurangnya minima 3 jam berkursus. 

Jenuh menggodek kursus dalam sistem. K.fiezz tak biasa buat kursus online ni. Semalam masa buat kursus yang k.fiezz dah pilih, ada masalah teknikal pula. 7 jam mengadap silibus kursus tu sebab duk ulang 2-3 kali. Lepas tanya kawan k.fiezz apa masalah dia, baru lah tahu kenapa. Dah fix masalah tu, sambung lagi sekali sebab dia tak ambil kira yang sebelum tu. Memang rasa nak muntah mengulang silibus kursus tu sampai 2-3x. Dah siap semalam hantar laporan semua, pening kepala k.fiezz. Tak boleh nak mengadap laptop @ handphone. Sebab rasa berpusing kepala. Pagi ni baru okey.

Ni sesambil buat kursus online dalam EPSA. Update blog jap. hehe. Release tension, gituu..

Yang mana bekerja dari rumah, Selamat Bekerja juga walaupun di rumah..

10 Comments

  1. ooo..ingatkan akak tak cukup kursus lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Seram bila tengok kes asyik 3 angka.. Moga cepat keadaan ini reda

    ReplyDelete
  3. WFH lagi penat kerja agaknya kan

    ReplyDelete
  4. jaga diri tau. sabah pun kes covid tinggi sangat.

    ReplyDelete
  5. Stay Safe kak fieza! Azwar pun WFH dah seminggu lebih ini.

    ReplyDelete
  6. Macam masa PKP hari tu kan? bergilir-gilir trn ofis.. kalo ada mslh EPSA tu kena pakai browser Mozilla Firefox... selalunya bila dh tkr browser setel masalah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. stay safe fiez.. yg penting keje siap walaupun wfh

    ReplyDelete
  8. WFH ni mencabar jugak kan. kawan pun stress kena kerja dari rumah. huu

    ReplyDelete
  9. bertabahlah ye yg kena keje kat rumah. kalau aida, aida sgt suka. sebab 75% keje aida semua online. dok ofis ni pun, meja kosong. semua online so tak payah heboh dgn fail. so, sesuai dok rumah. tgh masak pun boleh klik klik buat keje :) ha ha ha...

    ReplyDelete